SEJAK minggu lepas dan sebelum minggu lepas, kami (bungaoren dan kawan2) sibuk bekerja, kerana ada projek perlu disiapkan. Sabtu dan ahad pun ada yang kena datang ke pejabat. Beberapa orang setia-usaha kena menyinsing lengan menjadi juruteringkas yang pintar. Alhamdullillah, hari ini giliran saya naik kapal terbang: Sungguh lama kutunggu hari ini.. MAAF sahabat2 yang tinggal. Bukan niatku. Panggilan yang saya terima ini lebih penting. Nota: 1. Blog ini berehat seketika. Sehingga bertemu kembali. 2. Doakan urusan2 kami dipermudahkan ALLAH. 3. Entry ini tiada gambar. 4. Pagi tadi dah snap pemandangan utk entry ini. 5. Maaf tak sempat pula. 6. InsyaAllah later2 saya letak. 7. Taip entry via telefon tangan.
Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.
Wednesday, February 22, 2012
Pegi mencari iman
Posted by
absolutely emy
at
3:47 PM
Pegi mencari iman
2012-02-22T15:47:00+08:00
absolutely emy
Kembara Iman|
Comments (6)
Labels:
Kembara Iman
Wednesday, February 15, 2012
Snorkeling di Pulau Redang
Tiba di Pulau Redang saya dah terkedu. Saya sangat terpegun dengan keindahan pulau redang, pasir pantainya halus memutih dan air laut yang jernih hijau kebiruan lembut warnanya, jernih kerana boleh nampak batu karang yang menjadi habitat kepada pelbagai jenis ikan dan juga terumbu karang. Subhannallah.
Saya tak pandai berenang! Dan kita tidak perlu pandai berenang untuk aktiviti snorkeling kerana ianya berlaku di tepi pantai dan kita hanya perlu memakai jaket keselamatan semasa snorkeling. Tambahan pula aktiviti snorkeling ini dilakukan di dalam sempadan yang dilingkungi oleh rantaian pelampung. Tanda sempadan ini diletakkan oleh Jabatan Laut untuk melindungi snorkelers dari dilanggar bot yang berulang-alik dari pulau ke pulau ataupun skuter air atau ski air.
Saya tak pandai berenang! Dan kita tidak perlu pandai berenang untuk aktiviti snorkeling kerana ianya berlaku di tepi pantai dan kita hanya perlu memakai jaket keselamatan semasa snorkeling. Tambahan pula aktiviti snorkeling ini dilakukan di dalam sempadan yang dilingkungi oleh rantaian pelampung. Tanda sempadan ini diletakkan oleh Jabatan Laut untuk melindungi snorkelers dari dilanggar bot yang berulang-alik dari pulau ke pulau ataupun skuter air atau ski air.
Snorkeling ialah aktiviti yang selamat, mudah dan sesuai untuk semua golongan umur. Hampir setiap resort di sepanjang pantai di pulau Redang ada menyediakan peralatan snorkeling untuk disewa, antaranya termasuk jaket keselamatan. Kalau lebih berani boleh cuba aktiviti discovery dive yang disediakan. Ada juga kelas-kelas diving disediakan bagi yang berkeinginan.
Semasa percutian kami itu (penghujung April), laut masih bergelora. Nampak macam tenang dari dataran. Tapi kejernihan di dasar laut agak kurang memuaskan. Tips: Hampir semua Resort di pulau-pualau pantai timur tutup kepada pengunjung pada bulan October hingga Mac kerana Musim Monsun (tengkujuh)
Semasa percutian kami itu (penghujung April), laut masih bergelora. Nampak macam tenang dari dataran. Tapi kejernihan di dasar laut agak kurang memuaskan. Tips: Hampir semua Resort di pulau-pualau pantai timur tutup kepada pengunjung pada bulan October hingga Mac kerana Musim Monsun (tengkujuh)
Nota:
1. Seronoknyer melancong
2. Deadline keje dah sangat dekat!!
3. Tapi dalam hati ada taman!
4. Tak sabar nak pergi menenangkan jiwa
5. Mode = Hepi
6. Maka banyak entry tentang melancong-melancong
2. Deadline keje dah sangat dekat!!
3. Tapi dalam hati ada taman!
4. Tak sabar nak pergi menenangkan jiwa
5. Mode = Hepi
6. Maka banyak entry tentang melancong-melancong
Posted by
absolutely emy
at
4:57 PM
Snorkeling di Pulau Redang
2012-02-15T16:57:00+08:00
absolutely emy
malaysia|melancong|pantai|
Comments (1)
Monday, February 13, 2012
Redah terjah Pulau Redang
Posted by
absolutely emy
at
5:14 PM
Redah terjah Pulau Redang
2012-02-13T17:14:00+08:00
absolutely emy
malaysia|melancong|pantai|
Comments (2)
Saturday, February 11, 2012
Terjah Redang
Percutian ke Pulau Redang banyak meninggalkan kenangan. Percutian ini tidak dirancang sebaiknya walaupun cadangan awal telah dibuat seawal Januari 2008.Namun seminggu sebelum percutian, iaitu penghujung April 2008, barulah masing-masing sibuk menyediakan keperluan percutian dan pembelian tiket bas ke Kuala Terengganu. Jangan tidak percaya tiada sebarang booking dibuat untuk hotel, feri dari Kuala Terengganu ke Pulau Redang, mahupun tiket balik semula ke Kuala Lumpur.
Para peserta (6 orang je pun) bersepakat untuk tidak menyediakan sebarang perancangan yang terperinci. Hanya mencari beberapa maklumat penting sebagai panduan seperti kemudahan pengangkutan (bas, feri, teksi), penginapan, tempat-tempat menarik untuk dilawati, dan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan. Tips: Jangan tiru keberanian kami ini, jika anda bercuti bersama keluarga yang mempunyai anak kecil.
Kami menaiki bas malam di Hentian Putra dan tiba seawal sebelum subuh di Kuala Terengganu. Selesai solat subuh dan sarapan kami terus ke Jeti. Di jeti feri sudah ada orang offer pakej feri berserta chalet di Pulau Redang. Mereka menyatakan kepada kami bahawa akan ada kesusahan dalam mencari penginapan ketika di Redang nanti. Namun kami masih nekad untuk terjah.
Nak dijadikan cerita, tiket bas balik ke Kuala Lumpur pada hari yang dirancang sudah kehabisan. Maka percutian 3D2N dah jadi 4D3N. Mujur masing-masing dah ambil cuti extra. Tips: Perlu keluarkan sesiap duit sebelum naik feri ke Redang, kerana tiada mesin ATM di Pulau Redang. Perlu ada duit kecemasan, ataupun perlu membawa seorang banker jika mahu tenang semasa percutian.
Semasa menaiki feri, ombak laut bergelora.. kuat betul.. ramai la orang2 yang muntah dek mabuk laut..
Perancangan awal, jika kami turun di kawasan kampung.. kami ingin menyewa di homestay, namun perancangan berubah kerana kami turun di kawasan pasir panjang. Maka kami siasat satu persatu chalet di sepanjang pantai.. mana chalet paling berbaloi harga dan perkhidmatannya.. kami akan sewa chalet tersebut.. Sebelum kami berasa sangat lapar kami telahpun check-in masuk ke Redang Lagoon.. Alhamdullilah perjalanan kami dipermudahkan.
Tanjung Tengah, sebuat bukit kecil yang terletak didepan Redang Lagoon. Nampak kecil tapi ia tidak kecil.
Lautan yang jernih menghijau
Pemandangan dari jauh Tanjung Tengah dan pantai di Pulau Redang, di sepanjang pantai ini ada banyak chalet. Pilih mana yang sesuai dengan anda.
Tidur di hammock (buaian) ini sangat mengasyikkan, sambil berlatar belakangkan deruan ombak. Sesekali menjeling ke pantai yang membiru. Subhannallah. Serius cantik!
Cantik!
Cantik!
Petang-petang boleh main bola tampar pantai. Bosan2 boleh terjun laut.
Nota:
1. Jika anda tidak merancang, anda sebenarnya merancang untuk gagal.
2. Walau apa keadaan sekalipun kita perlu mempunyai back-up plan.
3. Dalam setiap keputusan, ada risiko yang perlu kita tahu dan tanggung akibatnya
4. Setiap kesusahan yang kita terima pasti ada pelangi disebaliknya sebagai ganjaran kepada kita
5. Percaya setiap kejadian ada hikmahnya
6. Silalah makan pil tahan muntah jika anda mudah mabuk laut.
Posted by
absolutely emy
at
10:41 PM
Terjah Redang
2012-02-11T22:41:00+08:00
absolutely emy
malaysia|melancong|pantai|
Comments (1)
Wednesday, February 08, 2012
Time to break
Sometimes, you need to step outside, get some air, and remind yourself of who you are and who you want to be.
And also not to forget WHO are your CREATOR!
