Tiba di Pulau Redang saya dah terkedu. Saya sangat terpegun dengan keindahan pulau redang, pasir pantainya halus memutih dan air laut yang jernih hijau kebiruan lembut warnanya, jernih kerana boleh nampak batu karang yang menjadi habitat kepada pelbagai jenis ikan dan juga terumbu karang. Subhannallah.
Saya tak pandai berenang! Dan kita tidak perlu pandai berenang untuk aktiviti snorkeling kerana ianya berlaku di tepi pantai dan kita hanya perlu memakai jaket keselamatan semasa snorkeling. Tambahan pula aktiviti snorkeling ini dilakukan di dalam sempadan yang dilingkungi oleh rantaian pelampung. Tanda sempadan ini diletakkan oleh Jabatan Laut untuk melindungi snorkelers dari dilanggar bot yang berulang-alik dari pulau ke pulau ataupun skuter air atau ski air.

Snorkeling ialah aktiviti yang selamat, mudah dan sesuai untuk semua golongan umur. Hampir setiap resort di sepanjang pantai di pulau Redang ada menyediakan peralatan snorkeling untuk disewa, antaranya termasuk jaket keselamatan. Kalau lebih berani boleh cuba aktiviti discovery dive yang disediakan. Ada juga kelas-kelas diving disediakan bagi yang berkeinginan.
Semasa percutian kami itu (penghujung April), laut masih bergelora. Nampak macam tenang dari dataran. Tapi kejernihan di dasar laut agak kurang memuaskan. Tips: Hampir semua Resort di pulau-pualau pantai timur tutup kepada pengunjung pada bulan October hingga Mac kerana Musim Monsun (tengkujuh)

Nota:
1. Seronoknyer melancong
2. Deadline keje dah sangat dekat!!
3. Tapi dalam hati ada taman!
4. Tak sabar nak pergi menenangkan jiwa
5. Mode = Hepi
6. Maka banyak entry tentang melancong-melancong