Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Tuesday, June 07, 2011

Digigit pacat


Sejak akhir-akhir ini hujan jarang turun.Musim kemarau mungkin? Or musim hujan jarang turun. Sebab dah lama sungguh hujan tak turun dan tanah kering. Kalaupun turun, sekejap. Pokok ditanam pun sering kering, kena rajin siram. Dalam keadaan yang sering panas dan kering, kita sering diingatkan untuk kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air.

Baru-baru ini balik kampung dan singgah ke kebun. Cadangnya untuk snap sekeping dua gambar lalang dan rumput dan semak. Tak lama dapat berada dikebun kerana gangguan anak-anak nyamuk yang sering menyanyi2kan lagu mahu pulang ke rumah telah mengganggu deria pendengaran si bungaOren ini.

Tiba dikereta, si bungaOren merasa ada sesuatu di pelipat belakang lutut. Gatal. Ada objek lembut dijari bungaOren dek mengaru ditempat gatal itu dan dikenalpasti sebagai pacat. Euuuwwww.... geli sungguh. Terus dicampak pacat itu dengan susah payah jauh daripada tempat kami berdiri.

Si bungaOren terlupa nak snap gambar pacat itu.  Pacat memang ketakutan si bungaOren.

Nota:
1. Jika kita melihat diri kita tinggi dari orang lain. Itu 'tingggi hati'..
2. 'Tinggi diri' seerti dengan 'bongkak'. Tidak disukai Allah
3. Jika kita sering melihat diri lebih rendah dari orang lain. Itu dipanggil 'rendah diri'.
4. Terlalu 'Rendah diri' dinamakan 'kufur nikmat'. Juga tidak disukai Allah.
5. 'Bersederhanalah' kerana itu yang paling baik.
6. Ada 2 kesan gigitan pacat di belakang pelipat si bungaOren
7. Bergarulah si bungaOren dua tiga menjak ini.
8. Kesan gigitan pacat memang gatal.
9. Pengajarannya, jangan disangka tanah yang kering tiada pacat.

4 comments:

  1. saya memang rendah pong... hehehe

    ReplyDelete
  2. saya amat suka gambar cik bungaoren yang ada blur (bokeh) yg amat hebat tu...ajarkan...

    ReplyDelete
  3. kesian pacat itu terkejut dan tercampak jauh!!!

    ReplyDelete
  4. mesti bahagia pacat tuh dapat isap darah time tanah kering nie hehehe ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...