Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Saturday, March 10, 2012

Rindu Masjid Nabawi, Madinah

Perjalanan dari Jeddah ke Madinah mengambil masa selama 5 sehingga 6 jam, jauh perjalanan luas pemandangan. Rugi rasanya kiranya tertidur di dalam bas. Jarang dapat peluang melihat pemandangan padang pasir yang tandus ini.


 Salah sebuah pasar / pekan kecil yang kami singgah. Meriah dengan warna.


Tak pasti ini rumah atau pun kedai ataupun rumah tinggal. Banyak jumpa binaan sedemikian sepanjang perjalanan. 


 Ini unta padang pasir lah. Excited bila dapat tengok unta ni. Selalu tengok di zoo je kan.


 Tiba di Madinah


Pemandangan daripada luar Masjid Nabawi. Ramai sungguh orang. Sesak. Amaran! Tidak dibenarkan membawa masuk kamera ke dalam Masjid Nabawi. Ada pemeriksaan dipintu masuk. Tapi first day di sana saya terberjaya membawa masuk kamera secara tidak sengaja, namun saya takut nak snap gambar. Biarlah menjadi paparan dalam ingatan saya keindahan di dalam masjid itu.


 Rombongan dibawa untuk ziarah luar, kawasan masjid.


Banyak sungguh burung merpati di sekitar kawasan Madinah.


Rombongan bergambar kenangan. Saya selalu tidak join group photo. Camera shy lah kunun!


Love the bayang2. Mentari panas terik, tapi suasana sungguh sejuk dan nyaman. Musim sejuk di Madinah.


Bumbung patung payung dibuka ketika siang. Lengang macam tiada orang. Waktu pagi selesai solat subuh biasanya lengang. Kalau waktu lain, memang tidak bisa lengang.


Bahagian luar Masjid Nabawi, lengang ketika pagi. Tenang!


Di bawah kubah-kubah itulah letaknya Raudah, Makam Rasullullah, Makam Khalifah Abu Bakar dan Makam Saidina Omar. 


Lastly, beberapa minggu sebelum berangkat, seorang Eyan telah berikan saya satu link yang sungguh tenang alunan muziknya. Harap anda suka (-_-)y


Law Kaana Bainana






Nota:
1. Rindu!
2. Rindu!
3. Rindu! (-_-)y
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...