Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Friday, August 26, 2011

Pulang beraya









Hari ini hari last day bekerja sebelum hari raya. Lagi beberapa hari kita akan menyambut Syawal. Sedih nak tinggalkan Ramadhan. Tapi mood nak kerja memang dah @ sangat berkurangan. Dengan kata lain mood kerja memang kena kejar. Boleh kejar ke? hmm.. (-_-)y

Nota:
1. Ramai yang dah bersiap2 untuk pulang beraya.
2. Bagi yang memandu, pandu berhati2
3. Jangan bawak kereta laju-laju melebihi had yang dibenarkan
4. Nikmati pemandangan indah disekitar anda.
5. Perhatikan pokok-pokok yang menghijau
6. Bagi yang menaiki kenderaan awam seperti bas, jangan tido sahaja dalam bas
7. Perhatikan pemandangan2 disekeliling anda
8. Cantik!
9. Semoga kita semua selamat pulang ke kampung halaman dengan selamat.

Wednesday, August 24, 2011

Terukir senyuman


Nota:
1. Senyumlah
2. Senyum itu sedekah

Tuesday, August 23, 2011

Benih Cinta


Benih cinta perlu ditanam dijaga, dibaja disiram, dan dibelai dengan penuh kasih sayang dan dengan ilmu. Kita tak tahu apa pengakhirannya. Jika kita bayangkan yang baik2, jika kita usaha yang baik2, insyaAllah baiklah pengakhiranya.

Semoga mendapat cinta sejati. Cinta kerana Allah Taala. Cinta yang membawa ke syurga. Cinta didunia hingga ke syurga.

Nota:
1. Tiada mood nak buat keje
2. Raya dah nak dekat (cepat sungguh masa berlalu)
3. Lagi berapa hari kita nak sambut lebaran.
4. Masih berbaki beberapa hari untuk kita pulun beramal ibadah dibulan Ramadhan ini
5. Masih tak cukup amalan yang dikumpul
6. Masih tiada mood untuk bekerja
7. Masih tak cukup amalam untuk akhirat
8. Bekerja dengan niat kerana Allah taala dikira sebagai pahala
9. Masih perlukan kekuatan dan mood untuk bekerja
10. Kerana duit tak datang bergolek2. (Eh lari tajuk!)
11. (-_-)y

Sunday, August 21, 2011

Bunga Api

Bunga api ialah sejenis peralatan yang dibina menggunakan bahan letupan lemah yang bertujuan sebagai estetik dan hiburan

Jika kita memanipulasikan dia dengan cara baik, bunga api mungkin tidak akan memudaratkan kita. Jika kita memanipulasikan bunga api menjadi satu objek yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita maka bunga api akan memudaratkan kita.

Namun kita mesti sentiasa berhati2 walau apa pun niat kita.









Nota:
1. Dulu kecik2 main bunga api sambil nyanyi2 keliling rumah
2. Lepas habis bunga api, kami main aci nyorok pula
3. Ada yang nyorok atas pokok, ada yang menyorok belakang reban ayam.
4. Tiba2 dengar ada orang sergah (arwah aki salah sorang daripadanya).
5. Marah sebab main kecoh2 keliling rumah ganggu orang kampung.
6. Alasannya takut kena sorok ngan hantu sorok.
7. Dulu2 masa kecik2 tak tau syaitan iblis kena ikat masa bulan puasa.
8. Dulu2 ramai sepupu2 senior yang meriah suasana (-_-)y
9. Ada lagi ke budak kecik sekarang buat perangai macam kita dulu2?

Thursday, August 18, 2011

Tingkap kayu


Seni tingkap kayu sememangnya cantik. Tambahan pula jika terdapat ukiran-ukiran kayu bermotifkan flora-flora alam semula jadi yang cantik ciptaan Allah.

Walaubagaimanapun tingkap kayu yang kosong tanpa sebarang ukiran juga cantik jika kita pandai menyesuaikannya dengan keadaan dan konsep rumah.

