Ini adalah contoh bubu.. jumpa dan ada dijual di Kuala Kangsar, Perak. Tempurung kelapa digunakan untuk mengelakkan ikan yang masuk ke dalam bubu daripada keluar sesuka hati. (o_0)
Ini pula contoh bubu yang telah hampir reput.. di Jeti berhampiran rumah.. Digunakan untuk menangkap ikan
Ini pula mini bubu yang dibeli semasa trip ke Kota Kinabalu..
Ini bubu sederhana mini yang juga dibeli semasa trip ke Kota Kinabalu.. Telah ditukar menjadi hiasan dekor oleh si Taufiq. Taufiq adalah salah seorang cucu kepada Aki aku.. The output is Not bad..! (Selalu tengok rancangan decor.. mana tak nyer)
1. Alfatihah kepada Arwah Aki.. semoga Allah ampunkan dosa dan menerima segala kebaikan arwah di atas muka bumi ini serta menempatkan roh arwah bersama orang2 yang beriman. Amin..
2. Maaf tiada gambar arwah aki membuat bubu. Ketika itu hidup susah dan tiada kemampuan untuk membeli sebarang object menangkap gambar. Tetapi impian telah pun bermula..