Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Saturday, November 10, 2012

Sepuluh sebelas duabelas


Hari ini sepuluh haribulan sebelas, dua ribu duabelas.

Nota:
1. Sejak akhir-akhir ni.. saya dan kawan2 pejabat saya sibuk jumpa doktor dan jururawat
2. Hakikatnya, sedari kecil lagi, saya memang takut dan tak suka jumpa doctor.
3. Dan tak pernah terlintas diminda nak jadi doctor
4. Sejak bekerja pun saya jarang jumpa doktor walaupun percuma (dibayar syarikat bekerja)
5. Tapi sejak kerja tempat baru ni.. hampir tiap hari kena jumpa doktor (atas urusan kerja)
6. Kesimpulannya.. doktor pun manusia biasa macam kita juga
7. Kalau doktor sakit, derang kena masuk hospital juga.
8. Dan doktor pun ada yang isi masa lapang dengan menjadi blogger macam saya .. (-_-)y
9. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya..
10. Semoga kita semua dirahmati Allah sentiasa.. 

Wednesday, October 10, 2012

Buah kantan



Rasanya tak ramai yang tahu akan kewujudan buah kantan. Jika bunga kantan tidak dituai, bunga kantan akan bertukar menjadi buah. Buah-buah kantan ini biasanya dimakan oleh burung-burung kecil. Rasanya masam-masam manis. Kena kupas lapisan keras berwarna kuning, dan terdapat biji-biji halus didalammya Rupanya seakan-akan biji selasih yang telah direndam.

Nota:
1. Terlupa nak snap gambar biji buah bunga kantan
2. Later2 jika diberi kesempatan saya snap gambar biji buah kantan ini
3. Semoga kita dirahmati Allah sentiasa. Amiin..

Monday, October 08, 2012

Bunga kantan


Bunga kantan ini adalah bunga kantan yang tumbuh di tepi kebun pakcik saya.

Bunga kantan, adalah tumbuhan herbaceous, tumbuhan  ini tumbuh membiak dan merimbun secara berkelompok. Tinggi pokok boleh mencapai sederhana 4m atau 5m. Batangnya bulat. Pokok kantan mempunyai daun yang panjang, sederhana besar dan berwarna kehijauan. Terdapat dua jenis sulur yang akan keluar daripada bahagian rizom atau daripada ubi pokok kantan. Terdapat sulur-salur(batang) yang akan mengeluarkan bunga dan satu jenis lagi salur (batang) yang akan mengeluarkan daun. Setiap batang hanya akan mengeluarkan sekuntum bunga sahaja. Bunga kantan bewarna merah jambu dan mempunyai aroma yang kuat. 

Bunga kantan biasanya dimasukkan dalam masakan-masakan melayu bagi menambahkan rasa. Selalunya bunga kantan dimasukkan ke dalam masakan seperti laksa, asam pedas, masak lemak dan lain-lain lagi. Adakalanya bunga kantan dihiris halus dijadikan ulam sebagai pelengkap rasa dalam laksa johor, laksa utara, atau sebagai bahan dalam nasi goreng.

Nota:
1. Telah berlaku percubaan menanam pokok kantan di depan rumah.
2. Pokok kantan berjaya tumbuh tapi saiznya sangat kecil
3. Mungkin kerana kekurangan air atau cuaca terlalu panas?
4. Atau zat galian dalam tanah di tempat ia ditanam tidak mencukupi!
5. Semoga pokok kantan itu dapat bertahan dan hidup subur hendaknya..
6. Amiiiin..

Wednesday, October 03, 2012

Buah rambai









Rambai (Baccaurea motleyana) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari Keluarga Euphobiaceae. Pokok rambai ialah spesies pokok berbuah. Pokok rambai ini hidup meliar di sekitar semenanjung Malaysia. Pokok rambai biasanya terdapat di kawasan dusun tradisional dan menumpang baja dari pokok buah-buahan lain. Pokok rambai biasanya membiak atau dibiakkan melalui biji oleh manusia ataupun binatang.