Selain daripada cantik, tingkap2 kayu ini boleh memberikan sistem pengudaraan yang baik untuk kediaman. Namun ia amat tidak sesuai jika dibuat dikawasan yang berdebu seperti dibandar besar. Tidak dapat dibayangkan jumlah debu yang bakal berjaya dikumpulkan. Ngeri.

Nota:
1. bungaOren sangat teruja jika ternampak rumah berkonsepkan moden tapi mempunyai tingkap kayu
2. Mengimpikan sebuah rumah konsepkan moden traditional
3. Harap impian menjadi kenyataan (InsyaAllah)
4. Kosnya mungkin mahal
5. Kerana harga kayu semakin mahal.
6. Kerana pokok2 semakin kurang
7. Kerana kerana kerana dan kerana
8. Maka saya menyeru anda semua.. selamatkan alam kita
9. Bermula dengan rajin2lah bercucuk tanam secara realiti
10. Bukan rajin berfarm ville secara maya
11. Tak keluarnye.. peluhnyer!

Terbaca sesuatu di sini http://www.senihias.com/v2/?p=398
Tema dan idea daripada Azhar Sulaiman memang seperti yang bungaOren impikan

Wednesday, August 17, 2011

Janji mereka



Nota:
1. Mereka berjanji dan berusaha.
2. Tapi mereka melambatkan janji dan usaha mengotakan janji.
3. Mereka melambatkan janji dengan sengaja?
4. Mereka melambatkan usaha dengan sengaja
5. Atau mereka berusaha melambatkan janji dengan sengaja.
6. Sahaja aku berkerja hari ini kerana Allah taala demi rezeki yang halal.
7. Amin.
8. Apa kata Aqilah dan Iera

Tuesday, August 16, 2011

Sudu Garfu


Sebaiknya makan menggunakan tangan. Tapi kalau makan makanan berkuah seperti sup, soto, mee kari, mee bandung takkan tak nak guna sudu dan garfu. Zalim namanya.

Kenapa Zalim?

Zalim kerana erti zalim adalah Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya sama ada mencabuli hak, mengabaikan tanggunjawab serta melanggar undang-undang syarak.


Nota:
1. Adakah anda terliur membaca perkataan seperti sup, soto, mee kari, mee bandung
2. Saya minta maaf jika ia mengganggu puasa anda.
3. (-_-)y 
4. Ingatkah anda?
5. Zalim adalah salah satu soalan dalam subjek Pendidikan Islam PMR.

Monday, August 15, 2011

Lakaran kehidupan

Di suatu petang yang tenang. Kelihatan seorang anak nyamuk sedang khusyuk melukis.

bungaOren: Lukis apa tu kakak?
Kakak#1: Kakak lukis hm... hmm.. hmm... (gayanya seolah2 sedang berfikir..)

bungaOren: Kakak lukis rumah ke?
Kakak#1: Hmm.. (sambil memukul halus dagunya dengan pensil seolah2 sedang berfikir juga.)

bungaOren: Hmm...

bungaOren ambil je la gambar kakak#1 sedang melukis itu.. mungkin boleh guna untuk entry blog nanti dan mungkin boleh ditunjukkan kepada anak nyamuk#1 bila dia dah besar nanti.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Di suatu pagi yang sibuk, kelihatan sibungaOren mencuri sedikit masanya membuat kerja untuk mengupdate blog. (Nakal!)

budakOfis#1: Eh.. Kakak#1 lukis apa tu?
bungaOren: ntah..

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -






Kita hanya merancang, melakar dan berusaha. Allah yang menentukan segalanya. Semoga ada kesudahan yang baik2 di dunia dan akhirat.

Nota:
1. Selalu doa, dimurahkan rezeki
2. Selalu dapat job2 task2 freelance..
3. Selalu malas nak buat freelance. hishhh...
4. Kuatkan azamku.. ya Allah..
5. Semoga dapat aku buat kerja2 pejabat dengan baik.
6. Semoga aku dapat buat kerja2 freelance juga tanpa mengganggu kerja2 pejabat.
7. Amin3x

Saturday, August 13, 2011

Buah tomato

Nama saintifik bagi Tomato  adalah Solanum lycopersicum, dulu Lycopersicon lycopersicum. Buah tomato merupakan sejenis sayuran.

