Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Saturday, February 26, 2011

Terpegun melihat kapal terbang

Tajuk entry, mengambarkan seolah-olah ditujukan kepada kanak-kanak kecil baru belajar melihat kapal terbang. Hakikatnya masih ramai orang dewasa yang berkelakuan seperti kanak-kanak, seolah-olah tidak pernah melihat kapal terbang.

Sejak kecil, Lapangan Terbang Bayan Lepas sering cik bungaOren kunjungi. Bukan untuk melancong ke negara orang sambil-sambil merasa kesejukkan salji. Hakikatnya, hanyalah untuk melihat pergerakkan turun dan naiknya kapal2 yang boleh terbang itu, itu sahaja tujuannya. Sungguh!

Ketika cik bungaOren masih kecil (sekolah rendah la tu), cik bungaOren ada seorang makcik dan beberapa orang sepupu yang bekerja di Pulau Pinang sebagai operator pengeluaran (maka dulu-dulu cik bungaOren pernah bercita-cita menjadi operator pengeluaran). Maka, selalunya, setiap kali cuti sekolah, emak dan ayah akan bawa kami adik-beradik ke Pulau Pinang. Melancong ke sana. Jimat belanja kerana tidak perlu menyewa hotel atau rumah tumpangan.

Hari itu (baru-baru ini), kami 4 beradik (daripada 6 beradik), telah ke Penang untuk mengimbau serba sedikit kenangan silam itu. Mencari tempat-tempat yang pernah kami tumpang bermalam. Segalanya telah berubah, for better or for worse, biar rakyat Pulau Pinang yang tentukan. Kami hanya perantau yang akan datang menjenguk Pulau Pinang sekali sekala mencari 'pasembor'.









Nota:
1. Demam sepanjang perjalanan
2. Terpaksa mengekalkan keadaan demam agar dapat teruskan MC (keji tak?)
3. Berjaya kekal demam sehingga hari yang sepatutnya perlu MC lagi.
4. Pada hari cuti, badan dedar2, antara demam dan tidak demam.
5. Namun perlu kuatkan semangat
6. Perjalananan mesti diteruskan walaupun perlu melalui perjalanan yang jauh.
7. KL - ShahAlam - Perak - Kedah - Perlis - Kedah - Penang - Perak - Shah Alam
8. Korang agak berapa hari nak habiskan perjalanan itu?
9. Kalau tiada kenderaan bernama 'Kereta'
10. Kalau naik bas, agak2 berapa kali kena book bas?
11. Kerana setiap persinggahan kami perlu singgah.

Friday, February 25, 2011

Bandar Tasik Selatan

Pada satu hari, badan cik bungaOren rasa macam nak demam-demam. Tekak sakit-sakit. Batuk tersekat-sekat. Kepala rasa pening. Badan rasa tak berapa nak selesa. Kejap panas kejap sejuk.

Namun terpaksa ke pejabat, kerana cik bungaOren hanya tahu satu saja klinik panel yang pejabat terima (tragis sungguh). Perjalanan dari rumah ke pejabat adalah lama. ShahAlam - Desa Pandan. Cik bungaOren adalah pelalu setia Lebuhraya Persekutuan. Pada hari itu, terdapat sekatan yang melebihi had kesabaran cik bungaOren. Maka cik bungaOren pun mencari beberapa laluan alternative yang masih cik bungaOren rasa cik bungaOren ni mahir. Tetapi cik bungaOren lupa ketika hari itu kepala cik bungaOren berada dalam keadaan kurang kepakaran.

Maka terjadilah beberapa kesilapan dan kesesatan yang nyata yang tak sewajarnya berlaku kepada cik bungaOren. Sungguh tak tipu! memang cik bungaOren mahir jalan-jalan itu pada suatu ketika dahulu. (-_-)y hahahaha..

Namun, akhirnya cik bungaOren berjaya sampai ke pejabat dan klinik dan mendapat MC.

