Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Monday, November 18, 2013

Buah Zuchini







Alhamdullillah.. Percubaan menanam pokok zuchini boleh dikatakan berjaya. Walaupun hanya sepokok sahaja pokok zuchini yang berjaya tumbuh dah berbuah. Biji benih zuchini ini boleh dibeli di kebanyakkan hypermarket ataupun di nursery bunga. Dari selebat-lebat bunga yang keluar , hanya 2 biji buah zuchini yang berjaya dituai sebelum pokok itu kering. Alhamdullillah (-_-)y

Nota:
1. Berkebun mengeluarkan peluh.

Wednesday, November 06, 2013

Bunga Keembong



Bunga keembung yang berwarna pink


Buah keembung ini akan meletup jika sudah masak ranum aka matang 

Bunga keembung selalu jumpa masa zaman kanak-kanak, tumbuh berselerak di tepi2 rumah opah. Dan rumah-rumah jiran yang lain. Ada macam-macam warna, putih, ungu, merah, pink dan lain-lain. Sekarang ni macam susah nak jumpa pokok keembung ni. Adakah sebab jarang pergi rumah jiran-jiran atau sebab memang bunga keembung ni orang dah kurang gemar untuk ditanam sebagai hiasan? 

Nota:
1. Ambil benih pokok keembung ini dirumah opah.
2. Hajat dihati nak cuba tanam pokok keembung.
3. Ditaburnya biji-biji keembung ini diatas tanah didepan rumah.
4. Sehingga hari ini masih belum kelihatan anak-anak pokok keembung.
5. Adakah sudah dilarikan oleh arus air yang mengalir?? 

Monday, October 28, 2013

Orkid Normah

Nama bunga orkid ini ialah Orkid Lundu aka Orkid Normah.

Orkid Normah (Phaelaenopsis violacea) adalah bunga rasmi negeri Sarawak. Juga dipanggil Kambang Alo. Orkid ini menyukai tempat teduh di tepi sungai. Bunganya disusun dalam dua susunan dengan 1 atau 2 bukaan pada masa yang sama. Kelopak bunganya adalah hijau muda dan dihantar ke tapaknya. Bahagian dalaman adalah berwarna ungu tua. Spesies yang istimewa ini dikenali oleh warnanya yang cantik dan adalah amat susah didapati disebabkan oleh kehilangan habitat dan terlalu banyak orang yang sedang mengumpulkannya. Orkid Normah boleh dijumpai di Semenanjung Malaysia, kepulauan Sumatera dan Borneo. (Sumber : Wiki / Google)


Nota:
1. Banyak jugak gambar orkid yang diambil pada Floria yang lepas dan Floria yang lepas-lepas.
2. Cadangnya nak publish satu jenis satu entry.
3. Nampak dan rasa macam senang (-_-)y
4. Sebenarnya susah nak dilaksanakan sebab tak mahir pasal species-species orkid.
5. InsyaAllah, usaha tangga kejayaan kan! 
6. Semoga tidak hangat-hangat najis ayam. hehehe

Tuesday, October 22, 2013

Orkid kuning

Bunga kuning ini kecil dan halus saja saiznya tapi sangat comel! 

Bunga matahari yang baru nak kembang.

Orkid kuning halus-halus kecil-kecil ini adalah daripada spesies Oncidium cebolleta. Juga digelar Golden Shower.

Tajuk entry macam tak kena dengan gambar first tu kan!, kena scroll ke bawah dulu baru jumpa gambar orkidnya. Gambar bunga-bunga ini adalah hasil tangkapan masa floria 2013 yang lepas, selepas kamera kesayangan kembali sihat. Alhamdullilah, masih dapat tangkap gambar setelah beberapa bulan kamera menyorok dalam almari. 

Nota:
1. Lamanya juga tak update blog.
2. Nampak macam sarang labah2 dah cuba take over blog ini.
3. Nak kena kemas sikit2 supaya kembali ceria blog ini
4. Harap anda semua sihat-sihat hendaknya
5. Alhamdullillah, sekarang sudah musim hujan! Suka2.. 

Friday, August 09, 2013

1 Syawal 1434h



Selamat hari raya aidilfitri. Ampun dan maaf dipinta, jika andainya ada terkasar bahasa dan tingkah laku. Semoga amalan kita diterima dan semoga kita semua dirahmati Allah sentiasa. Amin. Semoga kita dapat melakukan dan menambahbaikan ibadah kita diramadhan akan datang.. Amin2..

