Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Thursday, June 09, 2011

Terkejut Tupai


Semasa sedang memerhatikan sang kerengga memberikan pose menarik, tiba-tiba kedengaran bunyi daripada atas kepala. Lantas si bungaOren mendongakkan kepala ke arah bunyi itu. Tindakkan reflek takut ada benda jatuh dari atas pokok. Kelihatan seekor tupai berekor merah sedang memerhatikan si bungaOren. Sepantas kilat si bungaOren menghalakan kameranya ke arah tupai itu. Alhamdullilah sempat mengambil gambar sang tupai. Kebetulan setting yang digunakan untuk menangkap gambar sang kerengga boleh digunakan. Kebetulan juga.

Sampai bila kita hendak mengharapkan kebetulan memberikan rezeki yang baik kepada kita tanpa kita sendiri berusaha untuk mendapat rezeki yang lebih baik dan halal. Kita kena sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Jika kita tidak bersedia kita akan kelihatan tidak pandai dikalangan orang-orang yang pandai. Kita kena bijak tonjolkan diri kita. Kita tidak semestinya bijak dalam akademik untuk kelihatan pandai. Kita perlu bijak menggunakan peluang yang diberikan dengan kelebihan yang kita ada dan sentiasa bersedia.

.

Nota:
1. Kita akan kelihatan tidak pandai walaupun kita tahu kita pandai jika kita tidak bersedia dengan sebarang kemungkinan.
2. Saya sangat belajar akan perkara ini semalam semasa pembentangan latihan berkumpulan
3. Saya kena bangun daripada lena yang panjang
4. Saya kena ubah matlamat kerjaya saya.
5. Saya kena perbaiki kelemahan-kelemahan saya
6. Saya kena sentiasa bersedia
7. Semoga saya berjaya di dunia dan di akhirat.
8. Amin

3 comments:

  1. amin...sepandai-pandai tupai melompat akhirnya berjaya juga cikbungoren tangkap gambar...cute pose situpai itu...

    ReplyDelete
  2. ye, smlm saya pun rasa mcm nak tolong aje cik bungaoren ketika itu...

    ReplyDelete
  3. nazrie
    tupai tu tak p sergah rumah hang ke?

    ardina
    thanks for your thought.. rezeki aku hari tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...