Mula2 nak bagi amaran supaya : Jangan gelak ok!
Baru-baru ini ada satu rancangan baru kat astro iaitu MasterChef Malaysia. Macam nak masuk masa mula-mula tau ada rancangan ni dulu, tapi alih-alih audition peserta sebenarnya telah dibuat sebelum bungaOren tahu akan kewujudan rancangan ini. Tapi kan jika tahu awal pun adakah bungaOren akan join? sebab bungaOren ni kadang-kadang boleh dikategorikan seorang yang anti-sosial. Malas nak keluar rumah @ lebih suka terperuk dirumah layan mop lantai.
Baru-baru ini masa tengok first episod Masterchef, bungaOren ada tercakap dekat mak bungaOren yang bungaOren teringin nak masuk rancangan nih (kunun perasan pandai masak ler kan).
Tanpa segan silu mak bungaOren gelakkan bungaOren. Dush!.. ingat anak dia tak pandai masak kot?
Yer la, masa mak bungaOren ada di rumah bungaOren or di rumah mak bungaOren sendiri, idak ler bungaOren nak tunjuk skill kan. Biar ler the real chef cook.
Nota:
1. Memang bungaOren rajin layan blog masakan mat minah saleh.
2.
Kebanyakkan blog resepi derang ni backgroundnya kaler putih, simple dan kemas
3. Sebenarnya, suka tengok gambar masakan dan cara hidangan mereka yang cantik.
4. Kalau tengok gambar masakan yang cantik,
adakah akan terserap ilmu masakan itu?
5. Ofcoz ler
tidak terserap akan kepandaian itu kalau tak baca dan cuba resepi2 itu kan.
6. Namun bungaOren masih yakin dengan tempias-tempias yang boleh ditempias jika melihat blog2 resepi ini
7. Mungkin tak lah semahir dan sepandai pembuat pencuba resepi itu
6. Kita selalu dengar satu hadis ni yang ada kaitan dengan tempias-tempias
“Sesungguhnya berkawan dengan orang-orang yang soleh (orang-orang baik) dibandingkan dengan orang-orang jahat adalah seperti berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi berbanding dengan tukang besi. Maka berkawan dengan tukang penjual minyak wangi terkadang dia memakaikan kepadamu atau kamu mengikutnya atau mencium wanginya. Akan tetapi berkawan dengan tukang besi (peniup api) mungkin terbakar pakaianmu atau kau merasakan panasnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
7. Peace (-_-)y hehehe...
8. Awas.. jangan memanipulasikan fakta!