Nota:
1. Cari masa buat card raya untuk rakan2 di alam maya.
2. Tahun ni tak wish sapa2 pun thru online or thru phone 'Selamat Hari Raya'
3. Sibuk.. itu dan ini.. begitu dan begini..
4. So dikesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang membaca.. (-_-)y
5. Seem like ini adalah back-dated entryfor 1 syawal 1434h.. hihihi..
2. Harap maklum. (-_-)y

Wednesday, July 17, 2013

Tangkap bintang







Ketika orang sibuk ke redah jerebu di Putrajaya, kami sekeluarga menziarahi seorang makcik di Jitra. Kedah dan kawasan2 yang berdekatan dengannya. Kami tidur satu malam di sana. Sebelum azan subuh berkumandang, seorang emak sudah pun bangun. Terkejut seorang emak, apabila mendapati anak sulungnya tiada ditempat tidur. Pintu rumah tidak berkunci!

Lega si emak, pabila mendapati si anak sedang mengharungi nyamuk dan kesejukan pagi, bagi menangkap jutaan bintang dilangit di halaman rumah adiknya. 

Nota:
1. Alhamdullilah, walaupun tak banyak hasil tangkapan diperolehi.
2. Namun cukup sebagai permulaan.. permulaan mencari sesuatu yang lebih luas.
3. Sebenarnya si anak itu hendak mencari 'Milky way'
4. Si emak, memberikan dorongan, di sepanjang perjalanan Shah Alam-Kedah.
5. Sepanjang perjalanan asyik mengkhabarkan tentang bintang yang berterabur dilangit.
6. Tapi kami tak berani berhenti dimana-mana
7. Kerana sudah dinihari dan ada anak2 nyamuk didalam kereta sedang tidur.
8. Langit di Perak dan Kedah sungguh tiada jerebu. Clear!

Tuesday, June 25, 2013

Orchid tropical treasure






Floria 2013 di Putrajaya dengan tema Orchid - Tropical Treasure!

Alhamdullillah, sempat dan dapat juga pegi ke Floria 2013 Putrajaya. Rasa nak stay ambil gambar lebih lama daripada 2 jam, tapi cuaca tidak mengizinkan untuk berlama-lama dilapangan Persint 2, Putrajaya. Jerebu.. jerebu dan jerebu.. Dalam masa yang singkat, banyak jugak gambar yang diambil. Letak 3 keping gambar orkid dulu ye. Nanti next entry letak gambar lain lak... (Harap2 diri ini menjadi semakin rajin)

Nota:
1. Gigih redah jerebu untuk redah Floria 2013 di Putrajaya
2. Gigih walaupun kaki dah terseliuh sebelah sebab over xcited jadik wing defend
3. Alhamdullillah.. kaki dah sembuh sikit.
4. Emak dah tolong urutkan. (-_-)y (Thank you mak..)
5. Lenkali kena lebih berhati-hati

Monday, June 17, 2013

Lelaki kayu


My wooden man, secretly hidden in the closet!

Alhamdullillah kamera sudah dipulihan selepas melabur beberapa ratus ringgit ganti shutterblade. Kamera kesayangan itu start jammed sejak pertengahan februari, ketika hati berkobar2 nak shot gambar bintang. Sayang sebab kamera tu dah berjasa selama 6 tahun tau and counting sebab dah tukar shutterblade dia kann! Niat nak beli kamera baru yang lebih canggih, namun ongkosnya belum cukup. Semoga niat tidak akan sekadar menjadi niat. 

Nota:
1. The wooden man is hidden in the closet for sometime due to the broken camera..
2. BUT the anak2 nyamuk berjaya menjumpainya (semasa mereka memerintah rumah itu.)
3. Beli lelaki kayu tu kat ikea, memang dah lama cari ! 
4. Anak2 nyamuk sudah balik rumah mereka.. 
5. Syukur the wooden man selamat tanpa kecacatan (yer ke?)
6. Shall start my next project soon (-_-)y 

Monday, April 15, 2013

Mempelam dalam timba


Mempelam yang baru dikait dari pokok mempelam dimasukkan ke timba, sebelum dikupas dan dicuci. Cicah mempelam dengan kuah rojak adalah sedap.

