Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Wednesday, March 28, 2012

Nampak KLCC








Nota:
1. Kami selalu kena pergi keje, yang kena pegi buat kerja or jumpa client, di site
2. Sekarang kena pergi site, yang kena lalu depan KLCC setiap hari. 
3. Jadinya, sekarang ni, tiap-tiap hari tumpang kereta kawan
4. Dan di kebanyakkan hari, si kawan yang kena jadi driver, kena bawa kereta dengan perlahan bila nampak KLCC
5. Cantik KLCC ni sebenarnya.

Monday, March 26, 2012

Rama-rama di hidung dinasor


Kelihatan si dinasor cuba menangkap si rama-rama yang bertengek di atas hidungnya. Mampukah si dinasor? Tangannya kelihatan pendek..

Kebarangkalian untuk berjaya itu tinggi. Bergantung kepada usaha dan kebijaksanaan si dinasor. Yang penting jangan mengalah.

NEVER GIVE-UP: “So many people can be responsible for your Success. 
BUT only you are responsible for your failure.” 

Nota:
1. Ziarah seorang makcik, yang patah both kakinya kerana excident, (sian makcik, semoga makcik cepat sembuh)
2. Makcik tu, jiran makcik saya, kami selalu jumpa, dia ingat nama saya, tapi kadang2 saya lupa nama makcik tu.. 
3. Confius sebenarnya muka makcik tu dengan sorang lagi makcik yang berjiran dengan makcik saya jugak.
4. Muka derang seolah-olah seiras (InsyaAllah, saya ingat nama makcik2 itu lepas ini..) 
5. Lagipun sorang makcik yang seiras tu berjiran sebelah bilik dengan saya semasa rombongan tempoh hari.
6. Dak Safiyya anak si Ann, semakin lasak dan nakal. (gangguan comel ketika bungaoren membuat kerja)
7. Nak marah tak sampai hati sebab dia selalu buat muka yang sangat comel!
8. Maka terpaksalah pasangkan lagu alif ba ta utk dia, sampai dia bosan,  (Serius lama nak tunggu dia bosan.)
9. Pun begitu, bungaOren berjaya siapkan sebahagian editing gambar permintaan puan ardina Kampung Pandan
10. Dukacita dimaklumkan kerja cik Eyan Desa Pandan masih on hold untuk pagi esok. (Maaf dik!)
11. Dinasor itu hanyalah perumpamaan sahaja bagi perumpamaan di atas!
12. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh - be positive!

Wednesday, March 21, 2012

Belon panas di pagi sabtu

Hari sabtu, pagi-pagi, kami redah lagi tapak pelepasan belon panas di Putrajaya. Langit kelam, kurang berawan, kurang biru. Tapi dapat snap gambar belon-belon yang tak sempat dijumpai semasa hari jumaat, semalamnya.




















Saya pun nak ambil gambar macam maklong saya ambil gambar la. (-_-)y

Nota:
1. Saya seorang yang bersabar
2. Sabar cara saya (-_-)y
3. Enjoy the picture.

Monday, March 19, 2012

Belon panas di Putrajaya

Jumaat lepas, kami sekeluarga gigih bangun awal untuk melihat belon panas. Walaupun sedikit terlambat namun masih puas hati sebab langit cerah dan berawan. Walaupun belon yang cantik-cantik telah terlepas terbang ke Cyberjaya. Belon yang ada dirantai pun cantik.

Pukul 830 pagi, bungaOren terpaksa bergerak ke pejabat. Famili bungaOren semua ke rumah adik bungaOren yang menetap di Putrajaya. Senangkan ada rumah untuk disinggah. Alhamdullillah.



Teringin nak naik. Tapi gayat. Tapi teringin. Tapi gayat. Tapi teringin!


Bahagian dalam belon yang kosong. Nampak kosong! Tapi sebenarnya berisi udara yang panas. Udara yang bisa menaikkan belon itu naik tinggi ke udara. Renung-renungkan.


Warna-warni.


Mereka puas hati dengan belon panas yang berjaya dilihat pada pagi itu.


Seorang model cilik sedang membuat pose ala2 sedang merajuk dengan ibunya.

Nota:
1. Sejak dua menjak, terasa kurang rajin nak berbelog.
2. Semoga kerajinan itu kembali semula di dalam hati ini.
3. Semoga belog ini memberi manfaat kepada anda semua.

Saturday, March 10, 2012

Rindu Masjid Nabawi, Madinah

Perjalanan dari Jeddah ke Madinah mengambil masa selama 5 sehingga 6 jam, jauh perjalanan luas pemandangan. Rugi rasanya kiranya tertidur di dalam bas. Jarang dapat peluang melihat pemandangan padang pasir yang tandus ini.


 Salah sebuah pasar / pekan kecil yang kami singgah. Meriah dengan warna.


Tak pasti ini rumah atau pun kedai ataupun rumah tinggal. Banyak jumpa binaan sedemikian sepanjang perjalanan. 


