Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Saturday, February 26, 2011

Terpegun melihat kapal terbang

Tajuk entry, mengambarkan seolah-olah ditujukan kepada kanak-kanak kecil baru belajar melihat kapal terbang. Hakikatnya masih ramai orang dewasa yang berkelakuan seperti kanak-kanak, seolah-olah tidak pernah melihat kapal terbang.

Sejak kecil, Lapangan Terbang Bayan Lepas sering cik bungaOren kunjungi. Bukan untuk melancong ke negara orang sambil-sambil merasa kesejukkan salji. Hakikatnya, hanyalah untuk melihat pergerakkan turun dan naiknya kapal2 yang boleh terbang itu, itu sahaja tujuannya. Sungguh!

Ketika cik bungaOren masih kecil (sekolah rendah la tu), cik bungaOren ada seorang makcik dan beberapa orang sepupu yang bekerja di Pulau Pinang sebagai operator pengeluaran (maka dulu-dulu cik bungaOren pernah bercita-cita menjadi operator pengeluaran). Maka, selalunya, setiap kali cuti sekolah, emak dan ayah akan bawa kami adik-beradik ke Pulau Pinang. Melancong ke sana. Jimat belanja kerana tidak perlu menyewa hotel atau rumah tumpangan.

Hari itu (baru-baru ini), kami 4 beradik (daripada 6 beradik), telah ke Penang untuk mengimbau serba sedikit kenangan silam itu. Mencari tempat-tempat yang pernah kami tumpang bermalam. Segalanya telah berubah, for better or for worse, biar rakyat Pulau Pinang yang tentukan. Kami hanya perantau yang akan datang menjenguk Pulau Pinang sekali sekala mencari 'pasembor'.









Nota:
1. Demam sepanjang perjalanan
2. Terpaksa mengekalkan keadaan demam agar dapat teruskan MC (keji tak?)
3. Berjaya kekal demam sehingga hari yang sepatutnya perlu MC lagi.
4. Pada hari cuti, badan dedar2, antara demam dan tidak demam.
5. Namun perlu kuatkan semangat
6. Perjalananan mesti diteruskan walaupun perlu melalui perjalanan yang jauh.
7. KL - ShahAlam - Perak - Kedah - Perlis - Kedah - Penang - Perak - Shah Alam
8. Korang agak berapa hari nak habiskan perjalanan itu?
9. Kalau tiada kenderaan bernama 'Kereta'
10. Kalau naik bas, agak2 berapa kali kena book bas?
11. Kerana setiap persinggahan kami perlu singgah.

10 comments:

  1. yang no. dua tu... tak la sekeji maner. ai loike!

    ReplyDelete
  2. yg mana satu kapal terbang aku, emy? ko tak amik gambo kapal terbang aku ek? hihihi

    ReplyDelete
  3. oit..bila hg p? lokasi yg sama la..ni batu maung la..perumahan sebelah tu rmh mak teh aku...ayat 'kanak2 kecil baru belajar melihat kapal terbang' cam kata kat aku je..nk kena ni...:p

    ReplyDelete
  4. oit..apasal sebut2 pasembor penang kat sni..nk kna gak ni...hg sja nk bagi aku jeles kan.kan.kan..hg tau kan aku x dpt mkn...so di sebabkan itu nnt hg kna belanja makan pasembor penang...

    ReplyDelete
  5. papabear
    betul.. tapi tiada airport kat kg saya.. :)

    nm02
    i like t000.. (-_-)y

    ReplyDelete
  6. ied9
    aku mesti akan g amik gambar kapal terbang ko.. harga kawan2 nyer..
    ($-$)y kawan2 mata duitan... hahaha

    nazrie
    hang tak balik kg lagi masa tu.. kalu tak mesti kami ajak hang la.. pasai lepas tu hang kena belanja kami2 pasemboq.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. k.emi, watermark to besar sgt la.

    ReplyDelete
  8. ashiena
    Alhamdullillah.. dengan penuh susah payah xjust kamera tu..

    anonymous
    Noted.. hehehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...