Nota:
1. Shutter count camera kena tukar.
2. Maka saya berhenti seketika mengambil gambar menggunakan kamera saya.
3. Kena simpan duit 
4. Duit nak beli kamera baru yang lebih canggih spesifikasinya
5. Selamat menyimpan duit

Tuesday, March 19, 2013

Bunga telang



Pokok Telang atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga bewarna ungu terang. Bunganya digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan, seperti nasi kerabu, tetapi kini amat jarang atau hampir tidak lagi digunakan kerana sukar mengutip dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan.-Wikipedia


Nota:
1. Jumpa pokok telang semasa menghadiri kenduri rumah sedara nun jauh disana.
2. Hakikatnya, saya belum pandai buat nasi kerabu
3. Hakikatnya, saya hanya tahu makan nasi kerabu yang dibeli di pasar malam
4. Kenapa saya kurang rajin update blog?
5. Hakikatnya, saya sendiri tak tahu kenapa saya kurang rajin, hmmm...
6. Alhamdullilah saya masih sihat (-_-)y
7. Semoga kita sentiasa berada dalam redha Allah.

Friday, February 15, 2013

Mawar merah jambu


Pink rose mawar merah jambu



Pokok bunga rose di belakang rumah sedang meriah berbunga. (-_-)y

Nota:
1. Tiada nota
2. Gigih ambil gambar bunga rose belakang rumah

Wednesday, January 30, 2013

Rama-rama dan belimbing



Rama-rama berterbangan di belakang rumah. Buah belimbing jatuh berselerakkan di atas tanah. Buah belimbing menjadi makanan sang rama-rama. Sekian, cerita saya pada hari ini. (-_-)y

Nota :
1. Rasanya macam dah kurang sibuk
2. Tapi hakikatnya masih ada kerja yang perlu disiapkan lagi.
3. Ada kerja yang perlu disiapkan tidak bermakna sibuk... kan?
4. Yang penting perlu pandai bahagi masa dengan tugas yang diberikan.
5. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah.
6. Hepi besday Eyan!
7. Selamat kembali berblog Aqila! (Tau la ada 2 BE sekarang!)

Monday, January 14, 2013

Bangku coklat


Berehat ditempat redup ditepi sungai dengan angin yang sepui2 bahasa sungguh mendamaikan.

Almost 2 month tak blogging! Macam-macam perkara yang terjadi, secara sengaja mahupun tidak sengaja. Apa yang berlaku biarkan ia berlalu. Hidup mesti diteruskan. Jadikan iktibar dimasa hadapan.


Nota:
1. Assalammualaikum kawan-kawan yang membaca entry ini.
2. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah.
3. Still struggling to get the mood of blogging (-_-)y

Saturday, November 10, 2012

Sepuluh sebelas duabelas


Hari ini sepuluh haribulan sebelas, dua ribu duabelas.

Nota:
1. Sejak akhir-akhir ni.. saya dan kawan2 pejabat saya sibuk jumpa doktor dan jururawat
2. Hakikatnya, sedari kecil lagi, saya memang takut dan tak suka jumpa doctor.
3. Dan tak pernah terlintas diminda nak jadi doctor
4. Sejak bekerja pun saya jarang jumpa doktor walaupun percuma (dibayar syarikat bekerja)
5. Tapi sejak kerja tempat baru ni.. hampir tiap hari kena jumpa doktor (atas urusan kerja)
6. Kesimpulannya.. doktor pun manusia biasa macam kita juga
7. Kalau doktor sakit, derang kena masuk hospital juga.
8. Dan doktor pun ada yang isi masa lapang dengan menjadi blogger macam saya .. (-_-)y
9. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya..
10. Semoga kita semua dirahmati Allah sentiasa.. 

Wednesday, October 10, 2012

Buah kantan



Rasanya tak ramai yang tahu akan kewujudan buah kantan. Jika bunga kantan tidak dituai, bunga kantan akan bertukar menjadi buah. Buah-buah kantan ini biasanya dimakan oleh burung-burung kecil. Rasanya masam-masam manis. Kena kupas lapisan keras berwarna kuning, dan terdapat biji-biji halus didalammya Rupanya seakan-akan biji selasih yang telah direndam.

Nota:
1. Terlupa nak snap gambar biji buah bunga kantan
2. Later2 jika diberi kesempatan saya snap gambar biji buah kantan ini
3. Semoga kita dirahmati Allah sentiasa. Amiin..

Monday, October 08, 2012

Bunga kantan


Bunga kantan ini adalah bunga kantan yang tumbuh di tepi kebun pakcik saya.

