Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Tuesday, May 13, 2014

Laksa Changlun

 Cendol pulut

Laksa Kedah versi Changlun

Pekena laksa kedah dan cendol pulut di Restauran Jo Cendol Pulut, Changlun, Kedah. Restauran tepi jalan aka highway. Selalu kami ke Kedah, cuma jarang singgah. Tiba2 kelmarin ada orang nak belanja cendol pulut. Kami order sembilan mangkuk cendol pulut, dua pinggan laksa dan tiga set cucur udang. Alhamdullillah rezeki dan bekas licin.

Kenapa hanya dua pinggan laksa? Ye kami kongsi sorang sikit. Erti kata lain, rasa sorang sikit. Sebab sebelum singgah kami dah berkelah makan bawah pokok. Setiap seorang dah makan 2 pinggan nasi putih + sambal tumis udang berpetai + ikan bakar. Burps. Sekian, dimaklumkan. (-_-)y

Nota:
1. Kehidupan sedikit sebanyak bizi..
2. Hidup mesti diteruskan
3. Hadapi dugaan dengan tenang, tabah dan sabar
4. Pasti ada hikmahnya nanti.
5. Semoga diri ini diberi kekuatan untuk tidak mengumpat orang dan mengandu domba. (doakan saya)
6. Langit tak selalunya cerah dan tak selalunya mendung.
7. Bersangka baik adalah lebih baik
8. Need to plan and work the plan for better future..
9. Harap sahabat-sahabat semua.. selamat sejahtera sentiasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...