Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Sunday, October 30, 2011

Sambal Tumis Nenas





Resepi Sambal Tumis Nenas

Bahan-bahan
1. 10-20 biji cili kering (jika suka pedas letak lebih)
2. Sebiji bawang besar
3. 2 biji bawang kecil
4. Sebiji nenas
5. 5 ekor sotong sederhana besar / 250g udang
6. Garam dan gula secukup rasa
7. Semangkuk kecil air asam jawa
8. Belacan (secubit)

Cara-caranya
1. Blander bawang besar + cili kering + bawang putih + belacan
2. Tumis bahan yang telah diblander sehingga pecah minyak
3. Masukkan sesudu gula
4. Masukkan garam secukup rasa
5. Masukkan nenas
6. Masukkan sotong / udang
7. Masukkan air asam jawa
8. Tunggu sehingga masak
9. Hidangkan

Nota:
1. Selamat hari ahad






Friday, October 28, 2011

Tukang Masak






Mula2 nak bagi amaran supaya : Jangan gelak ok!

Baru-baru ini ada satu rancangan baru kat astro iaitu MasterChef Malaysia. Macam nak masuk masa mula-mula tau ada rancangan ni dulu, tapi alih-alih audition peserta sebenarnya telah dibuat sebelum bungaOren tahu akan kewujudan rancangan ini. Tapi kan jika tahu awal pun adakah bungaOren akan join? sebab bungaOren ni kadang-kadang boleh dikategorikan seorang yang anti-sosial. Malas nak keluar rumah @ lebih suka terperuk dirumah layan mop lantai.

Baru-baru ini masa tengok first episod Masterchef, bungaOren ada tercakap dekat mak bungaOren yang bungaOren teringin nak masuk rancangan nih (kunun perasan pandai masak ler kan).

Tanpa segan silu mak bungaOren gelakkan bungaOren. Dush!.. ingat anak dia tak pandai masak kot?

Yer la, masa mak bungaOren ada di rumah bungaOren or di rumah mak bungaOren sendiri, idak ler bungaOren nak tunjuk skill kan. Biar ler the real chef cook.

Nota:
1. Memang bungaOren rajin layan blog masakan mat minah saleh.
2. Kebanyakkan blog resepi derang ni backgroundnya kaler putih, simple dan kemas
3. Sebenarnya, suka tengok gambar masakan dan cara hidangan mereka yang cantik.
4. Kalau tengok gambar masakan yang cantik, adakah akan terserap ilmu masakan itu?
5. Ofcoz ler tidak terserap akan kepandaian itu kalau tak baca dan cuba resepi2 itu kan.
6. Namun bungaOren masih yakin dengan tempias-tempias yang boleh ditempias jika melihat blog2 resepi ini
7. Mungkin tak lah semahir dan sepandai pembuat pencuba resepi itu
6. Kita selalu dengar satu hadis ni yang ada kaitan dengan tempias-tempias

“Sesungguhnya berkawan dengan orang-orang yang soleh (orang-orang baik) dibandingkan dengan orang-orang jahat adalah seperti berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi berbanding dengan tukang besi. Maka berkawan dengan tukang penjual minyak wangi terkadang dia memakaikan kepadamu atau kamu mengikutnya atau mencium wanginya. Akan tetapi berkawan dengan tukang besi (peniup api) mungkin terbakar pakaianmu atau kau merasakan panasnya.” (Hadis Riwayat Muslim)


7. Peace (-_-)y hehehe...
8. Awas.. jangan memanipulasikan fakta!

Thursday, October 27, 2011

Asam Renda




Mak saya kata ini buah asam renda. Nampak macam buah anggur tapi rasanya sangat masam. Pokoknya berduri macam pokok limau purut. Buahnya boleh dia makan begitu sahaja atau pun dibuat sambal belacan

Nota:
1. Hadapi hidup dengan senyuman
2. Tadi dengar di Radio IKIM, isunya ' Kepayahan tidak seharusnya mematahkan semangat hidup'
3. Kepayah kesusahan adalah ujian.
4. Hidup mesti diteruskan dengan semangat juang yang tinggi.
5. Sabar dengan dugaan adalah jihad.
6. Dugaan adalah asam garam kehidupan yang menyedapkan usia kita didunia ini.

Tuesday, October 25, 2011

Dua tangan

Pertama sekali, saya bersyukur dikurniakan ALLAH dua tangan yang sihat dan sempurna kejadiannya, Alhamdullillah. Diberikan peluang dan ruang untuk hidup dibumi ALLAH yang luas ini. Dianugerahkan Akal dan minda yang sentiasa positif, InsyaAllah. Semoga kekal hinggah ke akhir hayat. Amin.