Bunga kantan, adalah tumbuhan herbaceous, tumbuhan  ini tumbuh membiak dan merimbun secara berkelompok. Tinggi pokok boleh mencapai sederhana 4m atau 5m. Batangnya bulat. Pokok kantan mempunyai daun yang panjang, sederhana besar dan berwarna kehijauan. Terdapat dua jenis sulur yang akan keluar daripada bahagian rizom atau daripada ubi pokok kantan. Terdapat sulur-salur(batang) yang akan mengeluarkan bunga dan satu jenis lagi salur (batang) yang akan mengeluarkan daun. Setiap batang hanya akan mengeluarkan sekuntum bunga sahaja. Bunga kantan bewarna merah jambu dan mempunyai aroma yang kuat. 

Bunga kantan biasanya dimasukkan dalam masakan-masakan melayu bagi menambahkan rasa. Selalunya bunga kantan dimasukkan ke dalam masakan seperti laksa, asam pedas, masak lemak dan lain-lain lagi. Adakalanya bunga kantan dihiris halus dijadikan ulam sebagai pelengkap rasa dalam laksa johor, laksa utara, atau sebagai bahan dalam nasi goreng.

Nota:
1. Telah berlaku percubaan menanam pokok kantan di depan rumah.
2. Pokok kantan berjaya tumbuh tapi saiznya sangat kecil
3. Mungkin kerana kekurangan air atau cuaca terlalu panas?
4. Atau zat galian dalam tanah di tempat ia ditanam tidak mencukupi!
5. Semoga pokok kantan itu dapat bertahan dan hidup subur hendaknya..
6. Amiiiin..

Wednesday, October 03, 2012

Buah rambai









Rambai (Baccaurea motleyana) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari Keluarga Euphobiaceae. Pokok rambai ialah spesies pokok berbuah. Pokok rambai ini hidup meliar di sekitar semenanjung Malaysia. Pokok rambai biasanya terdapat di kawasan dusun tradisional dan menumpang baja dari pokok buah-buahan lain. Pokok rambai biasanya membiak atau dibiakkan melalui biji oleh manusia ataupun binatang.

Dipercayai pokok rambai juga terdapat di Thailand, Bornea, Indonesia dan kawasan-kawasan asia tenggara lain.

Tak ramai yang kenal akan buah rambai ini. Mungkin ada yang tidak mengetahui akan kewujudan buah ini.




Nota:
1. Semasa gambar ini diambil, buah rambai belum cukup masak.
2. Masam sedikit rasanya jika belum masak.
3. Jika sudah masak ranum, manis rasanya.
4. Ada orang takut makan biji rambai
5. Takut pokok tumbuh keluar daripada kepala
6. (-_-)y

Wednesday, September 26, 2012

Kelicap mayang kelapa

Pada suatu hari, ketika sedang berbaring (menunggu) di atas hammock di belakang rumah yang terletak di sebuah kampung di negeri perak.. diwaktu pagi selepas sarapan pagi.. terpandang akan seekor burung hinggap membersihkan diri. Sepantas kilat dan dengan penuh kesopanan kamera dihalakan kearah objek bernama burung kelicap mayang kelapa. Alhamdullillah.. dapat sekeping dua gambar untuk kenangan dan bahan untuk diletakkan di dalam blog.

Sebenarnya, saya tak berapa pasti dengan nama burung ini. Tetapi berdasarkan carian di google, hasilnya adalah burung kelicap mayang kelapa. Ini adalah berdasarkan kesamaan pada bentuk dan warna paruh; bentuk ekor; bentuk kaki dan warna kaki serta warna kuning pada bahagian bawah badan. Yang menjadi kemuskilan saya adalah warna pada sayap dan atas badan, kebanyakkn carian yang saya perolehi bahagian atas dan sayap burung kelicap mayang kelapa ini adalah berwarna hitam kebiruan serta berkilat. Sedangkan spesis yang saya jumpa ini berwarna hitam coklat. Adakah ia adalah perbezaan diantara burung jantan dan burung betina? Jika saya salah, harap sudi betulkan maklumat saya ini.

Burung Kelicap Mayang Kelapa (The Plain-throated Sunbird) ialah salah satu daripada spesis burung yang boleh di dapati di Malaysia. Nama saintifiknya Anthreptes malacensis. Source - wiki

Nota:
1. Saya pernah diberi tahu dulu...
2. Jika seseorang itu pakar tentang jenis2 burung, dengan mendengar kicauan burung pun dapat diketahui nama dan jenisnya.
3. Setiap manusia ada kelebihan masing-masing
4. Antara kita sedar atau tidak akan kelebihan kita
5. Gunakan kelebihan itu dengan sebaik-baiknya.