Dalam perjalanan yang penuh kesesatan itu, ada satu pemandangan yang cukup menarik yang cik bungaOren rasakan menarik. Maka dengan kesempatan yang ada, cik bungaOren sempat snap sekeping gambar (sempat jugak tu?). Persoalannya, adakah KL berjerebu pada hari itu. Sungguh kurang jelas jarak pemandangan cik bungaOren.


Nota:
1. Jelebu ke?
2. Jerebu ke?
3. Jelaga kah?
4. Patutlah ramai yang sakit pada waktu ketika itu.
5. Kenapa boleh berjerebu nih?
6. Ada dengar mana-mana daerah yang terbakar ke?
7. Ada orang buat pembakaran terbuka?
8. Secara besar-besaran?

Tuesday, February 22, 2011

Gila Kentang

Apa korang buat kalu korang tiada kerja yang perlu dilakukan? Mengulor? Menikus? Mendesign?

Saya suka mendesign. Kawan-kawan saya pun ada yang punya hobi macam saya. Kami telah menghasilkan satu design yang sangat cantik. Bukan apa, design makanan adalah bukan termasuk dalam skop kerja design kami. Tetapi kami telah mencubanya. Anda bagaimana?

Maka terima lah hasil kerja tangan kami yang sungguhlah cantik itu.. hehehe..




Asal kentang yang kami design adalah daripada Meatball kedai makcik roIKEAh.  
Sungguh kretif kami ini kan. (-_-)y


Nota:
1. Pada satu hari kami telah berjaya menjalankan satu misi kerja
2. Untuk menselebratekan kejayaan itu kami telah mengulorkan diri ke kedai makcik roIKEAh
3. Kami sungguh gembira
4. Kami rasa kami berhak untuk selebrate kejayaan itu.
5. Maka kami pun selebratelah kejayaan yang tak seberapa itu
6. Anda suka selebrate kejayaan anda?
7. Saya suka. Rasanya kawan-kawan saya pun suka (-_-)y
8. Walaupun dengan hanya berjaya menyelesaikan masalah yang kecil.
9. Kita patut bangga (-_-)y
10. STK

Monday, February 21, 2011

Resepi : Asam Pedas Ikan Tuna

Ikan tuna adalah spesis ikan kayu. Bezanya ikan tuna dengan ikan tongkol adalah isinya. Isi ikan tuna lebih putih. Melalui pembacaan, cik bungaOren mendapati, ikan tuna mempunyai lebih khasiat daripada ikan tongkol, maka cik bungaOren pun membelilah seekor ikan tongkol sebagai juadah kami.

Kepala ikan tuna ini dibuat asam pedas.

Bahan-bahan A (diblander) :
- Cili kering
- Cili padi
- Bawang merah
- Serai
- Kunyit hidup
- Jintan manis

Bahan-bahan B
- Asam jawa
- Bunga kantan
- Daun kesum

- Sayur kekacang

Cara-cara:
Panaskan air didalam periuk, masukkan bahan-bahan yang telah diblander. Masak sehingga naik minyak. Masukkan ikan. Tunggu sehingga ikan lembut. Masukkan air asam jawa dan bahan-bahan B yang lain. Masukkan garam secukup rasa dan sedia untuk dihidang.

Tambahan*
Biasanya bahan yang diblander akan ditumis dahulu sehingga pecah minyak. Resepi kali ini adalah resepi orang kalut. Salah cara sedikit. Apa-apa pun rasanya memang berbeza jika kita tumis bahan-bahan A dengan rasa asam pedas yang kita tidak tumis bahan-bahan A itu.






