Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Monday, January 23, 2012

Langkawi terjah hotel

Semasa lawatan kami ke Langkawi, kami (dibaca mereka ajak bungaOrentelah memberanikan diri melawat ke beberapa hotel cantik-cantik seperti Four Season Hotel dan Hotel Tanjung Rhu. Paling suka hiasan-hiasan ringkas tapi cantik yang digunakan menghiasi kebanyakan kawasan Four Season Hotel. Duduk tepi koridor hotel pun dah terasa cantik. Hiasan dalam bilik hotel macam mana lah pulakkan.

Mereka menjadikan lampu-lampu sebagai hiasan dinding! Cantik ok!

Susunan lampu pada salah satu dinding di Hotel Four Season menjadi tarikan utama mata bungaOren di hotel ini.

Susunan lampu menjadi kegemaran bungaOren ketika menterjah Hotel Four Season, Langkawi.

Pokok kurma yang sepokok. Pokok kurma ke pun? Hotel Four Season

Pintu ke tingkap? Tapi cantik, walaupun di view diganggu dengan tangga construction, Hotel Four Season.

Pokok kurma itu lagi, Hotel Four Season.

Pondok rehat di tengah kolam buatan, Hotel Four Season. Lepak minum jus oren petang-petang best ni.


Ada khemah tepi pantai, Hotel Tanjung Rhu, kredit to Aifa- gambar ini bukan bungaOren yang tangkap


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...