Panjang akal

Masih tak dapat nak buat entry sekerap dahulu. Lokasi meja dipejabat baru tidak berapa mengizinkan kerana terletak ditengah2 kawasan lalu lalang dan pandangan orang ramai. Keadaan ini membataskan kekerapan untuk membuka application lain selain daripada excel dan microsoft word. Erk? Susah nak edit atau pilih gambar dan karang ayat untuk isi dalam blog. Plus masalah removal hardisk seperti yang diceritakan dalam entry yang lepas. Anyway, itu bukan sepatutnya menjadi penghalang kan! Blog sepatutnya dibuat dirumah bukan dipejabat. (-_-)y hahaha..

Semalam saya berjaya transfer gambar raya puasa 1433h ke dalam laptop. Tak banyak gambar diambil semasa raya hari tahun ini, tapi moment dalam gambar yang dipaparkan dalam entry ini adalah sangat bermakna untuk sikecil ini apabila dia dewasa kelak. Kerana saya akan ketawa gembira bila makcik2 saya ceritakan kisah keBAIKan saya ketika saya kecil. (-_-)y


'Grong grong grong...' maknanya... 'hari ini.. notebook ini saya yang punya... hahahaha...' kata anak nyamuk #4 


'Baik cepat sebelum orang lain guna.. usaha tangga kejayaan' kata anak nyamuk #4 lagi..


'Alhamdullillah berjaya.. janganlah maklong marah.. anak nyamuk #4 nak dengar lagu alif ba ta je..'


'Ishkk.. kena masuk password la pulak.. ujian.. niat yang baik, InsyaAllah akan dipermudahkan  jalannya..'


Eh maklong?!..  boleh tolong masukkan password tak? Safiyya nak dengar lagu Alif ba ta la... Berani kerana benar!.. Alamak kantoi!.. (-_-)y sambil buat muka cute..!

Nota:
1. Both anak sulung kedua-dua adik perempuan saya adalah perempuan
2. Kedua-dua mereka lahir pada 23 haribulan, tahun yang berlainan dan bulan yang berlainan.
3. Kebetulan mereka mempunyai beberapa perangai yang sama.
4. Semoga mereka menjadi anak-anak yang solehah dan bijak.
5. Amiiiin..
6. Ungkapan atau simpulan bahasa 'panjang akal' bermakna cerdik, bijak. 

Wednesday, September 19, 2012

Si comot

Dah bersarang bersawang blog ni. Kalau tak kerana ada orang dah bagi salam tadi, mungkin akan berabuk pula. Dalam kepala banyak idea nak dikarang. Tapi bila dah pegang keyboard dan mouse, idea tiba2 terbang dibawa dek angin lalu (cehhhh!)..

Tambahan pula, notebook baru ni tak boleh nak baca 2nd partition yang ada dalam removal hdisk merah kesayangan bungaOren.. Most of the picture taken are stored in the 2nd partition tu. Kalau nak tengok 2nd partion tu kena buka thru PC yang dirumah. Jadi kerja2 mengupdate blog adalah sedikit kesusahan yang menyebabkan keringat malas itu membuak-buak! Sebab setiap entry bungaOren dimestikan oleh bungaOten untuk diletakkan sekurang-kurangnya sekeping gambar. hmmmm... kemestian yang tidak diperlukan!

Sebenarnya, banyak perkara berlaku sepanjang kemalasan mengupdate blog ini berlansung. Mana yang sempat saya karang saya akan update nanti. Tengah cari ruang dan masa dan semangat memblog itu kembali. Hope this entry shall gain the spirit back.. hehehehe..





Saya budak comot! Baru lepas mandi pun saya masih comot lagi!


Nota:
1. Waalaikumussalam Cheqna (-_-)y
2. Saya sihat. Alhamdullillah.
3. Kawan2!? Saya nak tanya... 
4. Aci ke kalu saya buat back dated entry untuk Nuzul Quran + 1syawal + 31 Ogos + 16September?
5. Aci tak aci saya nak buat jugak! (-_-)y
6. Dah nama pun blog saya kan. ikut saya la kan.. 
7. Thanks kerana memahami.. eh..faham ke? hahahahaha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...