Dipercayai pokok rambai juga terdapat di Thailand, Bornea, Indonesia dan kawasan-kawasan asia tenggara lain.

Tak ramai yang kenal akan buah rambai ini. Mungkin ada yang tidak mengetahui akan kewujudan buah ini.




Nota:
1. Semasa gambar ini diambil, buah rambai belum cukup masak.
2. Masam sedikit rasanya jika belum masak.
3. Jika sudah masak ranum, manis rasanya.
4. Ada orang takut makan biji rambai
5. Takut pokok tumbuh keluar daripada kepala
6. (-_-)y

Wednesday, September 26, 2012

Kelicap mayang kelapa

Pada suatu hari, ketika sedang berbaring (menunggu) di atas hammock di belakang rumah yang terletak di sebuah kampung di negeri perak.. diwaktu pagi selepas sarapan pagi.. terpandang akan seekor burung hinggap membersihkan diri. Sepantas kilat dan dengan penuh kesopanan kamera dihalakan kearah objek bernama burung kelicap mayang kelapa. Alhamdullillah.. dapat sekeping dua gambar untuk kenangan dan bahan untuk diletakkan di dalam blog.

Sebenarnya, saya tak berapa pasti dengan nama burung ini. Tetapi berdasarkan carian di google, hasilnya adalah burung kelicap mayang kelapa. Ini adalah berdasarkan kesamaan pada bentuk dan warna paruh; bentuk ekor; bentuk kaki dan warna kaki serta warna kuning pada bahagian bawah badan. Yang menjadi kemuskilan saya adalah warna pada sayap dan atas badan, kebanyakkn carian yang saya perolehi bahagian atas dan sayap burung kelicap mayang kelapa ini adalah berwarna hitam kebiruan serta berkilat. Sedangkan spesis yang saya jumpa ini berwarna hitam coklat. Adakah ia adalah perbezaan diantara burung jantan dan burung betina? Jika saya salah, harap sudi betulkan maklumat saya ini.

Burung Kelicap Mayang Kelapa (The Plain-throated Sunbird) ialah salah satu daripada spesis burung yang boleh di dapati di Malaysia. Nama saintifiknya Anthreptes malacensis. Source - wiki

Nota:
1. Saya pernah diberi tahu dulu...
2. Jika seseorang itu pakar tentang jenis2 burung, dengan mendengar kicauan burung pun dapat diketahui nama dan jenisnya.
3. Setiap manusia ada kelebihan masing-masing
4. Antara kita sedar atau tidak akan kelebihan kita
5. Gunakan kelebihan itu dengan sebaik-baiknya.

Panjang akal

Masih tak dapat nak buat entry sekerap dahulu. Lokasi meja dipejabat baru tidak berapa mengizinkan kerana terletak ditengah2 kawasan lalu lalang dan pandangan orang ramai. Keadaan ini membataskan kekerapan untuk membuka application lain selain daripada excel dan microsoft word. Erk? Susah nak edit atau pilih gambar dan karang ayat untuk isi dalam blog. Plus masalah removal hardisk seperti yang diceritakan dalam entry yang lepas. Anyway, itu bukan sepatutnya menjadi penghalang kan! Blog sepatutnya dibuat dirumah bukan dipejabat. (-_-)y hahaha..

Semalam saya berjaya transfer gambar raya puasa 1433h ke dalam laptop. Tak banyak gambar diambil semasa raya hari tahun ini, tapi moment dalam gambar yang dipaparkan dalam entry ini adalah sangat bermakna untuk sikecil ini apabila dia dewasa kelak. Kerana saya akan ketawa gembira bila makcik2 saya ceritakan kisah keBAIKan saya ketika saya kecil. (-_-)y


'Grong grong grong...' maknanya... 'hari ini.. notebook ini saya yang punya... hahahaha...' kata anak nyamuk #4 


'Baik cepat sebelum orang lain guna.. usaha tangga kejayaan' kata anak nyamuk #4 lagi..


