Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Friday, July 24, 2009

Harapan


Bila mencari engkau sembunyi.. Bukan tiada usaha dijari..
Mungkin masih tiada rezeki..
Namun bila telah ditentukan jodohnya.. Pasti tiba hari yang dinanti..
Hari yang dinanti telah pun tiba..
Sesudah lama dikau ku cari.. Barulah kini kita berjumpa..
Dikau penganti yang mirip si dia.. Yang tak bisa ku abai begitu saja..
Gaya ringkas penuh pesona.. Namun tetap menjerat jiwa..
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Huhuhu.. jumpa jugak template blog yang version baru punyer.. Yang irasnya template version lama.. Ingat nak ubah kaler.. Tukar mood jadik kaler biru terquise bind ngan coklat.. or kaler oren.. hmmm... still thinking.. still looking the best wallpaper..
Pencarian takkan tamat.. selagi kederat masih berfungsi..
Note : Alhamdullillah.. jumper jugak..

Thursday, July 23, 2009

Cantik

Niat yang sudah lama..
Usaha yang belum pudar..
Namun aku masih belum berjumpa dengan yang sesuai..
Masing2 sudah bertukar..
Namun aku masih mencari..
Mencari sesuatu yang sesuai denganku..

Apa yang ada dengan ku?
Hanya papan kecunci dan tikus tanpa nyawa..
Bukan tak suka dengan apa yang terpapar ini..
Namun sesuatu perlu dilakukan ..
Keterdapatan ketidakcukupan yang memaksa aku mengubah..
Sesuatu yang sudah ku rasa cantik..

Akan ku teruskan niat ku ini..
Walaupun mendapat halangan..
Kemalasan peringkat yang amat tinggi..

Maka dengan itu aku tertanya2..
Warna apa ek? Yang sesuai untuk tema / design baru untuk blog aku ni..
Currently Merah dan Hitam masih kekal dihati..
Namun Biru dan Coklat cuba dimunculkan dengan inspirasi yang melangit..

Friday, July 03, 2009

Aku seorang penerbitan sistem web

Aku seorang penerbitan sistem web. Sungguh sedih.. Sungguh penat. Setiap jam ada benda yang nak diterbitkan. Currently.. notebook aku adalah the only notebook yang available utk jadik publisher.

Wei.. Adik2 yang manis bergula. Sila jangan ganggu den time tido. Baca rules nih..

Rules @ myRules :P
Coding2 yang nak dipublish / combine
1. mesti diletakkan dalam folder Update kat server
2. mesti letak dalam folder Update \tahun hulan hari \ jam am|pm
3. jangan replace coding orang lain.
4. sila make sure anda dalam mode latest coding.
5. sila confirmkan apa yang nak dicombinekan. sebelum letak kat folder update.
6. sila buat checklist benda2 yang hendak dicombine
7. bagi yang buat Readme utk publisher sila bagi penerangan yang benar yer.
8. sila jangan mengamok bila coding tak latest. Siasat dulu.
9. sila bersabar
10. sila tambahkan tahap kesabaran anda.
11. sila makan jika ada makanan..
bla..bla..bla..


Kepada Unit Aduan Programmer
1. saya kerap kali diganggu programmer dan sa junior yang suker combine. saya rasa terganggu.
2. programmer dan sa junior ituew sangat garang. saya merasa sangat takut
3. Taip2 hari bila saya combine dan publish , musti ada sorang guru besaq dok tunggu sambil cekak pinggang sambil tanya dah publish blum? (dengan nada yang sangat garang dan setiap 2 minit lak tu tanya!) haaiiiya.. nasib saya tau dia berdarah jenis O. Maka saya marah dia balik. hahaha..
4. dba sistem selalu curik power kabel saya masa saya tngah publish. Pun saya marah dia jugak. Weiihh.. aper nih.

Note : orang darah O memang suker kena marah ngan orang darah B ke? Orang darah B mana reti marah orang daaa...

Lastly... Ada sapa nak combine? Ada berani? :P


Marah ke?

Bertenang

Dengar dulu .. buka minda

Pastu pk balik.. nak marah ke tak!
Kepada yang bakal kena marah.. time ni la nak cabut.. hihihi

Kisah Lapar

Jam 530ptg. Aku berjaya mendapatkan sign daripada Doctor Zainal. Setelah 2 jam berdiri menerangkan dan menahan perasaan dan penat.

Hari ini ada training utk user system EP. Maka ada makanan free. Aku terskip hidangan makan petang yang dihidangkan. Maka ada 2 piring roti jala yang sedap disimpankan khas untuk aku dan fiza.

Jam 6ptg yang hening. Semua orang sudah meninggalkan bilik MIS ini. Tinggal aku dan fiza, yati dan shira berada di bilik yang lain. Masih tekun. Masih setia menyiapkan kerja masing2.

Fiza duduk dimeja bertentangan aku. Kerana kasihankan fiza maka aku berikan sebiji roti jala kepadanya. Fiza bz siapkan migration data, sehingga mengabaikan makan tengahari. Suasana masih bening. Hening.. Sunyi..

Aku potong 1/3 roti jala dan suapkan ke mulut. Sedap. Bahagian kedua kusuap.. yumm..yumm..yumm.. sambil cuba memerhatikan fiza dari sebalik monitor notebookku. Aku cuma nampak umbun kepalanya saja. Tekun sungguh. Kucuba lagi untuk memerhati (menyibuk).

Aku tergamam! Masih tergamam.. (Sekarang aku dah bleh ketawa). Sungguh ngeri. Kesian sungguh fiza. Lapar ye... :P

Budak comot maisarah pun tergamam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...