Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Monday, April 30, 2012

Bulan setengah


Indahnya ciptaan Allah, bulan separuh yang cantik, malam dimana bintang-bintang berkelipan.- 28 April 2012, 9 malam

Nota:
1. Berfikirlah dengan matang
2. Jangan hanya pandang sebelah mata dan pekakkan sebelah telinga
3. Berfikirlah lebih ke depan.
4. Semua orang mahukan kebaikan kepada semua orang.
5. Semua orang yang melihat akan menilai.
6. Tapi adakah semua orang tahu menilai dengan cara yang betul?
7. Sesungguhnya hanya Allah sebaik2 penilai.
8. Ingatlah kebaikkan tidak datang dengan bergolek2
9. Berfikir dan bertindak dengan bijak dan positif.

Wednesday, April 25, 2012

Cili potong


Baki cili potong yang tidak habis dimakan dijadikan hiasan kepada pinggan yang kosong.

Nota:
1. Jarang order cili potong jika makan diluar.
2. Kalau ada akan dimakan (sedikit), kalau tiada tidak mengapa, makan seadanya.
3. Macam la rajin makan diluar kan.
4. Hari ini dan esok ada training 'Technical Writing'
5. Semoga kami mendapat ilmu yang bermanfaat. 
6. Amin3x

Monday, April 23, 2012

Bunga Melur : Star Jasmine


Ini adalah bunga melur jenis Star Jasmine.  (Nampak macam bentuk bintang kan?)


Nama saintifiknya jasminum multiflorum (Bintang, bintang dan bintang)


Gugusan bintang

Bunga melur juga dikenali dengan nama bunga Jasmin atau bunga Melati. Kebanyakkan spesis bunga melur berwarna putih. Perbezaan antara spesis bunga melur ini adalah dari segi bentuk dan bau.

Pokok bunga melur merupakan pokok jenis belukar renek dan ia juga dikatakan pokok yang jenis merayap dan menjalar. Pokok melur ini mempunyai kira-kia 200 jenis dan boleh didapati dikawasan tropika dan beriklim panas. Pokok ini hidup membesar dalam keadaan menjalar pada pokok-pokok lain atau pada sesuatu bahan yang ia boleh berpaut. - wiki

Nota:
1. Baru tau bunga ini juga adalah sejenis bunga melur.
2. Nak bagi tau, saya tak suka minum air teh bunga melur (-_-)y
3. Citarasa kita berbeza.

Friday, April 20, 2012

Gelas hampir penuh


Saya kata gelas ini hampir penuh. Tapi kalau ada yang kata gelas itu belum penuh, itu pilihan anda. (Tengah-tengah hujung bulan, boleh pulak tawakal makan kat clubhouse! huhuhu)

Kadang-kadang, kita akan diajukan soalan berkenaan dengan air di dalam gelas, sama ada gelas itu separuh penuh atau separuh kosong? Jawapan kita sebenarnya menunjukkan sudut pandangan kita terhadap sesuatu.

Secara  psikologi .. jika jawapan kita adalah "separuh penuh" maka jawapan kita itu menggambarkan kita seorang yang berfikiran positif. If there's a will there's a way. Kita akan menggunakan seluruh keupayaan yang ada untuk berjaya. Berlainan pula jika jawapan kita adalah "separuh kosong", ia menggambarkan kita seorang yang berfikiran negatif. Kita akan sentiasa menggunakan seluruh kelemahan yang ada untuk tidak berjaya. Anda yang mana? Pilihan ditangan anda. (-_*)y