'Alhamdullillah berjaya.. janganlah maklong marah.. anak nyamuk #4 nak dengar lagu alif ba ta je..'


'Ishkk.. kena masuk password la pulak.. ujian.. niat yang baik, InsyaAllah akan dipermudahkan  jalannya..'


Eh maklong?!..  boleh tolong masukkan password tak? Safiyya nak dengar lagu Alif ba ta la... Berani kerana benar!.. Alamak kantoi!.. (-_-)y sambil buat muka cute..!

Nota:
1. Both anak sulung kedua-dua adik perempuan saya adalah perempuan
2. Kedua-dua mereka lahir pada 23 haribulan, tahun yang berlainan dan bulan yang berlainan.
3. Kebetulan mereka mempunyai beberapa perangai yang sama.
4. Semoga mereka menjadi anak-anak yang solehah dan bijak.
5. Amiiiin..
6. Ungkapan atau simpulan bahasa 'panjang akal' bermakna cerdik, bijak. 

Wednesday, September 19, 2012

Si comot

Dah bersarang bersawang blog ni. Kalau tak kerana ada orang dah bagi salam tadi, mungkin akan berabuk pula. Dalam kepala banyak idea nak dikarang. Tapi bila dah pegang keyboard dan mouse, idea tiba2 terbang dibawa dek angin lalu (cehhhh!)..

Tambahan pula, notebook baru ni tak boleh nak baca 2nd partition yang ada dalam removal hdisk merah kesayangan bungaOren.. Most of the picture taken are stored in the 2nd partition tu. Kalau nak tengok 2nd partion tu kena buka thru PC yang dirumah. Jadi kerja2 mengupdate blog adalah sedikit kesusahan yang menyebabkan keringat malas itu membuak-buak! Sebab setiap entry bungaOren dimestikan oleh bungaOten untuk diletakkan sekurang-kurangnya sekeping gambar. hmmmm... kemestian yang tidak diperlukan!

Sebenarnya, banyak perkara berlaku sepanjang kemalasan mengupdate blog ini berlansung. Mana yang sempat saya karang saya akan update nanti. Tengah cari ruang dan masa dan semangat memblog itu kembali. Hope this entry shall gain the spirit back.. hehehehe..





Saya budak comot! Baru lepas mandi pun saya masih comot lagi!


Nota:
1. Waalaikumussalam Cheqna (-_-)y
2. Saya sihat. Alhamdullillah.
3. Kawan2!? Saya nak tanya... 
4. Aci ke kalu saya buat back dated entry untuk Nuzul Quran + 1syawal + 31 Ogos + 16September?
5. Aci tak aci saya nak buat jugak! (-_-)y
6. Dah nama pun blog saya kan. ikut saya la kan.. 
7. Thanks kerana memahami.. eh..faham ke? hahahahaha..

Sunday, August 19, 2012

1 Syawal 1433



Selamat hari raya aidilfitri. Ampun dan maaf dipinta, jika andainya ada terkasar bahasa dan tingkah laku. Semoga kita semua dirahmati Allah sentiasa. Amin.

Nota:
1. Ini adalah back-dated entry.
2. Harap maklum. (-_-)y

Saturday, July 21, 2012

1 Ramadhan 1433













Ramadhan kareem.

Salam ramadhan 1433. Semoga amalan kita di ramadhan ini lebih baik daripada ramadhan-ramadhan yang lepas. Semoga semua amalan kita diterima oleh yang Maha Esa. Semoga kita diberikan taufiq dan hidayah oleh yang Maha Esa. Semoga kita dimatikan dalam islam dan iman. Amin.

Nota:
1. Heppi besday to my youngest brother , Taufiq Zain.
2. Semoga Allah merahmati Taufiq, di dunia hingga di akhirat nanti.
3. Si Taufiq request mak dia masak nasi ayam sebagai juadah berbuka...
4. Yeay.. mak kiter masak nasi ayam hari ni..  <3
5. Selamat berpuasa dan berbuka puasa dan berterawih!