Beban kerja tak pernah surut. Ujian tak pernah lupa untuk singgah. Hadapi dengan senyuman. Kerana Allah masih sedia memberikan ujian yang termampu ditanggung insan kerdil ini.

Dua tangan seolah-olah tidak mencukupi. Namun bersyukurlah diri ini kerana masih dapat tidur dengan tenang dimalam hari.


Anak nyamuk #2 sedang melihat jauh nun disana tekun petani kerja.

Anak nyamuk #2 memfokuskan matanya ke arah kamera DSLR 
@
 photgrapher menekan butang snap apabila anak nyamuk memfokuskan matanya kearah kamera bagi menhasilkan pos yang menarik.

Nota:
1. Hai si jiwa2 yang sedang kacau
2. Kembalilah anda ke bumi yang nyata.
3. Kerana kita ada tugas untuk dilaksanakan demi kebaikan dunia dan akhirat.
4. Semalam, ada good news for me not indirectly kejayaan saya.
5. Kisahnya, seorang kawan yang sentiasa negatif telah mengeluarkan ungkapan untuk sentiasa menjadi positif.
6. Goal saya telah mengena.. walaupun bukan saya yang menjaringkannya.
7. Kejayaan bukan hanya mendapatkan gaji yang besar
8. Melihat orang berjaya menjadi positif pun kejayaan juga.

Sunday, October 23, 2011

Baja udang

Hari ini bungaOren berkesempatan ke pasar untuk membeli sedikit bahan-bahan untuk dimasak bekalan sehari dua. Balik dari pasar terus siang ikan dan perisi udang. Kemudian baru makan koew teow goreng hasil gorengan emak bungaOren.
(-_-)y

Sejak dua menjak ini, jika berkesempatan, perut ikan dan kulit udang, akan bungaOren tanam dalam pasu untuk dijadikan baja.

Udang kecil @ udang kertas yang dibeli bungaOren di pasar 

Kepala dan ekor udang yang bakal ditanam didalam pasu menjadi baja organik. 

Udang kertas yang telah siap dibuang kepala dan kulit ini sedap jika dibuat cucur udang

Kecoh pula rasanya, kisah ke pasar beli ikan dan udang pun hendak dibelogkan si bungaOren. Harap pembaca, tidak tafsirkan yang tersirat.

Niatnya, bungaOren nak bagi tahu kalau boleh guna semula bahan-bahan terbuang. Umum tahu yang perut ikan dan kepala udang boleh dijadikan baja. Tapi janganlah biarkan perut ikan dan kepala udang begitu saja diatas tanah.  Busuk kawasan rumah kita nanti.

Tanam perut ikan dan kepala udang didalam pasu bertanam kira-kira 2-3 inci dalam. Perut ikan dan kepala udang cepat @ akan mereput dan menjadi baja bagi tanaman-tanaman kita. InsyaAllah.

Nota:
1. Colourfull sungguh entry kali ini
2. Ada warna merah, hijau, biru dan kuning dan putih
3. Gigih sungguh bungaOren,
4. Tengah2 buang kepala udang boleh pula mencari kamera dan menangkap gambar
5. (-_-)y tiba2 idea datang da... Alhamdullillah.
6. Semoga ceria dihari ahad ini.

Monday, October 17, 2011

Lukis muka

bungaOren suka melukis. Tapi lukisan ini bukan bungaOren yang lukis. 

Lukisan dua orang muka kacang yang ceria

Lukisan melambangkan emosi sipelukis yang sedang gembira dan ceria.

Nota:
1. Saya suspek orang dalam entry dasar menyibuk dan entry depa sibuk yang lukis atas kertas minyak saya
2. Saya rasa suspekkan saya itu mengena
3. Kalau betul suspekkan saya maka merekalah yang merosakkan kertas minyak yang saya.
4. Mujur lukisan itu cute dan menceriakan maka saya maafkan
5. Hari ini saya masih sibuk dan menyibuk.
6. So.. enjoy the picture and the drawing.
7. Nanti saya kuis2 masa yang ada untuk buat entry yang lebih panjang.
8. (-_-)y

Saturday, October 15, 2011

Buah Mempelam




Mangga atau mempelam adalah nama sejenis buah, demikian pula nama pokoknya. Mangga termasuk ke dalam marga Mangifera, yang terdiri dari 35-40 anggota, dan suku Anacardiaceae. Nama ilmiahnya adalah Mangifera indica.

Pohon mempelam termasuk dalam kelompok arboreus, yaitu tumbuhan berkayu yang mempunyai tinggi batang lebih dari 5 m. Pokok mempelam boleh mencapai ketinggian 10-40 m.

Berasal dari sekitar perbatasan India dengan Burma, mangga telah menyebar ke Asia Tenggara sekurangnya semenjak 1500 tahun yang silam.