Nota:
1. Saya akan jawab "separuh penuh" (sebab saya kan dah dapat jawapan bocor.. hehehehe)
2. Psst! gambar-gambar tangkapan saya dah dapat lesen untuk dijual. (Yeay.. Alhamdullillah..)
3. Serius susah nak lepaskan diri untuk diterima. (Yang lepas ini pun adalah percubaan kali ke5!)
4. Mujur ada kawan2 sudi memberikan ilmu mereka kepada saya! (Thanks wei!!!)
5. Ramai yang lepas sebenarnya pada percubaan kali pertama (Mungkin saya tak banyak ilmu macam depa)
6. Rezeki saya mungkin tidak secepat mereka atau anda, yang pastinya rezeki saya pasti ada!
7. Saya sangat yakin dan bersyukur dengan rezeki yang saya akan terima dan telah terima.
8. Keduanya, tak payah cerita la, panjang pulak entry kali ini. (Ni pun dah panjang!)
9. Entry ini adalah sinambungan daripada entry ini 1st submission2nd submission4th submission dan  semangkuk taugeh
10. Terima kasih lah kerana sudi membaca sehingga ke nota #10


Tuesday, April 17, 2012

Intai peluang


Kaisah, mengintai dari celah seat depan kereta.

Mengintai peluang yang terbentang luas. Antara mahu atau malu atau malas. Semuanya terpulang kepada diri yang mengintai.

Saya tersalah jawab soalan semalam yang sepatutnya sangat senang dijawab, kena perbaiki kelemahan diri, kena tambah ilmu, kena mula buka buku dan mula menghafal dan memahami.

Nota:
1. Kalau itu rezeki saya, alhamdullilah, kena tambah lagi ilmu di dada.
2. Kalau ia rezeki orang lain, alhamdullillah, pasti ada hikmahnya.
3. Kalau bukan rezeki saya, maka saya kena cari ilmu mencari rezeki yang lain, yang lain sedikit caranya.
4. Tinggi sungguh rasanya maksud ayat nota #3
5. Tak perlu faham, kalau susah nak faham.
6. Sila jangan buang masa anda. (-_-)y


Saturday, April 14, 2012

Budak comot


Saya comot ke? Tapi ada orang kata saya comel.

Nota:
1. "Takkan la aku dah jatuh cinta ?"
2. "Takkan aku suka kat dia sebab dia pilot?"
3. "Alah lupakan sajalah.." - Alaaaa...
4. Tiba2 rasa nak mengorat pilot.
5. Pilot tu mesti nama dia Omar tau.. dan dia mesti hensem.
6. "Tapi saya keje kilang je" - dulu ler.. dulu ok..
7. Itu dialog cerita "Landasan Cinta" ler
8. Tapi saya layan la cerita tu.

Thursday, April 12, 2012

Banyakkan bersabar



Tidak meletakkan sesuatu pada tempat yang sepatutnya adalah perlakuan yang kejam. Setiap perkataan yang kita ucapkan melambangkan peribadi kita, tidak kira di mana jua kita menulis atau mengucapkannya.

Nota:
1. Pagi tadi mood ok
2. Lepas pagi, dah jadi tak ok
3. Ya Allah, kurniakan aku kekuatan dan kesabaran!
4. Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
5. Jangan risau kawan2.. saya masih belum dihentam sehingga bertekuk lutut.
6. DAN saya masih mampu tersenyum dan tidur dengan tenang
7. Jom jadi B+ semula!

Wednesday, April 11, 2012

Tudung pinjam


Kaisah, si budak comel, bergaya dengan tudung yang dipinjam daripada maklongnya.

Nota:
1. Hari ini hari rabu, cuti sempena hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong - Tuanku Abdul Halim
2. Ke Melaka, hantar anak sedara kepada mak ayah mereka semula sambil re-tour Banda Hilir
3. Harap tak ramai orang! Selamat bercuti..
4. Ada yang komen tiada gambar pasu dalam entry Bunga dalam pasu
5. 'Maafkan saya' (baca dengan nada nabil @ detektif conan) hihihihi
6. Bunga itu terlalu besar, sehingga menutup objek yang bernama pasu. (-_-)y

Monday, April 09, 2012

Bunga dalam pasu



Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga, melainkan adakalanya disirami dengan airmata dan juga darah - Twitter - Santapan Minda

Nota:
1. Saya cuti hari ini
2. Layan The Tangled dengan anak2 nyamuk
3. Layan The Princess & The Frog kemudiannye
4. Tah dah berapa puluh kali la terpaksa layan derang tengok cerita2 itu
5. Setiap kali datang rumah, mesti anak-anak nyamuk request dua cerita itu.
6. Tapi bungaOren selalu layannnn tengok movie itu juga..