Monday, July 09, 2012

Floria 2012




Bunga rose kuning didatangkan khas dari Kenya



Sabtu kelmarin kami ke pesta floria di putrajaya. Seperti disarankan, maka awal-awal pagi dah sampai, rupanya pukul 10 pagi baru buka. Masa kami datang ada taman-taman tak buka lagi. Masing-masing dok sibuk siram pokok bunga. Tangkap gambar bunga masa matahari dah naik adalah satu kerumitan bagi saya. Maka mood terbang dibawa angin lalu.

Nota:
1. Serius tak banyak gambar bunga saya ambil
2. Serius tak banyak.
3. Patutnya tema bunga kertas kan.
4. Mana gambar bunga kertas saya?
5. (-_-)y

Thursday, July 05, 2012

Zoom bunga rose


Pink rose yang sudah mula mengering.

Nota:
1. Floria di Putrajaya tahun ni dah nak habis.
2. Saya belum pegi lagi. 
3. Pagi2 sabtu nak terjah.. JOM!

Tuesday, July 03, 2012

Main pasir


Main pasir sahaja yang dibenarkan kepada mereka berdua itu, pada hari itu.


Tak ramai orang mandi manda di sini. 


Sanggup ke anda berjalan dari hujung ke hujung pantai ini? Pantai berpasir oren di Pengkalan Balak, Melaka.

Hari minggu masih sibuk dengan aktiviti. Aktiviti jalan-jalan dan pandang-pandang dan tengok-tengok dan tangkap-tangkap. Sebenarnya hasil tangkapan semakin berkurangan sebab kurang menangkap. Bukan sebab sudah malas menangkap tapi sebab ada benda lain yang perlu dibuat. Mana boleh buang hobi yang berisiko dalam memberikan sedikit pendapatan ini. InsyaAllah saya akan terus menangkap selagi berkemampuan.

Nota:
1. Alhamdullillah selamat melapor diri di tempat baru.
2. Alhamdullilah suasana kerja yang memberansangkan (base on 2 week observation only.. hehehe)
3. InsyaAllah saya akan cuba bekerja sebaik mungkin.
4. The BESTest is pejabat itu sangat dekat dengan rumah!
5. Working time flexible (of coz mesti keje time keje!)
6. Boleh balik rumah dan sampai rumah awal!
7. Untuk rekod, sebelum ini, masa saya banyak dihabiskan diatas jalan. 
8. Sebab jauh dan sebab jammed! (perasan tak ada few entry pasal jammed dalam blog ni)
9. Yerp, jauh dan jammed bukan the main thing that push me to move out from the company.
10. Anyway, saya belum officially move out from the company semasa entry ini ditulis.


Thursday, June 14, 2012

Pisang muda


Pisang berangan atau pisang emas muda, sedap dibuat masak lemak kuning.

Nota:
1. Susah juga nak snap gambar pisang nih
2. Kena pandai cari sudut yang cantik
3. Susah juga nak jelaskan keseluruhan pisang ini.
4. Mungkin sebab keadaan persekitaran adalah sedikit gelap.
5. Apa-apa pun nikmati gambar ini.
6. Sebab kalau saya nak bagi anda nikmati masakkan masak lemak pisang muda.. mungkin tidak!
7. Saya belum mahir lagi..

Wednesday, June 13, 2012

Life is awesome


Ini adalah bunga rumput yang halus-halus kecil dan telah dizoom supaya kelihatan lebih besar!


Mesti ramai yang pernah tengok bunga rumput nih. Ini orang panggil rumput israel. Tak percaya? Sila google!


Life is awesome? and I say YES!

Nota
1. Tetiba rasa sangat sibuk
2. Minggu akhir saya di syarikat ini
3. Semoga syarikat yang satu lagi lebih baik dari segala aspek
4. Semoga syarikat yang satu lagi memberikan lebih kebaikan kepada saya
5. JOM sama-sama kita jadi baik!

