Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Sunday, August 31, 2008

Mengintai anak bulan Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi. Tahun ini, dapat tengok aktiviti mengintai anak bulan Ramadhan yang sememangnya diadakan di Pasir Panjang, Perak.

Pasir Panjang adalah antara lokasi melihat anak bulan dinegara kita.. Kawasan pantai yang saujana mata memandang.. di kejauhan kelihatan bot2 nelayan keluar mencari rezeki.. Sambil kedengaran deruan ombak2..

Panorama yang memang cantik.. pertembungan di antara bakal anak bulan dan matahari terbenam.. hmm.. dengan mata kasar memang tak dapat nak lihat anak bulan tu.. dengar cerita daripada my pakcik.. daripada lokasi kami.. anak bulan memang tak dapat dilihat.. kerna dilindungi awan2 yang bertaburan di angkasa langit..

Namun puasa kekal esok... 1 September 2008 : Dengan kata lain, selamat berpuasa.

Selamat Hari Merdeka yang ke 51

Selamat Hari Merdeka...

Merdeka bukan bererti kita bebas.. bebas berkata2.. bebas bertindak..

Namun kita bebas berfikir.. bergerak.. beribadat.. belajar mengejar teknologi..

Cuma jangan kita salah langkah.. salah tafsiran.. kerana nikmat kebebasan boleh ditarik bila2 masa sahaja oleh DIA..

Tepuk dada.. tanya akal.. ;)

Nota : Nothing much to say.. macam selalu.. pagi2 hari Merdeka musti tonton acara perbarisan di TV, tunggu kelibat angkatan berunifom berarak.

Friday, August 29, 2008

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan. Mohon Ampun dan Maaf .
Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.

Regards,
BungaOren

Friday, August 08, 2008

Blog activation

Salamz..

Dah lama blog ini wujud, sejak September 01, 2005. Memandangkan layout tak berapa nak cantik.. saya hold hajat utk berkarya didalam blog ini..

Semoga dengan perubahan yang berlaku pada layout ini.. saya harap.. saya akan dapat meluangkan masa bagi berkongsi idea dan pandangan dengan bakal2 pembaca blog ini :"> melalui blog ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...