Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Wednesday, October 10, 2012

Buah kantan



Rasanya tak ramai yang tahu akan kewujudan buah kantan. Jika bunga kantan tidak dituai, bunga kantan akan bertukar menjadi buah. Buah-buah kantan ini biasanya dimakan oleh burung-burung kecil. Rasanya masam-masam manis. Kena kupas lapisan keras berwarna kuning, dan terdapat biji-biji halus didalammya Rupanya seakan-akan biji selasih yang telah direndam.

Nota:
1. Terlupa nak snap gambar biji buah bunga kantan
2. Later2 jika diberi kesempatan saya snap gambar biji buah kantan ini
3. Semoga kita dirahmati Allah sentiasa. Amiin..

Monday, October 08, 2012

Bunga kantan


Bunga kantan ini adalah bunga kantan yang tumbuh di tepi kebun pakcik saya.

Bunga kantan, adalah tumbuhan herbaceous, tumbuhan  ini tumbuh membiak dan merimbun secara berkelompok. Tinggi pokok boleh mencapai sederhana 4m atau 5m. Batangnya bulat. Pokok kantan mempunyai daun yang panjang, sederhana besar dan berwarna kehijauan. Terdapat dua jenis sulur yang akan keluar daripada bahagian rizom atau daripada ubi pokok kantan. Terdapat sulur-salur(batang) yang akan mengeluarkan bunga dan satu jenis lagi salur (batang) yang akan mengeluarkan daun. Setiap batang hanya akan mengeluarkan sekuntum bunga sahaja. Bunga kantan bewarna merah jambu dan mempunyai aroma yang kuat. 

Bunga kantan biasanya dimasukkan dalam masakan-masakan melayu bagi menambahkan rasa. Selalunya bunga kantan dimasukkan ke dalam masakan seperti laksa, asam pedas, masak lemak dan lain-lain lagi. Adakalanya bunga kantan dihiris halus dijadikan ulam sebagai pelengkap rasa dalam laksa johor, laksa utara, atau sebagai bahan dalam nasi goreng.

Nota:
1. Telah berlaku percubaan menanam pokok kantan di depan rumah.
2. Pokok kantan berjaya tumbuh tapi saiznya sangat kecil
3. Mungkin kerana kekurangan air atau cuaca terlalu panas?
4. Atau zat galian dalam tanah di tempat ia ditanam tidak mencukupi!
5. Semoga pokok kantan itu dapat bertahan dan hidup subur hendaknya..
6. Amiiiin..

Wednesday, October 03, 2012

Buah rambai









Rambai (Baccaurea motleyana) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari Keluarga Euphobiaceae. Pokok rambai ialah spesies pokok berbuah. Pokok rambai ini hidup meliar di sekitar semenanjung Malaysia. Pokok rambai biasanya terdapat di kawasan dusun tradisional dan menumpang baja dari pokok buah-buahan lain. Pokok rambai biasanya membiak atau dibiakkan melalui biji oleh manusia ataupun binatang.

Dipercayai pokok rambai juga terdapat di Thailand, Bornea, Indonesia dan kawasan-kawasan asia tenggara lain.

Tak ramai yang kenal akan buah rambai ini. Mungkin ada yang tidak mengetahui akan kewujudan buah ini.




Nota:
1. Semasa gambar ini diambil, buah rambai belum cukup masak.
2. Masam sedikit rasanya jika belum masak.
3. Jika sudah masak ranum, manis rasanya.
4. Ada orang takut makan biji rambai
5. Takut pokok tumbuh keluar daripada kepala
6. (-_-)y
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...