Thursday, June 07, 2012

Daun kunyit

Segarkan daun kunyit ini


Daun kunyit yang subur menghijau

Daun kunyit biasanya dipotong halus-halus dimasukkan kedalam rendang sebagai penambah perisa. Boleh juga dicarik-carik sesuka hati dan dimasukkan ke dalam masakan seperti masakan sup sayuran, masak air betik, masak lemak labu dan lain-lain. 

Tapi citarasa kita mungkin berbeza. Ada yang tidak gemar rasa tambahan daripada daun kunyit. Tapi saya suka. (-_-)y

Nota:
1. Pokok kunyit jiran belakang rumah sungguh subur.
2. Pokok kunyit dibelakang rumah saya sudah tidak kelihatan.
3. Kena jenguk kebun belakang rumah la minggu ini!
4. Kena tanam semula pokok kunyit
5. Jeles tengok pokok kunyit orang.. kisahnya..

Wednesday, May 30, 2012

Itik dalam kolam


Peribahasa 'Seperti memandikan itik' 

Semalam, first time dengar peribahasa  'Seperti memandikan itik'  daripada seorang pemanggil sebuah rancangan di radio. Lebih kurang maknanya seperti peribahasa 'Seperti mencurah air ke daun keladi' tapi ada sedikit perbezaan.

Nota:
1. Thank to the caller..
2. Alhamdullillah dapat idea untuk upload gambar itik dalam blog.
3. Hari rabu = wordless please! (-_-)y

Monday, May 28, 2012

Ikan pelaling


Ikan pelaling yang disusun cantik-cantik untuk diambil gambarnya sebelum disiang dan dimasak dan dimakan.

Jika selalu ke pasar, anda akan perasan yang ikan pelaling ini semakin mahal harganya. Dulu (tahun lepas) saya pernah beli ikan ini dengan harga RM4.00 sekilo! Tapi rasanya bulan ini, harganya diantara rm7.00 -rm8.00 sekilo. Adakah kerana saiznya sedikit besar?

Nota
1. Ikan pelaling semakin hari semakin mahal harganya
2. Gambar ikan pelaling ini dah kena reject!
3. Sekian, terima kasih.

Tuesday, May 22, 2012

Buah Naga





Buah Naga adalah buah daripada sejenis pokok kaktus. Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia, walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Buah naga yang matang adalah seberat lebih kurang 400 gram tetapi ada juga yang membesar sehingga lebih satu kilogram!
Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.
Sumber wiki

Nota:
1. Menarik juga kalau tanam pokok buah naga ini di belakang rumah.

Tuesday, May 15, 2012

Sauk ikan



Tahan ikan di parit tepi bukit.. 


Utamakan keluarga, semakin hari semakin sayang.


Ada seekor ikan berenang diposisi terbalik.

Aktiviti keluarga tidak semestinya perlu berkelah di tepi pantai Port Dickson, tak semestinya makan di hotel 5 bintang, tak semestinya bergembira di taman tema, tak semestinya melancong ke tempat-tempat melancong (tempat melancong?lost wording actually hahaha..), tak semestinya bermain di taman permainan, tidak semestinya mengadakan jamuan barbecue, tak semestinya tangkap gambar di kedai gambar dan lain-lain lagi aktiviti lain..

Kami pun ada buat aktiviti keluarga.. salah satu aktiviti keluarga kami adalah sauk ikan di parit belakang rumah. Itu je nak bagi tau. Sekian terima kasih. (-_-)y

Nota:
1. Ikan-ikan itu disauk dan dimasukkan ke dalam akuarium.
2. Ikan-ikan dijaga oleh sepupu yang sesekali datang ke rumah.. (rumah dikampung selalunya tiada orang)
3. Pada suatu hari, kami ramai-ramai pulang ke kampung..
4. Tengah-tengah malam kecoh satu rumah ada tikus mati dalam akuarium
5. Masing-masing malas nak buang.. (tapi hairan tak berbau tikus itu, ikan pun elok berenang-renang)
6. Pagi-pagi esoknya, kecoh lagi!
7. Bukan tikus yang dikecohkan semalam yang berada dalam akuarium itu
8. Hanyalah seketul batang kayu yang diletakkan oleh seorang adik tidak lama dulu!
9. Semua lega sebab tak perlu nak cuci akuarium 

