Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Sunday, January 31, 2010

Pencopet

Selesai sarapan pukul 8 dan pemandu pelancong kami pun tiba. Lokasi pertama ialah Central Market bukan nama sebenar, hendak mencari bunga besi cik ita dulu. Tiba dilokasi agak awal, kedai2 masih belum dibuka maka pemandu kami membawa kami pusing2 dikawasan tersebut sambil memaklumkan kawasan2 yang boleh dan tidak boleh utk kami membeli  dan membelah.

Menurut cerita si pemandu pelancong kami.. 

Dahulunya kawasan tersebut adalah berbahaya. Banyak pencopek dan penyamun berkeliaran. Sekitar tahun 1999, peniaga2 dikawasan tersebut sering dilanda ketakutan kerana diganggu oleh peminta cukai tak bertauliah. Pembeli2 tidak berani berdiri di kaki2 lima kedai di awal pagi.

Peniaga sering mengalami kerugian kerana pembeli semakin berkurangan. Memandangkan keadaan bertambah serius maka pihak bertanggungjawab bertindak membendung gejala tidak bermoral tersebut.

Pencopek dan 'penyodok' tegar telah dibenteras habis-habisan, yang berdegil telah ditembak mati. Makanya keadaan sekarang sudah lebih aman. Kata pemandu kami.

Kedai masih belum dibuka, kami menukar lokasi bercerita. Kami ke lokasi yang lebih terpencil. Cerita2 berkenaan pencopet masih belum habis. Sambil2 kami diajar cara2 untuk tawar menawar. Cerita punya cerita.. tiba2 pemandu itu membuat pengakuan exclusive. 'Dulu saya pun pencopet juga, kerja saya 'menyodok' orang2 yang berdiri di koridor, kedai2 yang baru di buka'.

Aku; 'Apa?!' (menjerit cuma dalam hati..)


1. Manusia akan melakukan apa saja untuk mendapatkan sesuap nasi.
2. Tidak mungkin manusia yang asalnya jahat tidak berpeluang menjadi baik. Maka berdoalah semoga Allah sentiasa menjaga hati kita ke arah perkara2 yang baik2.
3. Jangan datang terlalu awal ke kedai baju, melainkan anda adalah pekerja kedai baju tersebut.
4. Jangan judge nenek jual jajan (dalam gambar diatas) dia tidak ada kena mengena dengan citer pencopet tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...