Pokok tomato adalah sejenis pokok saka. Pokok saka adalah pokok yang boleh hidup melebihi 2 tahun.

Pokok tomato boleh mencapai ketinggian sehingga 3 meter dengan memaut pada pokok atau topang lain. Daun pokok tomato berbentuk pinat. Batang dan daun tomato agak berbulu. Bunga tomato berwarna kuning, dengan lima cuping bermata pada korola.

Buah tomato merupakan bahagian yang dimakan. Saiznya berbeza mengikut jenis. Warna buah tomato juga berbeza-beza, dengan warna merah yang paling popular.






Nota:
1. Hari itu bungaOren ke rumah makcik bungaOren untuk menghantar opah bungaOren.
2. Selalunya bungaOren akan terus ke pejabat.
3. Hari itu bungaOren nekad untuk lambat.
4. Sebab bungaOren dah memang lambat pun.
5. bungaOren nampak ada pokok tomato dah buah tomato yang sangat comel
6. bungaOren terus ambil kamera dah setting dan snap
7. Sekian saja kisah kenapa bungaOren lambat hari itu.


Friday, August 12, 2011

Semedang sesak

Setiap hari kad kedatangan bungaOren akan merah. Jarang2 la tak merah. Sangat jarang. Oleh kerana selalu lambat maka bungaOren akan delaykan sedikit keberangkatan balik bungaOren ke rumah. Sebab nak cukupkan jam bekerja sebanyak 8 jam sehari.

Memang jauh! Memang penat! Memang buang masa!

Bukan nak mengeluh. Bersyukur sebenarnya, kerana sejak akhir2 ni, bungaOren terRAJIN dengar siaran daripada radio IKIMfm. Maka sepanjang perjalanan bungaOren yang lama itu terisi dengan ilmu2 dan zikir2. Alhamdullillah. Cuma kadang2 (waktu petang - ada session untuk pengiklan - yang kurang bungaOren gemar. Tapi takper la mungkin itu source of income derang - tukar chanel kejap.. (-_-)y ).

Walaubagaimanapun! rasanya bungaOren masih perlukan perubahan.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Surah Ar-Ra'd (ayat 11)
 
 
 

 
Nota:
1. Berubah untuk kebaikan
2. Berubah untuk kesihatan
3. Berubah untuk berjaya
4. Berubah perlahan2 (mengikut kemampuan)
5. Cuma jangan tak berubah lansung
6. Punyalah teruk jammed, kenkadang tu selalunya.
7. Sampai bohsan tekan gear.
8. Sampai sempat keluarkan kamera dan setting kamera manually dan snap.
9. Hebatkan.. Sesak kan..

Wednesday, August 10, 2011

Tomato dalam petisejuk

Ahad lepas bungaOren kemas-kemas peti sejuk @ peti ais. Mentang-mentang peti ais dah besar sedikit daripada peti ais dahulu, semua benda nak sumbat.

BungaOren buang semua makanan (sambal, bubur, jem, paste) dalam bekas yang sudah agak expired keadaannya. Turut dijergah ruangan sayuran. BungaOren menjumpai 2 paket berasingan berisi tomata dengan kuantiti 7 biji tomato kesemuanya. Banyak sungguh tomato (sepatutnya ada 2-3 biji saja dalam peti ais bungaOren). Takkan nak buang kan tomato2 itu. Boleh juga dibuat tomyam sebagai hidangan berbuka.

Fakta Tomato :

Warna merah pada buah tomata adalah disebabkan oleh likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Dikatakan,  likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.

Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet.

Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tomato



Nota:
1. bungaOren ada terima sumbangan gambar dari kak Lizah
2. Gambar tomata dalam entry ini adalah daripada kak Lizah (thank you kak!) (-_-)y
3. bungaOren rasa kak liza rajin baca blog bungaOren yang tak seberapa ini (silent reader).
4. Jemput juga anda yang lain, rajin2lah datang ke blog bungaOren setiap hari.
5. InsyaAllah kalau berkesempatan bungaOren akan cuba selalu update blog
6. Susah nak selalu update sebenarnya.
7. bungaOren akan cuba, InsyaAllah.
8. Harap blog ini akan memberi sedikit manfaat kepada semua
9. Sekian, terima kasih.