Saturday, May 12, 2012

Kucing liar


Salah seekor kucing liar yang berkampung di kawasan belakang rumah kami

Saya bukanlah peminat, pemeluk mahupun penyuka kucing. Dan juga BUKAN jenis yang tak boleh tengok kucing datang dekat dan kemudian jerit-jerit takutkan kucing itu. Pernah cuba try untuk peluk haiwan kesayangan baginda Rasullah ini, tapi tak berjaya. Masih tertanya-tanya perasaan mereka yang gemar memeluk kucing-kucing ini. Beruntung sungguh mereka. Paling extreme saya boleh buat adalah bermain acah-acah dengan kucing belaan adik dirumah.

Tapi rasanya sekarang saya telah terbela beberapa ekor kucing liar dibelakang rumah. Jika ada lebihan makanan, insyaAllah, adalah rezeki mereka. Cukuplah sekadar mereka kenal saya dan saya kenal mereka. Semoga kucing-kucing ini akan doakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat.

Nota:
1. Adik kedua bongsu saya baru beli kereta dan tadi dia bagi saya test drive kereta baru dia. (Bestnye!)
2. Memang dari dulu teringin kereta jenis macam tu dan tetiba rasa nak beli kereta macam tu...
3. Saya sangat sayang kereta comel saya yang sangat berjasa kepada kami sekeluarga
4. Tapi tak salahkan kalau beli lagi satu kereta. (-_-)y (Berangan banyak duit)
5. Memang hampir setiap hari diprovoke dek adik-beradik untuk beli kereta baru (Sampai letih nak tepis)
6. Sistem kewangan saya masih belum stabil dek batu berat yang ditangguh.. (Not credit card ok!)
7. Dan masih tercari-cari jenis kereta yang sesuai dan relevent dan berkenan dihati
8. Dan hari ini saya rasa saya tahu apa yang saya nak! (Weeee.. dah jumpa yang berkenan)
9. Saya nak kereta yang macam adik saya jugak.. nak yang tu jugak.. yang itu dan bukan yang lain..
10. Start aim, start collect information, start make some strategy with plans and action.. dan tak lupa doa..
11. Rasanya paling awal dalam 2 tahun baru dapat kot.. (hehehe.. lamanya)
12. Dalam 2 tahun macam-macam boleh berlakukan.. (Tengok la macam mana.. kita hanya merancang)
13. Semoga impian hari ini menjadi kenyataan... Amin3x..

Friday, May 11, 2012

Bunga Kesidang



Ini bunga kesidang.. nama botaninya vallaris glabra .. dipanggil bread flower di negara-negara barat


Dipanggil pokok bunga kerak nasi di bahagian utara semenanjung Malaysia


Dipanggil bunga tikam seladang di pantai Timur


Bunganya kecil-kecil berwarna putih kehijauan


Baunya harum.. seakan-akan bau daun pandan..

Nota:
1. Alhamdullillah pokok kesidang dibelakang rumah sudah mula berbunga.
2. Semoga pokok kesidang terus hidup subur dan sentiasa berbunga
3. Baunya wangi.. sesekali menerpa masuk kedalam rumah.. 
4. Wangian daun pandan daripada belakang rumah. 
5. Alhamdullillah.. Kita semua makhluk Allah.

