Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Saturday, December 31, 2011

31December 2011

Hari ini adalah terakhir bagi tahun 2011, banyak perkara yang terjadi pada sekitar tahun 2011 suka duka pahit manis gembira semua bercampur baur. Semua peristiwa kejadian tragedi akan menjadi kenangan terindah dan pengajaran yang berguna dimasa hadapan.




Nota:
1. Hidup penuh cabaran
2. Hidup penuh keseronokan
3. Rakam kenangan kejadian tragedi dalam minda sebagai pedoman
4. Hadapi dengan senyuman
5. Kerana pasti ada hikmah disebalik setiap peristiwa

Thursday, December 22, 2011

Naik LRT ke pejabat

Jika jarak rumah dan pejabat adalah ketara jauhnya, maka sebaiknya naiklah kenderaan awam seperti LRT, bas ataupun Komuter. 

Kebaikan naik kenderaan awam ke pejabat adalah. 
#1Boleh tengok gelagat orang keluar masuk LRT, Bas atau Komuter. 
#2 Boleh jimat duit minyak dan tol . 
#3 Boleh tidur disepanjang perjalanan. 
#4 Tak sakit  / lenguh lutut tekan minyak



Nota:
1. Tiada LRT terus dari ShahAlam ke KualaLumpur.
2. Tol jimat dari ShahAlam ke KualaLumpur (Federal Highway) selalu jam!
3. Alangkah bagusnya jika ada LRT di ShahAlam.

Wednesday, December 21, 2011

Dinner nasi lemak

 Nasi lemak yang biasa-biasa bagi saya.

Paru goreng berempah yang sedap

Nota:
1. Semalam kami stayback di pejabat
2. Pesan pada seorang kawan, nasi lemak bungkus area Keramat for dinner
3. Sedap? Sambalnya bukan citarasa saya.
4. Tapi paru goreng berempah itu sedap.
5. Burps! Alhamdullillah.

Monday, December 19, 2011

Takut senyum

Dulu saya ada penyakit takut senyum. Perasan kalau saya senyum  kat seseorang, orang itu akan ikut balik rumah (tragis). Sebenarnya kalau kita tahu kebaikan senyum, tentu kita akan sentiasa senyum tanpa memikirkan siapa yang akan terima senyuman kita itu. Senyuman yang ikhlas adalah sedekah, kerana mungkin dengan senyuman kita boleh mengembirakan orang lain.

Senyum! Tak perlu kata apa-apa.

Nota:
1. Susah nak snap gambar budak bushuk ni tersenyum.
2. Walaupun selalu diagah dan dia akan sentiasa tersenyum.
3. Namun jika didepan kamera dia gugup - kununnya

Sunday, December 18, 2011

Minggu #50, 2011

Here's a few highlighs of the week.. (tiru blogger sebelah meja bernama Eyan - dia tiru sapa saya tak tau hehehe)

1. Menukar rupa - Telah menukar sedikit rupa interface bungaOren.blogspot dan telah berjaya menghasut beberapa orang rakan sepejabat untuk menukar interface blog mereka juga.

2. Percubaan ke4 - Gagal!  - Telah mencuba beberapa kali menghantar gambar untuk direview. Namun percubaan saya masih gagal. Walaupun saya perasan yang gambar yang saya telah ambil itu cantik, namun sebenarnya masih belum memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. Sungguh susah kurasa. Namun semangat masih belum hilang insyaAllah. Doakan saya kawan2. (-_-)y

3. Hasil kerja digodam! - Kecut perut bila mendapat panggilan berkenaan kegodaman yang telah dilakukan oleh pihak yang kurang bertanggungjawab. Takut bercampur gembira. Pengodam buat apa yang mereka perlu dan boleh buat. Kami juga perlu buat apa yang kami perlu dan cuba buat. Masing-masing perlu laksanakan tanggungjawab masing2.

Mana nak lari, mana kau nak sembunyi?

Senyumlah budak buchuk!

Nota:
1. Lari dari masalah bukan cara menyelesaikan masalah
2. Hadapi masalah tersebut dengan tenang dan dengan senyuman pasti akan ada penyelesaiannya
3. Dalam apapun situasi, kita kena sentiasa bertenang.
4. Pemikiran yang tenang insyaAllah akan menghasilkan keputusan yang lebih rasional
5. Kemarahan akan mendatangan banyak keburukan daripada kebaikan.

Friday, December 16, 2011

Baca label sebelum beli

Zaman sekarang ini kebanyakkan benda - barang - produk boleh didapati dengan mudah di mana sahaja seperti di pasaraya, supermarket, mini market malah di kedai-kedai runcit. Sesiapa yang menjaga dirinya, agamanya, keluarganya mesti menjaga makanan yang masuk ke dalam badannya. Sentiasa kena berhati-hati menjaga apa yang dimakan.