Thursday, April 05, 2012

Daun Pudina



Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.

Sumber: wiki

Nota:
1. Itu gambar daun pudina itu diambil semasa bulan January 2012
2. Nampak segar pokok daun pudina itu.
3. Sekarang dah bulan April 2012
4. Semalam jenguk pokok pudina, macam kering sedikit.
5. Pokok-pokok ni kita kena rajin siram!
6. Ya Allah, kurniakan aku kerajinan yang berpanjangan.
7. Amin3x
8. Kadang2 saya petik daun pudina, basuh dan kunyah begitu sahaja.

Wednesday, April 04, 2012

Lalu depan KLCC



Gambar KLCC ini tidak sharp! Bergoyang! Maklumlah, snap sambil lalu semasa kereta yang dipandu kawan sedang bergerak kurang laju ketika melintasi KLCC


Tidak sharp juga, snap masa kawan tengah drive juga.

Nota:
1. Tiada nota
2. Banyak keje nak kena siap cepat nih.
3. Harap esok boleh buat karangan.
4. Kami tak pegi site untuk minggu ini dan minggu akan datang (mungkin)
5. Layan dulu gambar KLCC minggu lepas dan minggu lepas sebelum minggu lepas yer.
6. (-_-)y

Tuesday, April 03, 2012

Lorong yang indah


Lorong di Bir Ali yang lurus, kosong tapi terasa sangat cantik dan tenang. Rasa nak lepak sini sambil ambil gambar berkeping2 lagi.


Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (AlFatihah:6-7)


Two things define your Success in life, The way you manage when you have nothing & the way you behave when you have everything - Twitter

Nota:
1. Untuk menguruskan kita kena tahu apa yang perlu diuruskan.
2. Semalam, dapat balik title setia-berusaha, pahit untuk diteruskan, tapi kerja yang tertangguh perlu dihabiskan.
3. Ada 3 hari untuk diselesaikan proses membaca semula dan mengarang semula perkataan.
4. Semoga yang tinggal sentiasa bersemangat berusaha bersama.
5. All the best!

Monday, April 02, 2012

Rama-rama dalam kebun







Everytime you smile at someone, it is an action of love, a gift to that person, a beautiful thing. Jadilah rumput nan lemah lembut, tak luruh dipukul ribut.. Bagai karang di dasar lautan, tak terusik dilanda badai.
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya - Hamka Love is like a plant. It keeps on growing and growing but, if you stop caring for it, it slowly dies. Aku minta kpd ALLAH setangkai bunga segar, diberi tangkai berduri.. Aku minta rama-rama ,diberi ulat berbulu, aku sedih & kecewa. Namun kemudian, tangkai itu berbunga, indah sekali. Dan ulat itupun menjadi rama-rama yg cantik. Itulah jalan Allah, indah pada masanya!! ♥ - from twitter

Nota:
1. Kebelakangan ini, saya rajin merangkap suka (addicted) baca twitter
2. Jadi Silent Reader (sahaja). 
3. Cuma subscribe pada mana2 pem'post' twitter yang memberikan kata2 semangat dan twitt yang positive.
4. Tengah fine tune, mind dan environment
5. Semalam, berjaya rearrange meja tulis di rumah.
6. Semalam, berjaya buang sedikit barang2 yang menyemakkan rumah
7. Akan ada pembuangan lagi minggu ini dan seterusnya
8. Kata nak buat konsep minimalis rustik tradisional (rasa macam poyos, tapi harap jadik kenyataan)
9. Makanya, berbelanja mengikut kemampuan (pasti)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...