Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Friday, May 15, 2015

Menjeram


Persisir Jeram



Rumah Api di Bukit Melawati




Kisah berlaku disuatu hari, pabila 3 beradik itu kebetulan tidak bekerja kerana bercuti yang tidak disengajakan. Boleh pulak tiba2x tiga beradik itu ambik cuti pada hari yang sama. Si emak happy lah sangat sebab langkahnya bakal panjang hari itu. Anak lelakinya pasti mengajak emak mereka jalan-jalan mencari makan. 

Hala tuju utama adalah ke Jeram. Namun mereka hampa kerana tiada kedai makan dibuka pada waktu tengahari. Mungkin ada, tapi mereka tidak menjumpainya. Terus pecut ke Kuala Selangor, alang-alang cari biar sampai jumpa. Kebetulan memang dah lama aim untuk naik ke bukit Melawati. Selepas makan ayam bakar madu di kaki Bukit Melawati mereka naik ke atas Bukit Melawati.
Bukit Melawati terletak di Kuala Selangor, Selangor. Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor yang menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia.Bukit Melawati pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad berpindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat. Sumber - Wiki
Sebelum balik, mereka singgah sebentar di tepi sawah padi yang berada disekitar Sekinchan. Snap sekeping dua gambar dan mereka pun pulang dengan kekenyangan. Burps. Alhamdullillah.

Nota:
1. Dalam kehidupan ini tidak semua kenangan adalah kenangan pahit.
2. Sebenarnya kenangan manis lebih banyak untuk diingati berbanding kenangan pahit
3. Hadapi dengan senyuman.

Wednesday, May 13, 2015

Selipar Besar





Berhabuk bersawang blog ni. Tadi, masa blogwalking ke blog geng2 blogger budak pejabat lama.. Terkejut bila nampak status blog bungaoren dah setahun tak update. Bila double check semula tarikh. Tepat 1 tahun rupanya tak update blog.

Cepat sungguh masa berlalu. Macam2 perkara telah terjadi. The most worse memorial situation happen in my career. Namun, Alhamdullillah life back to normal. Amin3x. Alhamdullillah, sebab terlepas daripada bala bencana propaganda. Hidup mesti diteruskan. Banyak lagi cabaran dan impian yang perlu dihadapi dan dikejar.

Nota:
1. Macam nak tengok lagi sekali cerita 'Istanbul Aku Datang'
2. Banyak berjalan luas pemandangan.
3. Banyak gambar nak share... banyak giler.. tapi tak bleh share semua.. sebab banyak sangat!
4. Banyak perkara terjadi kebelakangan ini untuk dijadikan iktibar.
5. Banyak kena marah? Menguji keimanan. Semoga kita termasuk dalam golongan yang bersabar.
6. Selalu berfikiran positive dan yakin perbuatan baik dibalas baik.
7. Sila buang sifat PHD dalam diri, kerana hidup ini bukan hanya di dunia sahaja.
8. Sekian untuk kali ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...