Resepi laksa kedah @ laksa utara air tangan makbonda memang sedap. Versi kuah laksa ini memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kisahnya, jumaat lepas, bungaOren terjumpa bunga kantan dan daun kesum di dapur rumah. Rupanya makbonda hendak buat laksa, dah lama tak makan laksa kisahnya kita orang ini. Laksa yang sering dimasak makbonda adalah laksa version laksa kedah. Kuahnya sedikit pekat. Klik
laksa untuk tengok contoh output laksa (-_-)y
Bahan-bahan untuk kuah laksa
1 kilo - ikan kembung / ikan curut
(biasanya orang panggil ikan sardin) / ikan selayang / ikan tamban
30 biji cili kering
10 biji cili padi (jika nak pedas)
2 biji bawang besar
sedikit belacan
1 1/2 - 2 liter air
5 keping asam keping
1 kuntum bunga kantan
seikat daun kesum
garam secukup rasa
Cara-caranya
1. Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam
2. Asingkan isi ikan dari tulang-tulang ikan
(jangan buang air rebusan ikan yer)
3. Blander isi ikan dan tapis
4. Blander tulang ikan dan tapiskan (buang bahan2 yang tidak lumat)
5. Blander cili kering, cili padi, bawang merah dan belacan
6. Masakkan bahan yang diblander tadi dalam periuk besar bersama air rebusan ikan
7. Setelah mendidih masukkan asam keping yang direbus bersama ikan tadi
8. Masukkan daun kesum, bunga kantan
9. Masukan garam secukup rasa
10. Selesai dan boleh dihidangkan.
Kuah laksa ini sedap dimakan bersama laksa
(of coz la kan), dan bahan-bahan ulaman seperti timun, cili padi, bawang besar, bunga kantan, daun salad, daun salom atau mungkin daun gajus yang telah dipotong halus.
Nota:
1. Setiap orang akan kata masakan emak mereka adalah masakan yang paling sedap didunia.
2. Saya setuju!