Tuesday, August 09, 2011

Bugs Life



Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Tapi semalam bungaOren jumpa seekor kumbang ja kat kebun makcik bungaOren. Kebetulan pula ada kamera ditangan. Maka dengan itu bungaOren telah lambat ke pejabat.

Nota:
1. Tiba2 hari ini dapat buffer earning daripada nuffnang
2. First time dapat buffer earning.. kisahnya.
3. Sangat seronok dan teruja.
4. Dah bermacam2 usaha bungaOren buat. (by refering to banyak blog2)
5. Apa yang penting sabar.
6. Harap akan dapat lagi buffer earning selepas ini.
7. Sekian, terima kasih.

Sunday, August 07, 2011

Bunga hydrangea




'Hydrangea' mungkin kedengaran cukup asing bagi kita. Kebanyakkan kita mengenali bunga ini sebagai bunga tiga bulan atau juga dipanggil sebagai pokok bunga siti zubaidah. Spesies ini dikatakan berasal daripada negara Jepun. Namun ia boleh hidup dibanyak negara lain didunia dalam pelbagai iklim.

Hydrandea ditanam sejak sekian lama sebagai tumbuhan hiasan dalam taman dengan warna bunga yang berbeza-beza. Dikata warna nya boleh berubah-ubah berdasarkan kandungan kapur atau aluminium sulfat yang terdapat pada tanah kawasan pokok hydrandea ini ditanam. Tanah yang berasid akan menghasilkan bunga yang berwarna biru, manakala tanah yang beralkai akan menghasilkan bunga yang berwarna merah muda. Walaubagaimana pun hydrandea putih tidak akan bertukar warna.

sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_Tiga_Bulan
http://en.wikipedia.org/wiki/Hydrangea
Nota:
1. Formal sungguh!
2. (-_-)y
3. Mungkin ada yang tanya 'Mana contoh bunga 3bulan yang berwarna biru?'.
4. Mungkin bungaOren akan jawab 'Nanti2lah saya letak.'
5. Atau bungaOren jawab 'Kalau ada kesempatan saya snap dan tambah bunga ini yang berwarna biru pula'
6. Sebenarnya, tiada koleksi bunga 3bulan berwarna biru dalam simpanan hardisk bungaOren.

Friday, August 05, 2011

Pink Roses

Bunga mawar berwarna merah jambu membawa pelbagai makna, lambang mahupun simbol. Bunga mawar berwarna merah jambu boleh mambawa makna berterima kasih, kebahagiaan, kegembiraan, kelembutan, kepercayaan dan lain2.


Namun terdapat negative connotation terhadap mawar merah jambu. Contohnya di zaman Rome dulu2, mawar merah jambu melambang kesakitan, kesengsaraan dan kematian. Pulak. Sungguh bertentangan dengan connotation yang diberikan oleh masyarakat zaman ini.

Kita abaikan connotation2 itu!

Mawar merah jambu adalah kejadian ciptaan Allah yang cantik lagi indah. Harum baunya. Cantik warna dan bentuknya. Menjadi hiasan ditaman2. Namun sungguh susah menjaga pokok mawar ini. Hanya orang-orang tertentu yang boleh menanam dan menjaganya.

BungaOren pernah cuma menanamnya. Pernah hidup dan berbunga. Namun tak panjang umurnya. Apa-apapun kena banyak bersabar. Nanti bungaOren nak cuba tanam lagi bunga mawar ini.











