Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Friday, September 30, 2011

Dasar menyibuk

Semalam bungaOren diterjah oleh seorang ketuaGengster, she had some plan on her mind..

KetuaGengster: bungaOren, saya ada plan.
bungaOren: huhuhuhu.. apa plan awak ketua gengter?

KetuaGengster: Begini.. begini.. begini.. begitu.. begitu.. begitu...
bungaOren: Owwh.. begini dan begitu..

bungaOren: kalu kita tambah sedikit begitu dan begini boleh?
KetuaGengster: boleh.. yang penting kita sama2.. buat dan sepakat.. okeh?

bungaOren: okeh.. (-_-)y bila kita nak discuss dengan assistant2 ketua gengster?
KetuaGenster: Esok pagi2..


Seorang anak nyamuk masih sedang sibuk melukis diatas pola-pola baju yang akan cuba dilaksanakan oleh bungaOren.


Nota:
1. Ingatkan dah boleh relax dan focus on my job,
2. Dah dasar kerjanya banyak..
3. Mana la boleh relax.
4. Pura2 relax or act or berlakun relax mungkin boleh kot.
5. Sedang berusaha untuk merehatkan minda.
6. Sebenarnya ketuaGengster tu tak lah garang sangat
7. bungaOren lagi garang kot (-_-)y

Thursday, September 29, 2011

Depa sibuk

*Depa adalah perkataan dalam bahasa utara bermaksud 'mereka'

bungaOren sudah terasa bahang kesibukan. Bukan sebelum ini tidak sibuk merangkap tiada kerja. Cuba buat-buat lupa ada kerja kena buat. Bukan tak buat kerja, cuma dahulukan kerja-kerja yang menyesakkan kepala. Harap tak sakit tekak bertekak hari ini. (-_-)y


 Kelihatan seorang anak nyamuk sedang sibuk @ menyibuk menolong bungaOren mengukur kain.

Kelihatan, anak nyamuk #2 sedang cuba untuk turut serta menyibukkan diri menolong kakaknya yang menjadi penyibuk itu. (-_-)y

Nota:
1. Mereka kelihatan sibuk dan saya pun sibuk
2. Mereka Kami sibuk dengan kerja-kerja yang telah diamanahkan
3. Mereka Kami sibuk mencari tempat kerja baru
4. Mereka Kami sibuk mencari amanah baru
5. Ada jugak yang sibuk menyibukkan diri
6. Menyibuk mengganggu orang-orang yang sibuk
7. Semoga kita tergolong dalam golongan orang2 yang bersabar
8. Semoga kita tergolong dalam golongan yang beruntung
9. Amin.

Wednesday, September 28, 2011

Pokok nasi



Nota:
1. Lauk kami masa naik flight bus aeroline ke singapura.
2. Sedap juge
3. Lagipun saya lapar time itu.

Tuesday, September 27, 2011

Marina Bay

Pada suatu hari, kami dipelawa makan ke sebuah restoran,

BosMatSalehMereka: Do you have any halal food?
RestoranWaiter: Yes, we have fish, soft crab, chicken, and beef.

BosMatSalehMereka: What do you guys want?
Us: Fish & chips, soft crab.

BosMatSalehMereka: Chicken? Beef?
Us: Smile (-_-)y nope..

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Dua hari kemudian,

bungaOren: Kata nak bawak kami naik sky park!
Bos#2: Ok, kita pegi, tapi tempat tu anda semua sanggup pegi ke?

Us: hmm? kenapa tak sanggup plak?
Bos#2: Kat situ kawasan mencucuk langit la..

Us: hmm.. pegi tak cucuk lagi boleh tak?
Bos#2: Kita cuba.



Pemandangan Marina Bay Sand Singapore (Skypark) daripada Level33




 Pemandangan Marina Bay daripada Marina Bay Sand (SkyPark) - Gayat!!!


Nota:
1. Jika was-was atau ragu-ragu jangan makan.
2. Pakaian kami sungguh sopan (-_-)y
3. Alhamdullillah

Monday, September 26, 2011

Kereta merah

Lagu: Bapaku Pulang Dari Kota


Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh kubawa ke sekolah

Pon pon pon pon pon pon pon pon pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh kubawa ke rumah nenek



Seorang pelancong sedang meneliti peta bagi mengenalpasti lokasi sebenar kereta merah itu. (actually pelancong itu sedang mencari lokasi Masjid Al-Abrar, sebelum sesat lebih jauh.)

