Semalam bungaOren and the 'gang' pegi ke Pusat Belia Desa Pandan. Dengan tujuan untuk membuang lemak-lemak tepu yang meliputi abdomen perut ini seperti kebanyakan masyarakat majmuk di sekeliling kita.
Jumlah lemak yang bungaOren buang berharga RM4! Tak tau la seberat mana lemak yang berjaya terbuang. Yang penting bayaran masuk ke sana adalah RM4.
Dengan teknik sapa cepat dan pantas dapat la guna peralatan-peralatan gym di Pusat Belia itu. Mujur masing-masing faham dan saling bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja yang nak kurus dan sihat.
Nota:
1. Kurus dan tidak kurus itu adalah hak individu.
2. Yang penting masing-masing kena jaga kesihatan.
3. Badan sihat otak cergas.
4. Kesihatan iman kena jaga juga.
5. Jagalah makanan rohani dan jasmani kita.
bila nk join korang berjasmani ni..
ReplyDeletesuka ini --> "Kesihatan iman kena jaga juga" & "Jagalah makanan rohani dan jasmani kita"
ReplyDeletemesej terbaik.
jangan kurus-kurus tak seksi.. biar gebu.. menarik... hihihi
ReplyDeletedah berapa kali pergi....
ReplyDelete:)