Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Thursday, December 15, 2011

Si pencari pasal

Ada jenis orang yang memang suka mencari kesalahan orang. Lebih menyedihkan jika mereka ini suka mengwar-warkan kesalahan orang yang dikoreknya kepada khalayak ramai tanpa berjumpa dengan orang yang bermasalah untuk berbincang terlebih dahulu. Adalah lebih elok jika berjumpa dengan si bermasalah dan menyelesaikan dengan cara yang lebih matang.

Mungkin anggapan si pencari pasal ini, jika dia berjumpa dan berberbincang pun, tiada tindakan sewajarnya akan diambil.Tapi jika tidak mencuba kita tidak mengetahuinya. Mungkin si pencari pasal ini mempunyai agenda duniawi mereka yang tersendiri, maka mereka cuba menangguk di air yang keruh. Dush!

Apa2 pun dalam setiap keadaan, si pencari pasal boleh memberikan kebaikan kepada kita (mood be positive), sebab jika tak kerana si pencari pasal kami mungkin tidak mengetahui akan kelemahan yang ada dalam produk kami. Kini saya telah mendapat iktibar agar lebih mengutamakan keselamatan dalam semua aspek walaupun pada subproduk yang saya pandang tidak penting dan pada produk-produk akan datang. Dengan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada si pencari pasal di atas lesson learned yang sungguh bermakna ini. (-_-)y


Robot mainan ini bukan si pencari pasal yang saya maksudkan.

Ini bukan saya yang bertopengkan robot. 

Patung-patung ini disnap menggunakan kamera iPhone4 Zaida semasa meronda di Amcorp Mall, selepas tidak berjaya lulus peperiksaan yang kami duduki pada hari itu.


Nota:
1. Gembira bila ada orang cuba kaji dan cuba memanipulasi hasil kerja kita dan kawan2 kita.
2. Sekurang2nya ada orang yang maklum akan kepentingan hasil kerja kita
3. Sungguh rajin mereka mengkaji dan menggodam
4. Hanya jauhari mengenal manikam
5. Saya ok sebab saya seorang juruterengkas yang berjaya (mood be positive)
6. Next time saya pasti akan lulus setiap peperiksaan yang saya duduki.
7. Amin
8. Mood be positive

Comments (8)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
First time try comment di Thread Comment yang baru disetting.
Testing2..Robocop :)..menarik new comment ni..
1 reply · active 693 weeks ago
Bestkan.. nanti tukar ler template comment nih..
weeeee.... bertukar!!
1 reply · active 693 weeks ago
Nak tukar jadi apa ni? hehehehe..
kalau robot tu yg "sipencari pasal" senang, campak je..hehe...

Stay positive Emy and stay happy...if others yang "unhappy" with your positive energy, let them.

:-)
oh, nasib baik bukan saya si pencari pasal.. sebab saya kan baik (mood nak puji diri sendiri.. hahahahaha)
So forever + la...

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...