Nota:
1. Kereta mini cooper sapa lah ni.
2. Masa lintas jalan, nampak mini cooper merah ini.
3. Alih2 nampak lagi mini cooper merah yang sama
4. Ruper-rupernya memang ada lebih daripada 1 mini cooper warna merah dikawasan itu.
5. Convert / make-up kelisa kelabu jadi iras2 mini cooper kelabu pon okay juga kan.

Friday, September 23, 2011

Kering tekak

Kering tekak, sebab dok bercakap-cakap dan bercakap-cakap dengan kuat. Harap orang-orang yang terpaksa mendengar apa yang bungaOren cakapkan tadi faham apa yang bungaOren mahu sampaikan itu.

Seorang anak kecil kegembiraan selepas dimandikan oleh opahnya. (picture of anak nyamuk #4)

Nota:
1. Jika keputusan ujian sample makanan yang contravene akan dipulangkan kembali kepada agent.
2. Jika keputusan ujian sample yang tiada masalah akan dilupuskan sahaja oleh pihak makmal.
3. Curi-curi masa untuk hantar juga entry kali ini.
4. Mencuri itu berdosa
5. Berdosakah kalau mencuri masa sendiri?

Wednesday, September 21, 2011

Gerai Snack






 Nota:
1. Banyak restoran dan gerai makanan ringan di sana
2. Tapi kami dah makan sesiap sebelum ke sana
3. Kedekut?
4. Berjimat adalah perkataan yang lebih sesuai
5. Kata nak buang kalori (-_-)y


Tuesday, September 20, 2011

Bolos

Last2 week masa attend training, kami berjaya memboloskan diri keluar dan menterjah Universal Studio Singapore (USS). Penerjahan kami berdua ke Universal Studio dibekalkan dengan seorang sebiji laptop, 2 biji removal hdisk dan 2 biji kamera Lumix LX5.

Bayangkan kepenatan yang dialami selama 4jam mengendong laptop sekeliling kawasan. Namun tidak menjadi masalah, peluang itu kami guna sepenuhnya, dengan tema selagi bateri kamera tak habis, selagi itu kita akan keliling Universal Studio posing2 ambil gambar. Ko amik gambar aku, aku amik gambar ko.

Banyak tempat2 menarik yang terdapat disana antaranya


 Permainan yang menyeronokkan. Ada berani? Kami belum berani. (-_-)y

Far far Away

 Rumah si Shrek

Tak cukup syarat lawatan ke Universal Studio kalau tak posing depan Globe Universal Studio ini.

Patung dari filem The Mummy. Kami masing2 takut nak bergambar dengan mamat ni. Scary.

Main game untuk kanak2 sahaja, sebab masing2 takut try permainan yang bisa meninggalkan jantung dan bumi didataran.

Madagascar


The lost world : Jurasic Park, dan banyak lagi

Nota:
1. Ending, kepenatan tak terkata setibanya di hotel,
2. Dan mendapati kad hotel kami tidak boleh digunakan,
3. Dan penjaga kaunter kata selagi tak abis bayar, selagi tu tak boleh masuk bilik.
4. Maka kami tidur kepenatan dilobi hotel sambil menunggu 2orang lagi rakan sepejabat pulang mensetelkan bayaran.
5. Tak tau nak kata hepy ke tak hepy time itu
6. Sebab nak call 2orang rakan sepejabat tak boleh sebab takder roaming!
7. Maka sekali lagi kaedahnyer ialah tido dilobi kepenatan.

Friday, September 16, 2011

Putu Kacang





Bahan2nya
1 kg kacang hijau
1 kg gula halus

Cara2nya
1. Sangai (goreng) kacang hijau sehingga wangi dan masak
2. Tumbuk dan tampi kacang hijau bagi membuang kulitnya
3. Tumbuk / kisar kacang hijau yang telah dibuang kulitnya sehingga halus
4. Ayak kacang hijau yang telah ditumbuk halus
5. Ayak gula halus
6. Gaul kacang hijau dan gula halus yang telah diayak
7. Tempa / bentuk putu kacang dengan menggunakan acuan putu kacang
8. Jemur dibawah terik matahari selama beberapa hari