Monday, April 30, 2012

Bulan setengah


Indahnya ciptaan Allah, bulan separuh yang cantik, malam dimana bintang-bintang berkelipan.- 28 April 2012, 9 malam

Nota:
1. Berfikirlah dengan matang
2. Jangan hanya pandang sebelah mata dan pekakkan sebelah telinga
3. Berfikirlah lebih ke depan.
4. Semua orang mahukan kebaikan kepada semua orang.
5. Semua orang yang melihat akan menilai.
6. Tapi adakah semua orang tahu menilai dengan cara yang betul?
7. Sesungguhnya hanya Allah sebaik2 penilai.
8. Ingatlah kebaikkan tidak datang dengan bergolek2
9. Berfikir dan bertindak dengan bijak dan positif.

Wednesday, April 25, 2012

Cili potong


Baki cili potong yang tidak habis dimakan dijadikan hiasan kepada pinggan yang kosong.

Nota:
1. Jarang order cili potong jika makan diluar.
2. Kalau ada akan dimakan (sedikit), kalau tiada tidak mengapa, makan seadanya.
3. Macam la rajin makan diluar kan.
4. Hari ini dan esok ada training 'Technical Writing'
5. Semoga kami mendapat ilmu yang bermanfaat. 
6. Amin3x

Monday, April 23, 2012

Bunga Melur : Star Jasmine


Ini adalah bunga melur jenis Star Jasmine.  (Nampak macam bentuk bintang kan?)


Nama saintifiknya jasminum multiflorum (Bintang, bintang dan bintang)


Gugusan bintang

Bunga melur juga dikenali dengan nama bunga Jasmin atau bunga Melati. Kebanyakkan spesis bunga melur berwarna putih. Perbezaan antara spesis bunga melur ini adalah dari segi bentuk dan bau.

Pokok bunga melur merupakan pokok jenis belukar renek dan ia juga dikatakan pokok yang jenis merayap dan menjalar. Pokok melur ini mempunyai kira-kia 200 jenis dan boleh didapati dikawasan tropika dan beriklim panas. Pokok ini hidup membesar dalam keadaan menjalar pada pokok-pokok lain atau pada sesuatu bahan yang ia boleh berpaut. - wiki

Nota:
1. Baru tau bunga ini juga adalah sejenis bunga melur.
2. Nak bagi tau, saya tak suka minum air teh bunga melur (-_-)y
3. Citarasa kita berbeza.

Friday, April 20, 2012

Gelas hampir penuh


Saya kata gelas ini hampir penuh. Tapi kalau ada yang kata gelas itu belum penuh, itu pilihan anda. (Tengah-tengah hujung bulan, boleh pulak tawakal makan kat clubhouse! huhuhu)

Kadang-kadang, kita akan diajukan soalan berkenaan dengan air di dalam gelas, sama ada gelas itu separuh penuh atau separuh kosong? Jawapan kita sebenarnya menunjukkan sudut pandangan kita terhadap sesuatu.

Secara  psikologi .. jika jawapan kita adalah "separuh penuh" maka jawapan kita itu menggambarkan kita seorang yang berfikiran positif. If there's a will there's a way. Kita akan menggunakan seluruh keupayaan yang ada untuk berjaya. Berlainan pula jika jawapan kita adalah "separuh kosong", ia menggambarkan kita seorang yang berfikiran negatif. Kita akan sentiasa menggunakan seluruh kelemahan yang ada untuk tidak berjaya. Anda yang mana? Pilihan ditangan anda. (-_*)y

Nota:
1. Saya akan jawab "separuh penuh" (sebab saya kan dah dapat jawapan bocor.. hehehehe)
2. Psst! gambar-gambar tangkapan saya dah dapat lesen untuk dijual. (Yeay.. Alhamdullillah..)
3. Serius susah nak lepaskan diri untuk diterima. (Yang lepas ini pun adalah percubaan kali ke5!)
4. Mujur ada kawan2 sudi memberikan ilmu mereka kepada saya! (Thanks wei!!!)
5. Ramai yang lepas sebenarnya pada percubaan kali pertama (Mungkin saya tak banyak ilmu macam depa)
6. Rezeki saya mungkin tidak secepat mereka atau anda, yang pastinya rezeki saya pasti ada!
7. Saya sangat yakin dan bersyukur dengan rezeki yang saya akan terima dan telah terima.
8. Keduanya, tak payah cerita la, panjang pulak entry kali ini. (Ni pun dah panjang!)
9. Entry ini adalah sinambungan daripada entry ini 1st submission2nd submission4th submission dan  semangkuk taugeh
10. Terima kasih lah kerana sudi membaca sehingga ke nota #10


Tuesday, April 17, 2012

Intai peluang


Kaisah, mengintai dari celah seat depan kereta.