Nota:
1. Saya akan keluar daripada kawasan ini buat sementara waktu (not today but soon!) (-_*)y
2. Semoga langkah-langkah yang saya ambil ini diberkati. Amin
3. Terbaca disini Time-off by Cheqna - dan terikut dan tertambah (-_-)y
Posted by
absolutely emy
at
4:11 PM
Time to break
2012-02-08T16:11:00+08:00
absolutely emy
Comments (1)
Sunday, February 05, 2012
Salam Maulidur Rasul 1433H
Posted by
absolutely emy
at
7:56 PM
Salam Maulidur Rasul 1433H
2012-02-05T19:56:00+08:00
absolutely emy
Comments (1)
Saturday, February 04, 2012
Shopping di Bandung
Pada bulan awal February 2008, saya ke Bandung, kebetulan tahun sebelumnya kami (kawan saya) dapat book tiket penerbangan murah Air Asia. Syukur Alhamdullillah. Perjalanan bermula seawal pagi daripada Shah Alam ke LCCT dengan menaiki Shutter bas di KL Sentral.
Selepas menaiki penerbangan Air Asia selama lebih kurang sejam lebih, kami tiba di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung.
Pemandangan udara sebelum tiba di Bandung. Cantik kan?!
Kami mengidap di Hotel Arion Swiss Bel. Hotel ini telah dibooking awal sebelum percutian ini dilakukan. Hotel yang cantik, harga yang berpatutan. Kami memilih bilik famili 2 tingkat yang memiliki 2 katil bersaiz king. Selesa. Makanan yang disediakan untuk sarapan juga sedap. Kami merupakan antara kumpulan yang paling lama berada di hotel restoran. Tips: Kena makan puas-puas sebelum memulakan sesi membeli belah. Adalah berbahaya jika membeli belah ketika perut kosong. Lebih banyak barang yang tidak diperlukan akan dibeli jika berada dalam situasi lapar. Sapa setuju angkat tangan!
Mee goreng yang sungguh sedap di tekak saya. Nak repeat makan tapi perut dah kenyang.
Susunan frame gambar di The Jonas sangat menarik hati saya.
The girls as my partner in crime the trip. Korang memang best!
1. Rasa nak repeat melancong dan membeli belah di Bandung
2. Bila agaknya?
3. Saya pun tak tau bila..
4. Salah sorang the girl dalam gambar di atas dah repeat Bandung trip.
5. Sekarang dia ada kat Bandung actually (semasa entry ini ditulis)
6. Saya jeles? Nope!
Posted by
absolutely emy
at
9:57 PM
Shopping di Bandung
2012-02-04T21:57:00+08:00
absolutely emy
Comments (4)
Thursday, February 02, 2012
Saya yang dengki
Kelmarin2 dulu 30 January 2012..
Tapi tadi saya tengok gambar di atas tu dan saya tengok ada orang tu dok senyum sorang2! Maka saya jadi dengki!
Tapi semalam 1 February 2012 - Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - dan saya tak lupa tarikh itu, InsyaAllah.
Dan tadi selepas saya dengkikan orang, saya keluar, dan bila saya balik semula saya jumpa frame dan gambar ini atas keyboard saya! Saya sebak dan sedey dan sangat terharu!
Pada zaman dahulu! Budak itu ambil gambar ini dari simpanan saya.. dan framekan dan hadiahkan kepada saya tadi! Dan saya hanya mampu kata terima kasih dan saya sangat terharu!
Nota:
1. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda-anda yang wish saya semalam!
2. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua yang terlibat dalam pembikinan dan penyerahan frame bergambar itu (-_-)y
3. Terima kasih kepada emak saya kerana melahirkan dan membesarkan saya.
4. Gambar itu gambar saya dengan arwah ayah saya.. Alfatihah kepada ayah saya.
5. Frame gambar itu sangat simple! Tapi saya sangat suka! Serius suka!
6. Tak payah teka saya yang mana. (-_-)y
7. Sekian, terima kasih!
3. Terima kasih kepada emak saya kerana melahirkan dan membesarkan saya.
4. Gambar itu gambar saya dengan arwah ayah saya.. Alfatihah kepada ayah saya.
5. Frame gambar itu sangat simple! Tapi saya sangat suka! Serius suka!
6. Tak payah teka saya yang mana. (-_-)y
7. Sekian, terima kasih!
Posted by
absolutely emy
at
3:54 PM
Saya yang dengki
2012-02-02T15:54:00+08:00
absolutely emy
Comments (6)
Wednesday, February 01, 2012
1212 = 1 February 2012
Nothing much to say today - i'm fasting today - i'm a year older today - today is a public holiday - but today i went for an interview - and today is wordless Wednesday !
May i be wiser, healthier, cuter and surrounded by my lovely family and friends everyday.
Posted by
absolutely emy
at
8:20 PM
1212 = 1 February 2012
2012-02-01T20:20:00+08:00
absolutely emy
Comments (4)
Subscribe to:
Posts (Atom)