Zaman sekarang ini kebanyakkan benda - barang - produk boleh didapati dengan mudah di mana sahaja seperti di pasaraya, supermarket, mini market malah di kedai-kedai runcit. Sesiapa yang menjaga dirinya, agamanya, keluarganya
mesti menjaga makanan yang masuk ke dalam badannya. Sentiasa kena berhati-hati menjaga apa yang dimakan.
Nak cakap banyak saya pun bukan pakar bidang makanan. Cuma sebagai orang kebanyakkan saya ingin mengingati diri sendiri dan pembaca entry ini supaya sentiasa beringat.
1. Bacalah label sebelum membeli sesuatu barangan seperti lihat pada tarikh luput.
2. Pastikan tanda halal yang
tulen.
3. Selain daripada itu baca dan fahami isi kandungan bahan yang digunakan dalam produk yang kita ingin beli.
4. Jika
ragu-ragu @
was-was - dapatkan pendapat mereka yang arif.
5. Jika tidak penting,
tak perlu beli produk tersebut.
6. Jangan membazirkan wang anda membeli perkara-perkara yang tidak perlu.
Contoh label #1
Contoh label #2
Contoh label #3
Contoh label #4
Contoh label #5
Nota:
1. Kita ada tanggungjawab kita yang tersendiri.
2. Termasuk tanggungjawab sebagai orang islam, sebagai pekerja, sebagai orang awam
3. Dah tau ke nak tengok label ingredient kat mana?
4. Banyak contoh label - ingredient yang saya letak kat belog ni.
5. Tak perlu memanipulasikan entry orang lain!
6. Saya bukan menjaja produk.
7. Kita selalu kecewa bila produk yang tak sepatutnya dijual, dipasarkan tanpa sekatan.
8. Tapi kita jarang sekat makanan yang kita makan kat kedai masuk dalam perut kita
9. Confirm ke mereka menyediakan makanan mengunakan produk yang kita kecewa bila ia terlepas dijual.