Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Saturday, February 11, 2012

Terjah Redang

Percutian ke Pulau Redang banyak meninggalkan kenangan. Percutian ini tidak dirancang sebaiknya walaupun cadangan awal telah dibuat seawal Januari 2008.Namun seminggu sebelum percutian, iaitu penghujung April 2008, barulah masing-masing sibuk menyediakan keperluan percutian dan pembelian tiket bas ke Kuala Terengganu. Jangan tidak percaya tiada sebarang booking dibuat untuk hotel, feri dari Kuala Terengganu ke Pulau Redang, mahupun tiket balik semula ke Kuala Lumpur. 

Para peserta (6 orang je pun) bersepakat untuk tidak menyediakan sebarang perancangan yang terperinci. Hanya mencari beberapa maklumat penting sebagai panduan seperti kemudahan pengangkutan (bas, feri, teksi), penginapan, tempat-tempat menarik untuk dilawati, dan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan. Tips: Jangan tiru keberanian kami ini, jika anda bercuti bersama keluarga yang mempunyai anak kecil.

Kami menaiki bas malam di Hentian Putra dan tiba seawal sebelum subuh di Kuala Terengganu. Selesai solat subuh dan sarapan kami terus ke Jeti. Di jeti feri sudah ada orang offer pakej feri berserta chalet di Pulau Redang. Mereka menyatakan kepada kami bahawa akan ada kesusahan dalam mencari penginapan ketika di Redang nanti. Namun kami masih nekad untuk terjah.  

Nak dijadikan cerita, tiket bas balik ke Kuala Lumpur pada hari yang dirancang sudah kehabisan. Maka percutian 3D2N dah jadi 4D3N. Mujur masing-masing dah ambil cuti extra. Tips: Perlu keluarkan sesiap duit sebelum naik feri ke Redang, kerana tiada mesin ATM di Pulau Redang. Perlu ada duit kecemasan, ataupun perlu membawa seorang banker jika mahu tenang semasa percutian.

Semasa menaiki feri, ombak laut bergelora.. kuat betul.. ramai la orang2 yang muntah dek mabuk laut.. 

Perancangan awal, jika kami turun di kawasan kampung.. kami ingin menyewa di homestay, namun perancangan berubah kerana kami turun di kawasan pasir panjang. Maka kami siasat satu persatu chalet di sepanjang pantai.. mana chalet paling berbaloi harga dan perkhidmatannya.. kami akan sewa chalet tersebut.. Sebelum kami berasa sangat lapar kami telahpun check-in masuk ke Redang Lagoon..  Alhamdullilah perjalanan kami dipermudahkan.




Tanjung Tengah, sebuat bukit kecil yang terletak didepan Redang Lagoon. Nampak kecil tapi ia tidak kecil.


Lautan yang jernih menghijau


Pemandangan dari jauh Tanjung Tengah dan pantai di Pulau Redang, di sepanjang pantai ini ada banyak chalet. Pilih mana yang sesuai dengan anda.


Tidur di hammock (buaian) ini sangat mengasyikkan, sambil berlatar belakangkan deruan ombak. Sesekali menjeling ke pantai yang membiru. Subhannallah. Serius cantik!


Cantik!



Cantik!


Petang-petang boleh main bola tampar pantai. Bosan2 boleh terjun laut.


Nota:
1. Jika anda tidak merancang, anda sebenarnya merancang untuk gagal.
2. Walau apa keadaan sekalipun kita perlu mempunyai back-up plan.
3. Dalam setiap keputusan, ada risiko yang perlu kita tahu dan tanggung akibatnya
4. Setiap kesusahan yang kita terima pasti ada pelangi disebaliknya sebagai ganjaran kepada kita
5. Percaya setiap kejadian ada hikmahnya
6. Silalah makan pil tahan muntah jika anda mudah mabuk laut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...