Nak cakap banyak saya pun bukan pakar bidang makanan. Cuma sebagai orang kebanyakkan saya ingin mengingati diri sendiri dan pembaca entry ini supaya sentiasa beringat.

1. Bacalah label sebelum membeli sesuatu barangan seperti lihat pada tarikh luput. 2. Pastikan tanda halal yang tulen. 3. Selain daripada itu baca dan fahami isi kandungan bahan yang digunakan dalam produk yang kita ingin beli. 4. Jika ragu-ragu @ was-was - dapatkan pendapat mereka yang arif. 5. Jika tidak penting, tak perlu beli produk tersebut. 6. Jangan membazirkan wang anda membeli perkara-perkara yang tidak perlu.

Contoh label #1 
 Contoh label #2
 Contoh label #3
Contoh label #4
Contoh label #5

Nota:
1. Kita ada tanggungjawab kita yang tersendiri.
2. Termasuk tanggungjawab sebagai orang islam, sebagai pekerja, sebagai orang awam
3. Dah tau ke nak tengok label ingredient kat mana?
4. Banyak contoh label - ingredient yang saya letak kat belog ni.
5. Tak perlu memanipulasikan entry orang lain!
6. Saya bukan menjaja produk.
7. Kita selalu kecewa bila produk yang tak sepatutnya dijual, dipasarkan tanpa sekatan.
8. Tapi kita jarang sekat makanan yang kita makan kat kedai masuk dalam perut kita
9. Confirm ke mereka menyediakan makanan mengunakan produk yang kita kecewa bila ia terlepas dijual.

Thursday, December 15, 2011

Si pencari pasal

Ada jenis orang yang memang suka mencari kesalahan orang. Lebih menyedihkan jika mereka ini suka mengwar-warkan kesalahan orang yang dikoreknya kepada khalayak ramai tanpa berjumpa dengan orang yang bermasalah untuk berbincang terlebih dahulu. Adalah lebih elok jika berjumpa dengan si bermasalah dan menyelesaikan dengan cara yang lebih matang.

Mungkin anggapan si pencari pasal ini, jika dia berjumpa dan berberbincang pun, tiada tindakan sewajarnya akan diambil.Tapi jika tidak mencuba kita tidak mengetahuinya. Mungkin si pencari pasal ini mempunyai agenda duniawi mereka yang tersendiri, maka mereka cuba menangguk di air yang keruh. Dush!

Apa2 pun dalam setiap keadaan, si pencari pasal boleh memberikan kebaikan kepada kita (mood be positive), sebab jika tak kerana si pencari pasal kami mungkin tidak mengetahui akan kelemahan yang ada dalam produk kami. Kini saya telah mendapat iktibar agar lebih mengutamakan keselamatan dalam semua aspek walaupun pada subproduk yang saya pandang tidak penting dan pada produk-produk akan datang. Dengan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada si pencari pasal di atas lesson learned yang sungguh bermakna ini. (-_-)y


Robot mainan ini bukan si pencari pasal yang saya maksudkan.

Ini bukan saya yang bertopengkan robot. 

Patung-patung ini disnap menggunakan kamera iPhone4 Zaida semasa meronda di Amcorp Mall, selepas tidak berjaya lulus peperiksaan yang kami duduki pada hari itu.


Nota:
1. Gembira bila ada orang cuba kaji dan cuba memanipulasi hasil kerja kita dan kawan2 kita.
2. Sekurang2nya ada orang yang maklum akan kepentingan hasil kerja kita
3. Sungguh rajin mereka mengkaji dan menggodam
4. Hanya jauhari mengenal manikam
5. Saya ok sebab saya seorang juruterengkas yang berjaya (mood be positive)
6. Next time saya pasti akan lulus setiap peperiksaan yang saya duduki.
7. Amin
8. Mood be positive

Wednesday, December 14, 2011

Sarapan nasi lemak



Nota:
1. Thanks Aina tolong belikan nasi lemak sarapan saya hari ini.
2. Thanks Aqila sebab tolong belikan tiket parking hari ini.
3. Thanks Iera sebab selalu tolong belikan tiket parking.
4. Amaran! Hari ini Eyan jadi bos!
5. Saya tak kenal budak topex ni!

Tuesday, December 13, 2011

Bertukar sedikit

Tiba-tiba rasa nak buat perubahan pada interface blog bungaOren ini. Dah lama juga rasanya bungaOren tak buat perubahan. Manusia 'ini' cepat bosan. Walaupun tak banyak perubahan yang boleh dilihat dek mata kasar ini, tapi disebalik interface kosong putih ini, banyak perubahan dibelakang tabir yang telah dibuat. Harap dapat memberikan sedikit impak kepada kelancaran melarikan blogspot bungaOren ini.

Cuba check perubahan yang telah dibuat?