Nota:
1. Mak saya kata biasanya orang bancuh gula halus dengan air dan gaul bersama kacang hijau
2. Mak saya kata itu kalau orang dah expert.
3. Kalau masih belum expert baik jangan, nanti kuih boleh dijadikan balingan dinding
4. bungaOren tak suka sangat makan kuih putu kacang ini.
5. Dulu masa zaman remaja, bungaOren selalu kena tolong emak / opah tempa putu kacang ini
6. Tapi sekarang ni kuih putu kacang ditempah sahaja daripada orang kampung sebelah.
7. Yang penting kuih lama jangan dilupa
8. Tiada yang lama, tiadalah yang baru

Wednesday, September 14, 2011

Bunga durian

Pokok durian pakcik bungaOren yang kat belakang rumah itu berbunga lagi.




Nota:
1. Musim durian kat kampung akan bermula tak lama lagi.

Tuesday, September 13, 2011

Pelita Raya

Rasanya cuti raya kali ini pendek dan penat. Walaupun dah bercuti awal beberapa hari dari tarikh raya. Penat masak rendang dan makan rendang ketupat pun tak hilang lagi. Tambah dengan penat kenduri kahwin si sepupu bungaOren pun belum reda lagi. Patutnya bungaOren dah apply cuti untuk hari isnin tu. Tapi cuti itu terpaksa diganti pada hari yang lain nampak gayanya.

Si bungaOren dan 4 orang rakan sepejabat di kehendaki menghadiri training di Singapura pada hari isnin selepas raya itu. Orang kata rezeki jangan ditolakkan.

bungaOren dah pernah ke Singapura, masa kecik arwah ayah dah pernah bawak (tapi tak ingat apa2 la kan sebab kecik lagi pun masa tu.) Last 2 years pun dah pernah pergi dengan kawan-kawan, kunun2 melancong.

Pergi training mengejut, selepas raya lak tu.. Hai sipoket bersabarlah dan berjimatlah kamu




1. Ini bukan entry nak citer pasal kisah2 berjalan kaki sekitar kawasan training di Singapura sana.
2. Sempat lagi rasanya nak ucap Selamat Hari Raya kepada anda semua
3. Walaupun ramai dah stop pasang pelita minyak gas skrang ni.
4. Raya tahun depan kita start pasang pelita keliling rumah lagi yer
5. Saya nak ucapkan 'Selamat Hari Raya"
6. Saya nak minta maaf jika ada tersalah dan terkasar bahasa.
7. Saya nak minta maaf kalu ada terkata mengata
8. Sekian.

Thursday, September 01, 2011

Resepi Dodol

Tahun ini, telah wujud kerajinan dikalangan ahli dalam rumah untuk membuat dodol. Dodol selalunya dibuat jika ahli-ahli lelaki didalam rumah ramai dan cuti awal. Dodol dibuat sendiri dirumah lebih sedap. (-_-)y

Berikut disertakan bahan-bahan yang kami gunakan untuk membuat dodol.

Bahan2
1. 1 kilo pulut
2. 2 kilo gula melaka
3. 1 kilo gula putih
4. 8 biji kelapa (Santan kelapa)

Cara2
1. Pulut dimesin halus menjadi tepung dan diayak
2. Gula melaka dihiris halus
3. Asingkan santan menjadi 2 bahagian
4. Masak sebahagian santan didalam kuali
5. Gaulkan sebahagian lagi santan kelapa dengan tepung pulut yang telah diayak
6. Masukkan adunan santan dan tepung pulut kedalam kuali bersama santan yang telah dimasak
7. Masukkan gula melaka dan gula putih
8. Kacau sehingga menjadi dodol  (lebih kurang 5 jam)






Nota:
1. Raya ketiga baru berkesempatan membuka blog dan menaip entry.
2. Penat dan sibuk sungguh.
3. Penat mengemas mengemas dan mengemas.
4. Aktiviti memasak diserahkan kepada chef dan pembantu chef dirumah yang tidak dinafikan kepakarannya.
5. BungaOren ada juga menolong didapur
6. Namun dek kerana kerja2 mengemas dipandang sepi oleh orang ramai didalam rumah.
7. Maka terpaksa bungaOren memandang kerja2 mengemas dengan lebih serius lagi.




1.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...