Nota:
1. Burps
2. Burps
3. Burps

Sunday, February 20, 2011

Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang

Hujung bulan Januari 2011, seorang pak cik kepada cik bungaOren telah membuat satu tawaran kepada kami-kami yang berada dikampung (sedara terdekat sahaja) pada ketika itu untuk makan mee udang. Maka kami pun segeralah pergi kerana peluang sebegini jarang diperolehi. Setelah tiba ditempat yang dimaksudkan, kami pun order lah mee udang selayaknya mengikut jumlah ahli yang berjaya pergi.

Ketika makan tiba, maka cik bungaOren pun meneruskan tradisi cik bungaOren untuk mengambil gambar mee udang tersebut. Selang 2 minit setelah berjaya mengambil gambar yang diinginkan, TIBA-TIBA keadaan menjadi gelap gelita. Kenapa nih?

Suasasa persekitaran menjadi riuh. Kedai Mee Udang Mak Jah black-out rupanya. Maka terpaksalah kami makan dalam gelap bertemankan cahaya bulan. Lilin pun tiada, mungkin pihak kedai tidak menjangkakan kejadian tersebut berlaku.

Selesai kami makan, maka dengan tiba-tiba lampu kembali bercahaya. Mee udang masing-masing telah habis dimakan didalam gelap. Apakah kerana kami memang pakar makan dalam gelap?


Apa-apa pun enjoi the picture yang berjaya diambil.







Nota:
1. Mee Udang Mak Jah memang sedap dan famous bagi penggemar-penggemar mee udang.
2. Kecuali cik bungaOren
3. Ini adalah kerana cik bungaOren menghadapi alahan kepada udang.
4. Kepala udang sebenarnya mengandungi kuantiti toxic yang tinggi
5. Toxic tersebut tidak sesuai untuk orang-orang yang alah kepada makanan laut.
6. Jika nak makan juga, maka elakkan memakan bahagian kepala udang.
7. Harap maklum

Friday, February 18, 2011

Kentang goreng pedas

Saya bukan fanatik kepada McDonald. Sungguh amat sangat jarang saya mengunjungi McDonald itu. Bukan sebab saya boikot. Dan tidak pula saya menyokong. Memang sifat dari dulu tidak diajar untuk mengunjunginya. Maklumlahkan, dahulu hidup susah. Maka selayaknya tidak perlu mengunjungi prasarana-prasarana yang bukan tarafnya. Betul tak?

Baru-baru dulu (bulan lepas), ada yang mengajak cik bungaOren ke McDonald, dengan alasan deman dan mahu makan bubur. Maka dengan alasan meneman dan mengambil sekeping dua gambar, maka cik bungaOren pun setuju. Sekurang-kurangnya dapat jamu mata pembaca / pelihat blog ini. (-_-)y





Nota:
1. Sos ini sangat pedas
2. Makan dengan kentang goreng panas memang sedap
3. Kalau kentang goreng itu sudah sejuk, rasanya sudah kurang sedap
4. Maka kena habiskan kentang goreng sebelum ia menjadi sejuk
5. Membazir amalan syaitan.
6. Sudahlah harganya mahal
7. Mau dibazirkan juga?

Thursday, February 17, 2011

Bedak penuh dimuka

Berfikir dengan minda terbuka masih perlu ada sekatannya. Lagipun kita manusia yang terbatas permikirannya. Zaman ini kita bebas meluahkan apa yang kita rasa. Kita bebas bersuara. Tetapi kita kena ingat terlalu banyak kita luahkan mungkin akan memakan diri kita kelak. Maka berhati-hatilah kita sentiasa.

Jangan terlalu banyak bunyi angkara kekosongan sebuah tin kosong yang besar. Lebih baik berdiam diri memakai bedak sejuk untuk merawat muka dan berlapang dada dengan mendengar pendapat orang. Mungkin ada gunanya apa yang kita dengar pada hari ini untuk hari esok kita.


