Pada suatu hari, ketika sedang berbaring (menunggu) di atas hammock di belakang rumah yang terletak di sebuah kampung di negeri perak.. diwaktu pagi selepas sarapan pagi.. terpandang akan seekor burung hinggap membersihkan diri. Sepantas kilat dan dengan penuh kesopanan kamera dihalakan kearah objek bernama burung kelicap mayang kelapa. Alhamdullillah.. dapat sekeping dua gambar untuk kenangan dan bahan untuk diletakkan di dalam blog.
Sebenarnya, saya tak berapa pasti dengan nama burung ini. Tetapi berdasarkan carian di google, hasilnya adalah burung kelicap mayang kelapa. Ini adalah berdasarkan kesamaan pada bentuk dan warna paruh; bentuk ekor; bentuk kaki dan warna kaki serta warna kuning pada bahagian bawah badan. Yang menjadi kemuskilan saya adalah warna pada sayap dan atas badan, kebanyakkn carian yang saya perolehi bahagian atas dan sayap burung kelicap mayang kelapa ini adalah berwarna hitam kebiruan serta berkilat. Sedangkan spesis yang saya jumpa ini berwarna hitam coklat. Adakah ia adalah perbezaan diantara burung jantan dan burung betina? Jika saya salah, harap sudi betulkan maklumat saya ini.
Burung Kelicap Mayang Kelapa (The Plain-throated Sunbird) ialah salah satu daripada spesis burung yang boleh di dapati di Malaysia. Nama saintifiknya Anthreptes malacensis. Source - wiki
Nota:
1. Saya pernah diberi tahu dulu...
2. Jika seseorang itu pakar tentang jenis2 burung, dengan mendengar kicauan burung pun dapat diketahui nama dan jenisnya.
3. Setiap manusia ada kelebihan masing-masing
4. Antara kita sedar atau tidak akan kelebihan kita
5. Gunakan kelebihan itu dengan sebaik-baiknya.