Pada satu hari, badan cik bungaOren rasa macam nak demam-demam. Tekak sakit-sakit. Batuk tersekat-sekat. Kepala rasa pening. Badan rasa tak berapa nak selesa. Kejap panas kejap sejuk.
Namun terpaksa ke pejabat, kerana cik bungaOren hanya tahu satu saja klinik panel yang pejabat terima (tragis sungguh). Perjalanan dari rumah ke pejabat adalah lama. ShahAlam - Desa Pandan. Cik bungaOren adalah pelalu setia Lebuhraya Persekutuan. Pada hari itu, terdapat sekatan yang melebihi had kesabaran cik bungaOren. Maka cik bungaOren pun mencari beberapa laluan alternative yang masih cik bungaOren rasa cik bungaOren ni mahir. Tetapi cik bungaOren lupa ketika hari itu kepala cik bungaOren berada dalam keadaan kurang kepakaran.
Maka terjadilah beberapa kesilapan dan kesesatan yang nyata yang tak sewajarnya berlaku kepada cik bungaOren. Sungguh tak tipu! memang cik bungaOren mahir jalan-jalan itu pada suatu ketika dahulu. (-_-)y hahahaha..
Namun, akhirnya cik bungaOren berjaya sampai ke pejabat dan klinik dan mendapat MC.
Dalam perjalanan yang penuh kesesatan itu, ada satu pemandangan yang cukup menarik yang cik bungaOren rasakan menarik. Maka dengan kesempatan yang ada, cik bungaOren sempat snap sekeping gambar (sempat jugak tu?). Persoalannya, adakah KL berjerebu pada hari itu. Sungguh kurang jelas jarak pemandangan cik bungaOren.
Nota:
1. Jelebu ke?
2. Jerebu ke?
3. Jelaga kah?
4. Patutlah ramai yang sakit pada waktu ketika itu.
5. Kenapa boleh berjerebu nih?
6. Ada dengar mana-mana daerah yang terbakar ke?
7. Ada orang buat pembakaran terbuka?
8. Secara besar-besaran?
nnt2 la saya pk pasal jelebu nih. ngantuk la.....
ReplyDeletekenapa tak pergi DEMC jer? itu panel PMC jugak...
ReplyDeletenm02
ReplyDeletehahahaha.. sila2..
papabear
owh... okeih2.. tQ papabear..