Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Wednesday, July 27, 2011

Banyak cerita


Nota:
1. Saya ada banyak cerita nak kongsi
2. Tapi hari ini kan hari rabu.
3. Rabu = wordless wednesday
4. Maka saya diam dulu
5. Senyum itu sedekah.

Thursday, July 21, 2011

Pakailah Tudung


WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik
Tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung
ORANG yang SOLAT belum tentu baik
Tapi orang yang baik tentu akan solat.

Sumber: http://www.facebook.com/layarMinda

Nota:
1. Tiada nota

Tuesday, July 19, 2011

Mawar Merah

Niat dihati nak capai bintang, apakan daya tangan tak sampai. Niat hati nak cari nama spesies2 bunga mawar dan dikongsi di sini, apakan daya sehingga hari ini masih tak berjaya. Namun dipaparkan jua gambar2 bunga mawar yang diambil ketika Floria 2011 di Putrajaya tempoh hari.

Mungkinkah jika masih ada sisa2 kerajinan untuk mencari info spesies mawar ini. Rajinkah si bungaOren ini? InsyaAllah. Jika ada kemahuan di situ ada jalan. Anyway, bunga mawar yang warna merah pun mempunyai pelbagai spesies dan rupa.






Sedikit terjemahan AlQuran untuk renungan kita bersama..
Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, (15) Dan Dia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang), (16) Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna, (17) Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati) dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya? (18) Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan. (19) Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya. (20) Surah Nuh 15-20


Antara isi kandungan surah nuh adalah Perintah memperhatikan kejadian alam semesta dan kejadian manusia yang merupakan manifestasi kebesaran Allah

Nota:
1. Membaca amalan mulia
2. Bunga rose merah cantik kan (bunga2 khas ini utk JD dan E dan anda semua yang baca entry ini)
3. Tiba2 suka bunga rose
4. Nak tanam pokok rose keliling rumah
5. Sekarang musim panas.. susah nak jaga pokok2 ni.
6. Kena siram pokok setiap masa
7. Maaf jika warna merah bunga mawar ini terlalu terang dan menyakitkan mata
8. Sila maklumkan kepada saya jika ia menyakitkan mata anda
9. Sekian, terima kasih.

Monday, July 18, 2011

Bulan Cantik


Semalam 15 Syaaban digelar Nisfu Syaaban bererti setengah bulan. bungaOren tiba dirumah agak lewat menghampiri pukul 10 malam. Kelihatan bulan mengambang cerah cantik. Alhamdullillah bungaOren masih dapat melihat kebesaran Allah.

Hari semalam dan semalam sebelumnya bungaOren bersama seorang sahabat pergi mencari ilmu. Petang semalam selepas sesi menerima ilmu kami singgah ke rumah seorang sahabat yang. Tuah ayam nampak dikaki tuah kami hari itu adalah tuan rumah mempelawa kami yang tidak berpuasa menemannya berbuka puasa. Alhamdullillah kenyang. (-_-)y

Nota:
1. Orang perempuan tak elok tiba dirumah sebelum maghrib.
2. Ketika waktu maghrib jin2 dan syaitan2 akan berkeliaran.
3. Mereka yang bekerja pulanglah awal kerumah.
4. Rancang perjalanan kita
5. Semoga kita selamat sejahtera sentiasa.

Friday, July 15, 2011

Warna Ungu

Wah.. Sudah hari jumaat, asyik tak sempat nak update blog. Dalam kepala ada macam-macam idea nak letak. Niat dihati nak buat entry untuk setiap spesies bunga rose yang ditangkap gambarnya minggu lepas dan mungkin minggu ini juga.

Nampaknya banyak kekangan untuk melaksanakan niat ini. BungaOren sedang cuba cari info-info berkaitan bunga rose ini. Sungguh banyak maklumat untuk difilter dan dianalisis. Tak semudah seperti yang disangkakan. Terdapat banyak spesies bunga rose rupanya. Bukan setakat banyak.. tapi sangat banyak.

Ok lah membebel banyak2 pun masalah juga. Sebab takut tersalah bebel. atau mungkin takut terlebih bebel. Dilampirkan dibawah sekeping gambar bunga yang masih tidak saya ketahui namanya hari ni untuk tatapan kawan-kawan pembaca entri ini

Lokasi : Putrajaya : Floria  2011 : Rose are forever : Mawar selamanya

Nota:

 1. Selamat hari jumaat
2. Selamat bercuti
3. Selamat tidak bekerja
4. Selamat berkursus
5. Selamat semuanya.

Wednesday, July 13, 2011

Rose are forever

Lokasi : Putrajaya : Floria 2011 : Rose are forever : Mawar selamanya


Nota:
1. Sekarang sedang berlansung Floria 2011 di Putrajaya.

Wednesday, July 06, 2011

Carrot


Nota:
1. Makan karot baik untuk kesihatan mata.

Monday, July 04, 2011

Patung Singa

Hari ini bungaOren tak tau nak tulis apa untuk blog ini. Rasa macam malas nak letak entry tapi macam ada benda nak perlu diletakkan. Godek2 thumbdrive terjumpa sekeping gambar singa comel. Jadilah untuk pameran maya hari ini kan.

Sejak akhir-akhir ini rasa macam banyak sungguh kerja yang perlu dilakukan. Sejak akhir-akhir ini mood bekerja sungguh down dengan down sekali. Tengahari tadi sempat juga singgah blog kawan2 membaca entry terkini. Namun ada kemalasan untuk mengomen. Cukuplah bungaOren sekadar menjadi silent reader.

Sedar tak sedar lagi sebulan kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan. Semoga kita dipanjang kan umur supaya dapat beribadah lagi di bulan yang mulia itu. Bulan Syabaan ini pun kita digalakkan berpuasa.



Nota:
1. Tiada kata secantik bahasa
2. Tiada kata yang dapat ku coretkan hari ini
3. Selamat hari isnin. (-_-)y

Friday, July 01, 2011

Semangkuk Taugeh

Ingat tak misi bungaOren nak ambil gambar sayur-sayuran? Kalau anda baca entry lepas2 mungkin anda perasan. So misi itu hanya berjaya sangat sekerat jalan. Dek kerana kekurangan kelengkapan untuk mengambil gambar dimalam hari maka misi itu ditangguhkan. Namun bungaOren telah jua mengambil sekeping dua gambar bagi memuaskan perasaan dan mengotakan janji pada diri sendiri. Gambar semangkuk taugeh sebagai penguat semangat.



Nota:
1. Kita perlu membahagiakan diri sendiri.
2. Jika tiada orang yang boleh membahagiakan kita
3. Jika ada orang yang boleh membahagiakan kita
4. Kita masih perlu ada ruang untuk diri sendiri
5. Kerana orang itu mungkin tidak akan selamanya membahagiakan kita.
6. Carilah hobi yang bermanafaat kepada kita
7. InsyaAllah mungkin akan hikmahnya hobi itu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...