Mengintai peluang yang terbentang luas. Antara mahu atau malu atau malas. Semuanya terpulang kepada diri yang mengintai.

Saya tersalah jawab soalan semalam yang sepatutnya sangat senang dijawab, kena perbaiki kelemahan diri, kena tambah ilmu, kena mula buka buku dan mula menghafal dan memahami.

Nota:
1. Kalau itu rezeki saya, alhamdullilah, kena tambah lagi ilmu di dada.
2. Kalau ia rezeki orang lain, alhamdullillah, pasti ada hikmahnya.
3. Kalau bukan rezeki saya, maka saya kena cari ilmu mencari rezeki yang lain, yang lain sedikit caranya.
4. Tinggi sungguh rasanya maksud ayat nota #3
5. Tak perlu faham, kalau susah nak faham.
6. Sila jangan buang masa anda. (-_-)y


Saturday, April 14, 2012

Budak comot


Saya comot ke? Tapi ada orang kata saya comel.

Nota:
1. "Takkan la aku dah jatuh cinta ?"
2. "Takkan aku suka kat dia sebab dia pilot?"
3. "Alah lupakan sajalah.." - Alaaaa...
4. Tiba2 rasa nak mengorat pilot.
5. Pilot tu mesti nama dia Omar tau.. dan dia mesti hensem.
6. "Tapi saya keje kilang je" - dulu ler.. dulu ok..
7. Itu dialog cerita "Landasan Cinta" ler
8. Tapi saya layan la cerita tu.

Thursday, April 12, 2012

Banyakkan bersabar



Tidak meletakkan sesuatu pada tempat yang sepatutnya adalah perlakuan yang kejam. Setiap perkataan yang kita ucapkan melambangkan peribadi kita, tidak kira di mana jua kita menulis atau mengucapkannya.

Nota:
1. Pagi tadi mood ok
2. Lepas pagi, dah jadi tak ok
3. Ya Allah, kurniakan aku kekuatan dan kesabaran!
4. Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
5. Jangan risau kawan2.. saya masih belum dihentam sehingga bertekuk lutut.
6. DAN saya masih mampu tersenyum dan tidur dengan tenang
7. Jom jadi B+ semula!

Wednesday, April 11, 2012

Tudung pinjam


Kaisah, si budak comel, bergaya dengan tudung yang dipinjam daripada maklongnya.

Nota:
1. Hari ini hari rabu, cuti sempena hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong - Tuanku Abdul Halim
2. Ke Melaka, hantar anak sedara kepada mak ayah mereka semula sambil re-tour Banda Hilir
3. Harap tak ramai orang! Selamat bercuti..
4. Ada yang komen tiada gambar pasu dalam entry Bunga dalam pasu
5. 'Maafkan saya' (baca dengan nada nabil @ detektif conan) hihihihi
6. Bunga itu terlalu besar, sehingga menutup objek yang bernama pasu. (-_-)y

Monday, April 09, 2012

Bunga dalam pasu



Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga, melainkan adakalanya disirami dengan airmata dan juga darah - Twitter - Santapan Minda

Nota:
1. Saya cuti hari ini
2. Layan The Tangled dengan anak2 nyamuk
3. Layan The Princess & The Frog kemudiannye
4. Tah dah berapa puluh kali la terpaksa layan derang tengok cerita2 itu
5. Setiap kali datang rumah, mesti anak-anak nyamuk request dua cerita itu.
6. Tapi bungaOren selalu layannnn tengok movie itu juga..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...