Mungkin anggapan si pencari pasal ini, jika dia berjumpa dan berberbincang pun, tiada tindakan sewajarnya akan diambil.Tapi jika tidak mencuba kita tidak mengetahuinya. Mungkin si pencari pasal ini mempunyai agenda duniawi mereka yang tersendiri, maka mereka cuba menangguk di air yang keruh. Dush!
Apa2 pun dalam setiap keadaan, si pencari pasal boleh memberikan kebaikan kepada kita (mood be positive), sebab jika tak kerana si pencari pasal kami mungkin tidak mengetahui akan kelemahan yang ada dalam produk kami. Kini saya telah mendapat iktibar agar lebih mengutamakan keselamatan dalam semua aspek walaupun pada subproduk yang saya pandang tidak penting dan pada produk-produk akan datang. Dengan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada si pencari pasal di atas lesson learned yang sungguh bermakna ini. (-_-)y
Robot mainan ini bukan si pencari pasal yang saya maksudkan.
Ini bukan saya yang bertopengkan robot.
Patung-patung ini disnap menggunakan kamera iPhone4 Zaida semasa meronda di Amcorp Mall, selepas tidak berjaya lulus peperiksaan yang kami duduki pada hari itu.
Nota:
1. Gembira bila ada orang cuba kaji dan cuba memanipulasi hasil kerja kita dan kawan2 kita.
2. Sekurang2nya ada orang yang maklum akan kepentingan hasil kerja kita
3. Sungguh rajin mereka mengkaji dan menggodam
4. Hanya jauhari mengenal manikam
5. Saya ok sebab saya seorang juruterengkas yang berjaya (mood be positive)
6. Next time saya pasti akan lulus setiap peperiksaan yang saya duduki.
7. Amin
8. Mood be positive