Bunga kantan ini adalah bunga kantan yang tumbuh di tepi kebun pakcik saya.
Bunga kantan, adalah tumbuhan herbaceous, tumbuhan ini tumbuh membiak dan merimbun secara berkelompok. Tinggi pokok boleh mencapai sederhana 4m atau 5m. Batangnya bulat. Pokok kantan mempunyai daun yang panjang, sederhana besar dan berwarna kehijauan. Terdapat dua jenis sulur yang akan keluar daripada bahagian rizom atau daripada ubi pokok kantan. Terdapat sulur-salur(batang) yang akan mengeluarkan bunga dan satu jenis lagi salur (batang) yang akan mengeluarkan daun. Setiap batang hanya akan mengeluarkan sekuntum bunga sahaja. Bunga kantan bewarna merah jambu dan mempunyai aroma yang kuat.
Bunga kantan biasanya dimasukkan dalam masakan-masakan melayu bagi menambahkan rasa. Selalunya bunga kantan dimasukkan ke dalam masakan seperti laksa, asam pedas, masak lemak dan lain-lain lagi. Adakalanya bunga kantan dihiris halus dijadikan ulam sebagai pelengkap rasa dalam laksa johor, laksa utara, atau sebagai bahan dalam nasi goreng.
Nota:
1. Telah berlaku percubaan menanam pokok kantan di depan rumah.
2. Pokok kantan berjaya tumbuh tapi saiznya sangat kecil
3. Mungkin kerana kekurangan air atau cuaca terlalu panas?
4. Atau zat galian dalam tanah di tempat ia ditanam tidak mencukupi!
5. Semoga pokok kantan itu dapat bertahan dan hidup subur hendaknya..
6. Amiiiin..