 Ini unta padang pasir lah. Excited bila dapat tengok unta ni. Selalu tengok di zoo je kan.


 Tiba di Madinah


Pemandangan daripada luar Masjid Nabawi. Ramai sungguh orang. Sesak. Amaran! Tidak dibenarkan membawa masuk kamera ke dalam Masjid Nabawi. Ada pemeriksaan dipintu masuk. Tapi first day di sana saya terberjaya membawa masuk kamera secara tidak sengaja, namun saya takut nak snap gambar. Biarlah menjadi paparan dalam ingatan saya keindahan di dalam masjid itu.


 Rombongan dibawa untuk ziarah luar, kawasan masjid.


Banyak sungguh burung merpati di sekitar kawasan Madinah.


Rombongan bergambar kenangan. Saya selalu tidak join group photo. Camera shy lah kunun!


Love the bayang2. Mentari panas terik, tapi suasana sungguh sejuk dan nyaman. Musim sejuk di Madinah.


Bumbung patung payung dibuka ketika siang. Lengang macam tiada orang. Waktu pagi selesai solat subuh biasanya lengang. Kalau waktu lain, memang tidak bisa lengang.


Bahagian luar Masjid Nabawi, lengang ketika pagi. Tenang!


Di bawah kubah-kubah itulah letaknya Raudah, Makam Rasullullah, Makam Khalifah Abu Bakar dan Makam Saidina Omar. 


Lastly, beberapa minggu sebelum berangkat, seorang Eyan telah berikan saya satu link yang sungguh tenang alunan muziknya. Harap anda suka (-_-)y


Law Kaana Bainana






Nota:
1. Rindu!
2. Rindu!
3. Rindu! (-_-)y

Kembara KLIA Abu Dhabi Jeddah

(-_-)y

Harap tiada ada yang salah faham, saya harap saya dijauhkan daripada sifat riak, angkuh dan bongkak. Saya hanya ingin berkongsi apa yang saya rasa dan lihat menerusi beberapa keping gambar yang saya tangkap semasa pengembaraan saya tempoh hari plus ada permintaan daripada beberapa sahabat. Sebenarnya banyak keping (-_-)y gambar yang nak dipaparkan, jangan anda semua muntah hijau pulak sebab bosan yer. Tiada karangan panjang berjela, sebabnya dah penat bercerita dengan rakan-rakan didunia nyata. So enjoi the picture (-_-)y


Nama saya Saffiya. Saya sedang didukung oleh opah saya. Opah saya nak pegi buat umrah. Mesti saya rindu dengan opah saya. Saya harap opah saya akan telefon saya semasa disana nanti.


Para peserta rombongan mengambil tempat dan menukar tempat kerana susunan tempat tidak teratur mengikut ahli keluarga rombongan. Memandangkan penerbangan ini agak lama, the opah dan anak-anaknya kena duduk berdekataan, sapa yang nak jaga mak yang sudah uzurkan kalau bukan anak2 dan cucunyakan, mujur ada yang sudi menukar tempat.


Peta KLIA ke Abu Dhabi.


Transit di Abu Dhabi. Tiba di Abu Dhabi, berkesempatan untuk buka blog sendiri (-_-)y bagi melepaskan kebosanan yang sementara. Selepas itu tiada lagi internet - facebook, outlook, gtalk, pakcik google dan sebangainya selama almost 2 minggu!


Sambung flight dari Abu Dhabi ke Jeddah.


Airport Abu Dhabi - transit selama 2 jam, hanya beberapa keping gambar sekitar ini yang sempat saya snap. Tiada pemandangan udara Abu Dhabi yang cantik itu, tiada dan tiada. Keciwa? Ye saya sedikit la.


Kapal terbang pun tiba di Jeddah.

Nota:
1. Rombongan kami adalah seramai 100 lebih orang ahli,
2. Kebanyakkannya warga kawasana perumahan Seksyen 17, Shah Alam,
3. Bersamaan dengan 3 biji bas. Ramaikan!! 
4. Sabar yer ada lagi gambar, saya dah edit sampai lebam mata tak tido. Banyak!
5. Nanti kiter upload entry by entry.
6. Jika ada kekurangan harap maklumkan, boleh dibaiki kelemahan itu.
7. Group kecil saya adalah saya + emak saya + mak ngah saya + opah saya + kawan saya ita.
8. Wanita yang berusia dibawah 45 tahun perlukan mahram
9. Jadinya saya dan kawan saya kena pinjam tumpang sorang pakcik untuk jadi mahram kami (betul ke ayat tu?)
10. Sekian terima kasih.

Wednesday, March 07, 2012

Pulang dengan senyuman


Nota:
1. Alhamdullillah, kami selamat pulang ke Rumah.
2. Alhamdullillah, segala urusan dipermudahkan
3. Alhamdullillah, ada hikmah disebalik kesusahan yang dialami
4. Masih penat dan sakit tekak.
5. Nantilah kiter citer lagi yer.
6. Hari ini kan hari rabu.. wordless wednesday la wei..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...