Teringat semasa dahulu, rombongan pekerja pejabat ke Langkawi. Perjalanan bermula dengan menaiki kapal terbang ke Langkawi daripada KLIA ke Lapangan Terbang Langkawi. Kami menginap di Hotel Langkasuka selama percutian selama 4 hari 3 malam di sana. Banyak tempat menarik yang dikunjungi dan diterjahi seperti Langkawi Cable Car, Marina Bay, Pantai Chenang, Langkawi Underwater World, Tasik Dayang Bunting, Pantai Beras Basah, Eagle Feeding dan tempat wajib pergi iaitu Dataran Lang. (Sungguh skema ayat2 itu).
Perlukah mengambil gambar signboard Langkawi Pulau Bebas cukai apabila tiba di Lapangan Terbang Langkawi?
Subhanallah! Pemandangan matahari terbenam di Dataran Lang.
Monumen burung helang yang dibina sebagai mercu tanda di Dataran Lang
Nota:
1. Kawan-kawan datang dan pegi
2. Harap masa saya juga akan tiba
3. Maka keluarkan gambar-gambar daripada cakera keras bergerak.
4. Gambar-gambar sebagai kenang-kenangan yang mengembirakan
5. Harap persahabatan kekal selamanya
6. Ada orang sebelah saya kata Langkawi dah canggih sekarang ni..
7. Yer la.. nanti saya pegi la semula lawat Langkawi..