Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Sunday, June 26, 2011

Tinggal cadangan

Hari ini, bungaOren bangun pagi dengan semangat baru. Setiap hari kena set semangat baru kan.. Pagi2 dah niat nak ke pasar mencari bahan untuk sesi penggambaran sayur-sayuran.

Tiba dipasar, si bungaOren pilih cili-cili padi yang cantik struktrur rupabentuknya. Taugeh pun dipilih dengan teliti (tidaklah sampai pilih taugeh satu-satu - bunga masa namanya). Pilih juga kunyit, cili kering dan serai. Kedai2 yang jarang dikunjungi pun si bungaOren tinjau. Mengharapkan terbitnya idea baru.

Kemudian, si bungaOren singgah sebentar ke rumah makcik bungaOren yang tinggal dikawasan perumahan berdekatan. Lantas dia diajak oleh si makcik dan menantu si makcik ke Pasar Tani Shah Alam Seksyen 13. Hampir 3 petang baru si bungaOren kembali ke rumah setelah turut membuat lawatan ke Giant berdekatan. Penat!

Mujur tidak ke sungai Buloh mencari pokok orkid. Harus pukul 6 baru tiba di rumah.



Nota.
1. Tiba dirumah, cili2 yang cantik itu hanya ku pandang sepi.
2. Serai ku pandang sepi
3. Kunyit ku pandang sepi
4. Pokok cili api ku pandang sepi.
5. Pagi2 esok harus bangun awal untuk menanam pokok cili itu
6. 3 pokok cili harus ditanam dalam plastik hitam
7. Semoga ia akan tumbuh subur dan memberikan pulangan yang menguntungkan
8. Tak payah beli cili untuk buat sambal belacan

7 comments:

  1. memanglah kan kadang2 bila bersemangat tuh semua nak buat.. karang dah prepare brg2 ye.. sampai masa.. rasa malas pulak hehehe... truskan usaha ye ;)

    ReplyDelete
  2. iina
    Memang selalu jadik cenggini.. tapi InsyaAllah.. akan kuteruskan usaha ini..

    ReplyDelete
  3. nnt bleh minta cili tu bila dah banyak nnt ye...

    ReplyDelete
  4. nazrie
    tak akan dipandang sepi kalu dimasak dengan kepakaran memasak yang tinggi..

    nm02
    doakan dia membesar dan berbuah dengan banyak yer..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...