Sumber : http://id.wikipedia.org/wiki/Mangga
Nota:
1. Hari sabtu, biasanya orang bercuti berkelah beriadah dan berehat di rumah
2. Mungkin ada orang mencicah mempelam di beranda rumah.
3. Namun si bungaOren kena pergi kerja pula hari ini.
4. Harap2 lepas tengah bulan 12 keadaan menjadi normal
5. Iaitu tidak perlu bekerja pada setiap sabtu ahad macam selalu.
6. (-_-)y
 

Friday, October 14, 2011

Harga diri

Tempurung kelapa selaluya tidak dihargai selepas diambil isinya. Dibakar dan dibuang begitu saja.
@ Bulan2 dan minggu2 dan hari2 yang kena berkerja sampai lebam.

Nota:
1. Setiap hari akan dengar radio sepanjang perjalanan yang lama ke tempat kerja.
2. Maka kena isi dengan siaran radio yang bermanfaat agar masa tidak dibuang begitu sahaja
3. Hari ini dengar tentang topik resmi padi
4. Makin berisi makin tunduk
5. Tapi yang paling menarik adalah kata-kata dari ustaz jemputan
6. Jangan risau jika kita tidak dihargai
7. Risaulah jika kita tidak berharga
8. Berapakah harga diri anda?
9. Anda yang tentukan.. bukan orang lain..
10. Ok.. siap satu entry..
11. Thanks sebab sudi baca (-_-)y

Thursday, October 13, 2011

Susun Kasut

Kasut yang tidak disusun cantik dan tidak kemas

 Selipar yang disusun kemas dan cantik.

Selipar untuk dijual sepatutnya disusun cantik bagi menarik perhatian pelanggan.

Nota:
1. Sedang cuba dan mencuba membuat entry dengan tidak menggunakan masa yang lama
2. Nearly 15minit diambil untuk cari gambar dan karang ayat simple ini
3. Dan kemudian post dan verify entry.
4. Ok, siap satu entry, maka kena sambung buat kerja lain yang dipanggil kerjaya.
5. Kalau sempat akan dicuba buat blogwalking.
6. So! Have a nice day korang2..

Wednesday, October 12, 2011

Lumba kerja


Nota:
1. Team Projek A banyak kerja
2. Team Projek B banyak kerja juga
3. Ahli dalam team Projek A dan team Projek B adalah orang yang sama
4. Maka banyak isu dan isu perlu ditangani
5. Semoga kita terus tabah dan berlumba-lumba siapkan kerja
6. Sapa kata tiada ikan lumba-lumba kat bukit merah?
7. Saya jumpa fridge magnet ikan lumba-lumba kat bukit merah. (-_-)y
8. Jom buat kerja.

Tuesday, October 11, 2011

Museum Restaurant

Jumaat lepas ada orang ajak kawan bungaOren makan di Museum Restaurant, Museum Restaurant ni terletak berdekatan dengan Masjid Negara.

Kawan bungaOren pun mengajak bungaOren dan kawan-kawan sepejabat kami makan free di Museum Restaurant. Dengan kata lebih sopan kawan kepada kawan bungaOren ajak kawan bungaOren dan kawan-kawan pejabat bungaOren makan di Museum Restaurant. Penat nak paham? (-_-)y Sengaja..

bungaOren makan kashkol @ Almond Pudding dengan Labanese Bread 

 kawan bungaOren makan Labanese Bread dengan Shorba Adas @ Lentil Soup

bungaOren mengulang makan Kashol sebab sedap. 

Ruang hidangan dessert.

 Kelihatan kawan bungaOren sedang mengucapkan terima kasih kepada kawan beliau yang menjemput kami makan di Museum Restaurant. Dengan ucapan nanti jemput kami lagi yer. (-_-)y
  
Pinggan nasi bungaOren sebelum dikosongkan oleh bungaOren sendiri.

Nota:
1. Gambar #1, #2, #3 dan #4 diatas diambil oleh bungaOren menggunakan kamera iPhone4 kak zaida
2. Gambar #5 dan #6  adalah menggunakan kamera sendiri.
3. Saya suka output gambar daripada kamera iPhone4.
4. Agak2nya bila saya boleh beli iPhone4?
5. Kawan bungaOren yang diajak oleh kawanya ialah Eyan
6. Kawan bungaOren yang turut diajak Ardina, AinaIera, Aqila dan Zaida
7. Mereka pun blogger jugak. Klik nama mereka untuk ke blog mereka. (-_-)y
8. Saya ada buat enrty lain berkenaan entry ini di blog kedua saya TelefonTangan
9. Gambar-gambar dalam belog kedua ini mostly gambar2 daripada camera handphone (currently Nokia E5)
10. Sekian, terima kasih

Thursday, October 06, 2011

Putik manggis






 Pokok manggis dibelakang rumah pakcik saya berputik lagi.

