Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Monday, March 19, 2012

Belon panas di Putrajaya

Jumaat lepas, kami sekeluarga gigih bangun awal untuk melihat belon panas. Walaupun sedikit terlambat namun masih puas hati sebab langit cerah dan berawan. Walaupun belon yang cantik-cantik telah terlepas terbang ke Cyberjaya. Belon yang ada dirantai pun cantik.

Pukul 830 pagi, bungaOren terpaksa bergerak ke pejabat. Famili bungaOren semua ke rumah adik bungaOren yang menetap di Putrajaya. Senangkan ada rumah untuk disinggah. Alhamdullillah.



Teringin nak naik. Tapi gayat. Tapi teringin. Tapi gayat. Tapi teringin!


Bahagian dalam belon yang kosong. Nampak kosong! Tapi sebenarnya berisi udara yang panas. Udara yang bisa menaikkan belon itu naik tinggi ke udara. Renung-renungkan.


Warna-warni.


Mereka puas hati dengan belon panas yang berjaya dilihat pada pagi itu.


Seorang model cilik sedang membuat pose ala2 sedang merajuk dengan ibunya.

Nota:
1. Sejak dua menjak, terasa kurang rajin nak berbelog.
2. Semoga kerajinan itu kembali semula di dalam hati ini.
3. Semoga belog ini memberi manfaat kepada anda semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...