Nota:
1. Jumpa tak yang lainnyer antara 2 screen diatas?
2. Tak banyak yang beza pun, kan?
3. Header pun masih sama (Kalau nak tukar header mesti berjam-jam lagi masa diambil)
4. Shoutbox hilang pula masa proses pengubahan.
5. Harap dapat jumpa semula shoutbox yang lama itu.

Friday, December 09, 2011

TABBOULEH lulus semalam


Semalam kami-kami saya ambil periksa, tak habis belajar sendiri mungkin, maka tak boleh lulus. Kalau nak repeat periksa kena bayar rm600. Kalau nak repeat kena mula belajar semula betul-betul dari hari ini. Kalau nak repeat semula kena tahu bentuk soalan.

Kami saya salah study konsep soalan. Kalau  hanya nak ambil periksa PMR kenapa study subjek SPM kan? Dush!

Nota:
1. Tabbouleh adalah sejenis makanan rupanya.
2. Jumpa masa belek buku resepi kat kedai buku.
3. Celebrate ketidaklulusan periksa dengan masuk kedai buku ?
4. Percaya tak?
5. Jangan tak percaya!
6. 2 Jam kami lepak dalam kedai buku dan saya berjaya beli 1 buku.
7. Sekian! (-_-)y

Wednesday, December 07, 2011

DUA daripada LIMA orang dewasa

Dua daripada lima orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes*

7 cara untuk mencapai berat badan unggul
1. Ketahui Indeks Jisim Tubuh (BMI) anda
2. Makan ikut keperluan
3. Makan sayur dan buah pada setiap waktu hidangan utama
4. Kurangkan makan makanan bergoreng dan berlemak
5. Tingkatkan tahap aktiviti fizikal anda - Amalkan 10,000 langkah setiap hari
6. Percaya pada diri sendiri. Anda boleh melakukannya
7. Dapatkan sokongan daripada rakan dan keluarga

Obesiti dikaitkan dengan penyakit kronik yang mengancam nyawa seperti diabetes, penyakit jantung dan kanser.

Sayangi diri anda, kerana ramai yang sayangkan anda.
 




Surat khabar 2011, Kajian kementerian Kesihatan Malaysia ke3 tahun 2006 (la tapi), mungkin bilangan bertambah - mungkin telah berkurangan.

Nota:
1. Jom berjalan 10,000km sehari!
2. Berkata-kata lebih senang daripada berusaha melakukannya. (Setuju!)
3. Dari last-last-last-last-lat week tak g jogging2 pun!

Tuesday, December 06, 2011

Ganjaran ais cream

Jika kita sudah berhempas pulas bekerja, belajar ataupun berusaha akan sesuatu perkara, seharusnya kita perlu menghadiahkan diri sendiri dengan sesuatu hadiah, kecil atau besar, mahal atau murah tidak menjadi masalah, yang penting kita menghargai diri kita sendiri sebagai ganjaran atau upah atas segala usaha kita.

Belanja diri sendiri makan ice cream magnum classic juga adalah satu ganjaran kepada diri sendiri.

Espresi mata sudah membayangkan keceriaan makhluk Allah ini! 

Menikmati Aiscream!?? PM dia belanja ais cream rupanya! 

Sesekali belanja orang makan ais cream, boleh merapatkan silaturrahim. 

BungaOren pun kena tembias dibelanja diri sendiri makan aiscream Magnum Classic.

Nota:
1. Adakah anda menganjarankan diri anda?
2. Apakah yang menjadi batu pengukur yang menyebabkan anda akan memberi ganjaran kepada diri anda?
3. Apakah yang anda akan beli untuk diri anda sebagai ganjaran atas usaha anda?
4. Berikan ganjaran yang sepatutnya dan sebaiknya kepada diri anda.
5. Tapi! AWAS! Sila jangan membazir!

Monday, December 05, 2011

Buah Cermai



Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama garam atau pun dicicah sambal kicap, belacan, gula, dan cili potong. Sedap dimakan diwaktu petang di atas pangkin dibawah pokok nangka bersama tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Thursday, December 01, 2011

Angry bird

Angry bird dijumpai di kotak pameran Watson 

Screen shot, bukti first time main game angry bird online menggunakan google chrome.


Sejak dua menjak ini dimana-mana kita pergi kita akan nampak gambar angry birdkan. Angry bird ada pada beg sekolah, pada pensil, pada pemadam pensil, pada pensil case, ada bantal version angry bird juga.

Fenomena angry bird sekarang ini. Game angry bird dah lama keluar, tapi baru last week bungaOren mencuba permaianan tersebut. Kawan-kawan kata game angry bird ini membosankan. Tapi cubalah try sekali, mesti nak terus main (pengalaman sendiri kisahnyer hehehehe..)

Nota:
1. Cukup-cukuplah main game.
2. Bahagikan masa sebaiknya.
3. Jangan terjebak, bisa sebak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...