Nota:
1. Selamat sejahtera
2. Selamat hari khamis
3 Selamat untuk semua
4. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah di dunia dan diakhirat.
5. Amin


Wednesday, October 05, 2011

Lumut




Lumut ialah tumbuhan kecil dan lembut, biasanya 1–10 cm (0.4–4 in) panjang, walaupun beberapa spesies lebih besar. Lumut biasanya tumbuh dekat bersama dalam rumpun atau hamparan di tempat lembap atau teduh. Lumut tidak mempunyai bunga atau biji benih, dan daun ringkasnya meliputi batang kasar dan teguh. Pada masa tertentu lumut menghasilkan kapsul spora.
Terdapat kira-kira 12,000 spesies lumut diklasifikasikan dalam Bryophyta.
Sumber:  http://ms.wikipedia.org/wiki/Lumut



Nota:
1. Elakkan memperbesarkan perkara-perkara kecil
2. Elakkan memperbesarkan masalah-masalah kecil
3. Baiklah saya cuba amalkan!
4. Tapi!
5. Membesarkan benda-benda kecil adalah konsep Macro dalam fotografi
6. Dolu2 masa kecil bungaOren pernah tinggal di Kuarters Tentera Laut, Lumut, Perak
7. Tapi kejap sahaja, sekolah tadika pun tak sempat nak konvo.






Nota


Tuesday, October 04, 2011

Pola baju


Bagi penjahit-penjahit baju tidak profesional, perlulah buat pola baju pada kertas minyak dahulu sebelum dipotong kain yang ingin dibuat baju. Apabila pola kain / baju telah siap, maka tekapkan pola kain / baju yang hendak dipotong. Pinkan pola kain / baju pada kain yang hendak dipotong. Kemudian baru potong kain sebenar.

Apabila kita merancang sesuatu, rancanglah sebaiknya. Perancangan sebaiknya akan mengurangkan kesalahan yang mungkin timbul semasa pelaksanaan sesuatu pekerjaan.

Namun jika kita telah merancang dan masih banyak masalah yang timbul maka periksa diri kita atau persekitaran kita. Bersedialah untuk membuat perubahan. Jangan hanya melihat kuman diseberang laut, kerana mungkin gajah didepan mata kita lebih hensem untuk ditatapi. Atau mungkin kita perlu lihat pada diri kita sendiri yang perlu diubah.

Nota:
1. Berubah untuk kebaikan.
2. Tak guna mengubah orang yang tidak sedar yang mereka perlu berubah.
3. Jangan pula kita berubah menjadi seperti mereka yang tidak berubah.
4. Berfikir sebelum bertindak
5. Kerana tindakan kita akan dikira disana kelak. (mungkin)
6. Saya masih mencuba menjadi orang dan bukan batu.
7. Kadang2 saya tewas.

Sunday, October 02, 2011

Penerbangan pertama






Kali pertama bungaOren menaiki kapal terbang adalah pada Julai 2006 -  Air Asia. Rasanya kapal terbang yang kami naik pada hari itu adalah kapal terbang baru. Penerbangan tersebut adalah penerbangan dari LCCT ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Jika tidak kerana ajakkan kawan bungaOren untuk ke Kota Kinabalu, entah bila agaknya bungaOren dapat naik kapal terbang.

Sangat teruja ketika itu, maklumlah tak pernah naik kapal terbang, tambahan pula sahabat2 bungaOren bagi peluang kepada bungaOren untuk duduk diseat tepi tingkap (saya gayat sebenarnya - tapi pedulikan)

Kami ke Kota Kinabalu sebab
- Pertama sebab ada promosi tambang murah daripada Air Asia.
- Kedua sebab officemate sahabat bungaOren nak mendaki gunung kinabalu
- Ketiga sebab bungaOren nak ikut officemate sahabat bungaOren panjat gunung kinabalu

Nota:
1. Alhamdullilah penerbangan kami selamat sampai ke destinasi dengan selamat
2. Tahun ini tiada penerbangan bagi bungaOren
3. Harap tahun depan bungaOren dapat naik kapal terbang lagi
4. Sehari sebelum naik kapal terbang bungaOren beli kamera untuk dibawak ke Kota Kinabalu
5. Masa tu hanya mampu beli kamera compact Nikon s5
6. Kamera DSLR belum mampu dibeli lagi
7. Alhamdullillah dapat juga ambil gambar.

Saturday, October 01, 2011

Kotak milo


Nota:
1. Kejap lagi nak gerak balik kampung
2. Selalunya kalau mengantuk ketika memandu, bungaoren akan minum milo kotak.
3. Selamat bercuti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...