Ada satu cerita (mungkin korang pernah dengar atau baca), cerita ini disampaikan oleh pemandu kenderaan merangkap pemandu pelancong kami semasa perjalanan kami dari Parapat ke Berastagi. Untuk rekod, Berastagi popular sebagai pusat jualan buah-buahan di Medan, Indonesia.
Kisahnya begini, ada seorang pelancong singgah di Berastagi. Pelancong berkenaan ingin membeli buah jeruk (limau).
Lalu ditanya pelancong itu kepada si peniaga. 'Manis jeruk ini?'
Kebetulan ketika itu bukan musim jeruk. Maka buah2 jeruk yang dihasilkan ketika itu agak masam.
Tetapi dijawab sang peniaga. 'Manis pak'.
Tanpa berfikir panjang pelancong itu berkata, 'Bungkuskan saya 5kilo'.
Maka sang peniaga pun menunaikan permintaan pelancong itu.
Tiba2 pelancong itu bertanya kembali, 'Benarkah jeruk ini manis?'
Sang peniaga terdiam, 'Benar pak, rasalah jika ngak percaya'.
Si pelancong pun mengambil limau yang diberikan, 'Eh! masam la jeruk ni! Kamu sudah tipu saya. Saya tak jadi nak beli'. Marah si pelancong.
'Tapi pak, barang yang sudah dibeli tidak boleh dijual kembali'. Ujar si peniaga.
Si pelancong itu terus marah dan marah. Lalu si peniaga bertanya. 'Berapa kilo bapak beli?'
'5 kilo'. Jawab sipelancong.
'Nah.. Bapak baru kena tipu 5 kilo jeruk masam, tapi saya kena tipu 5 raga besar jeruk masam pak. Lagi banyak saya kena tipu, tapi saya tak marah2 pun'. Ujar si peniaga.
Kisah ini dibiarkan tergantung.. didengari seperti kelakar, tapi bila difikirkan banyak moralnya
1. Berhati2 ketika membuat keputusan yang besar. 5 kilo is still a big amount yer!
2. Siasat dulu. We cannot judge the taste by the look.
3. Redha dengan ketentuan-Nya. Mungkin kita dah berhati2 dan dah siasat tapi kita still kena tipu jugak. Next time kena lebih hati2.
4. Tak baik menipu! Dosa tau!
Note : Bancuh teh o, tapi terbau2 haruman kopi..