Nota:
1. Seksi tak?
2. Masih belum auratnya anak ini.
3. Masih belum tahu hakikat kehidupan ini.
4. Masih bayi.
5. Ya Allah ya Tuhanku, kasihilah kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil.
6. Amin

Thursday, February 10, 2011

Pipit sama pipit

Orang kata, enggang kena terbang dengan enggang, pipit kena terbang dengan pipit. Barulah setaraf, kata oranglah kan. Sebab orang orang kata jugalah maka wujudnya peribahasa Enggang sama enggang, pipit sama pipit. Peribahasa melayu ini jelas menunjukkan perbezaan taraf antara dua darjat. Burung enggang selalu terbang tinggi. Burung pipit selalu terbang rendah. Selalu, maknanya bukan setiap masa. Si Enggang kadang2 perlu turun terbang rendah kebumi. Pipit tak salah kalau nak terbang tinggi mencapai awan.

Cik bungaOren pun orang  melayu juga. Kadang-kadang cik bungaOren menyokong peribahasa ini. Tetapi perbezaan darjat sering ditafsirkan sebagai perbezaan kekayaan, terutamanya kalau kita refer cerita PRamlee 'Antara Dua Darjat' lah kan.. Rasanya perbezaan darjat juga boleh ditafsirkan sebagai perbezaan pendidikan, agama, warna kulit dan banyak lagi (tak bleh nak recall vocab lain, hatta kerana sedang nonton siri akhir cerita 'Tiramisu' kat tv3) hehehehe.

Isu perbezaan darjat ini mungkin sensetif bagi sesetengah pihak. Maaf itu bukan motif cik bungaOren letak entri sebegini. Motif utama cik bungaOren utarakan isu ini hanyalah kerana cik bungaOren nak letak gambar burung pipit kat dalam entry kali ini. So layan.






Nota:
1. Idea nak menulis blog sangat banyak.
2. Tapi bila nak start menaip, idea seolah-olah terbang dibawa angin lalu.
3. Nyaris2 idea entry ini nak ikut terbang.
4. Sebab tak pasti sama ada ini gambar burung pipit atau burung ciak.
5. Pagi-pagi segerombolan burung-burung ini datang melawat
6. Laju-laju cik bungaOren jalan.
7. Mancari si dia yang bernama kamera.
8. Dalam banyak-banyak ekor
9. Hanya ini yang menambat jiwa.
10. Jadilahkan untuk entry kali ini.

Monday, February 07, 2011

Durian Masam

Kalau musim durian, tentu ada durian. Kalau ada kebun durian, boleh makan durian. Kalau tak ada kebun durian, tumpang pokok durian sedara, kalau sedara takder pokok durian, belilah durian kat kedai. Kalau kedekut nak beli durian kat kedai, tak payah makan durian. Biar kempunan buah durian. Sebab nikmat makan durian free versus durian beli adalah sangat berbeza kan. (-_-)p

Kalau banyak pokok durian, boleh jual durian. Kalau banyak durian tak menjadi @ masam, boleh buat tempoyak.

Ada orang makan durian tapi tak makan tempoyak. Ada orang makan tempoyak tapi tak makan durian. Ada orang tak makan durian dan tak makan tempoyak. Tapi adalah sangat sedey kalau anda orang perak dan anda tak makan tempoyak dan tak makan durian. Ngapernye teman kater gitu? Aternyer kan ada lagu berkenaan durian dalam bahasa perak, tapi takder dalam bahasa lain... Tapi tak seshyior teman nak nyanyi. kome cari sendiri kat internet.


Kalau tak tau tempoyak tu macam mana, tengok gambar dibawah ini. (-_-)y

Sekian, terima kasih.


Nota:
1. Ada orang kata 'Mafia' tak bleh minum air Ribena.
2. Betul ke?
3. Dah seminggu tak update blog.
4. Nak kata bz tak bz.
5. Nak kata celebrate raya tak celebrate.
6. Cuma celebrate hari wilayah persekutuan sahaja.
7. Itu pun celebrate dengan hanya makan meggi goreng kat kampung di Perak sana..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...