Gloriosa superba
Family : Liliaceae
Local Name : Bunga kembang songsang , Climbing Lily
Bunga Kembang Songsang merupakan sejenis lili yan memanjat sehingga setinggi 2.5 meter. Daunnya berbentuk lanseolat dan terdapat dihujungnya sulur paut yang digunakan untuk memanjat. Bunganya unik dan sangat menarik dengan kelopaknya yang berbentuk runcing, berombak-ombak di tepinya dan berwarna kuning dan merah. Semasa kembang, segmen petalnya keluar songsang dengan pistil dan stamen yang melintang. Bunganya merah dan kuning-bata yang terang, menonjol disebabkan kelopak yang jelas kelihatan, seperti (Turk’s cap lily). Pokok ini mempunyai ubi yang beracun.
Pokok lili ini sering ditanam di taman-taman persendirian kerana keindahan dan keunikan bunganya. Oleh sebab segmen petalnya keluar songsang, masyarakat Melayu memanggilnya Bunga Kembang Sonsang.
Pokok Bunga Kembang Songsang adalah tumbuhan berubi berdaun lebat sepanjang masa, sesuai dengan cuaca monson dengan musim panas kering dalam keadaan pendam.
Gloriosa adalah genus bagi lima spesies tumbuhan famili Colchicaceae, yang berasal dari Asia tropika dan Afrika. Pokok ini merupakan pokok kebangsaan Zimbabwe, dan Rhodesia.
Mak bungaOren kata nama bunga ini adalah bunga sangkar telur. Terjumpa pokok bunga ini ketika menziarahi kampung saudara-mara. Kami bawa pulang lebih kurang 1 meter panjang batang pokok ini untuk ditanam. Namun mungkin keadaan tidak sesuai maka pokok itu belum sudi untuk tumbuh dirumah kami.
Nota:
1. Selamat bercuti (-_-)y
Nama bunga nie sangkat telur ekk.. 1st time dgr ;)
ReplyDeleteiina
ReplyDeleteItu panggilan di kampung saya, biasanya orang panggil bunga kembang songsang.
kembang songsang?...hehee...dia kembang terbalik la tu yer...ni k.emy ada tanam kat umah ker...
ReplyDeleteNew Post: Trafalgar Square, London