Nota:
1. Keimanan tidak diwarisi.
2. Keimanan kena dibajai dengan amalan2. Abaikan takut ada yang tersalah fahaman.
3. Berdoalah kita diberikan keimanan.
4. Berdoalah kita supaya dikekalkan & ditambahkan keimanan kita kepadaNya
5. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah dunia akhirat.
6. Amin3x

Rukun iman 6 perkara.
1. Beriman kepada Allah.
2. Beriman kepada Malaikat2
3. Beriman kepada Kitab2
4. Beriman kepada Rasul2
5. Beriman kepada Hari Kiamat
6. Beriman kepada Qada dan Qadar

Sahabatku bercinta

Minggu lepas bungaOren dihubungi oleh seorang sahabat nun disana. Menceritakan kisah cintanya. Sungguh! sahabatku ini sedang dilambung perasaan itu.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - - - - - - - - - -

sahabat: cik abang aku ada kat shah alam ni. 'cik abang'.. uhuk uhuk..geli aku baca ayat sendiri..hahahha

bungaOren: hahaha.. cik abang dah...
sahabat: hahahha..tau tak pe.. aku sedang membiasakan diri la nih..

bungaOren: panggil dia abang dah ke?
sahabat: sedang mencuba hihihihi

bungaOren: (-_-)y .. congrate wei..
sahabat: nak muntah je rasa. sempena bday dia actually, aku dah mula guna panggilan tu dalam sms tapi dalam percakapan tak lagi

bungaOren: :P wah.. romentiknyer hadiah birhday dia..
sahabat: hahaha.. tapi aku tak tau la dia sedar tak benda tu

bungaOren: takkan dia tak perasan... mesti dia baca sambil senyum2 tu..
sahabat: hihihihi.. rasanya la..

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - - - - - - - - - -

sahabat: aku rasa aku nak nikah tahun ni gak la.. hahahha.. hmm.. cemana nak cakap ek.. aku manjang rasa risau kat org tu, len macam.. risau bukan takut dia carik lain.. tapi aku risau makan pakai dia.. risau bila tgk dia susah hati pikir hal keluarga sorang2 huhuhu.. gitu gamaknya kot bila kita rasa dah commit to someone

bungaOren: hehehe.. itu ler tu.. resah gelisah je.. aku doakan cepat2 la korang kawin.. amin3..
 
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - - - - - - - - - -
 
Semoga 'perhubungan cinta' sahabat bungaOren ini diberkati dan dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan mereka.  Amin.



Nota:
1. Jarang sungguh bungaOren bercerita kisah cinta.
2. Jangan risau saya bukan buang tebiat. InsyaAllah.
3. Cuma bungaOren nak menambah bahan
4. Selamat berpuasa.
5. Sama2 kita hayati keindahan ciptaan Allah.
6. Pergunakan anugerah penglihatan kita untuk melihat perkara-perkara yang baik.
7. Ingatan untuk diri sendiri sebenarnya.
8. Kerana bungaOren ni pun masih cuba menjaga mataya sendiri.
9. Minta maaf jika saya ada tersalah kata.
10. Eh.. mujur ingat!... sahabat! i know you read my blog. (-_-)y

Wednesday, August 03, 2011

Datang awal


Sudah rabu ke?

Nota:
1. Cepat sungguh masa berlalu.
2. Dah 3 hari  kita berpuasa.
3. Kena datang pejabat lebih awal dari biasa.
4. Maka kena keluar rumah lebih lebih awal dari biasa.
5. Kena sampai lebih awal ke rumah (bleh tengok Jejak Rasul)
6. Maka kena keluar lebih lebih awal dari biasa.
7. Sakit kaki.. drive keter nearly 3hour setiap hari.
8. Sungguh buang masa.
9. Sungguh !

Monday, August 01, 2011

1Ramadhan 1Ogos

12345678901234567890 Damia Umairah

Abaikan nombor2 diatas.. ditaip oleh si penyebok #1 iaitu anak nyamuk #1. Memang sejak 2-3 hari ini, bungaOren sering diganggu oleh anak2 nyamuk yang datang berkunjung ke mahligai indah si bungaOren yang sememangnya kosong indah ini.

Alhamdullillah, mahligai kosong indah bungaOren sering dikunjungi. Terkini, pengunjung tetap telah bertambah lagi seorang. Seorang lagi adik bungaOren, telah selamat melahirkan seorang baby girl yang comel yang bakal dipanggil Safiyya. Maka bertambahlah risiko dan kekerapan bungaOren diganggu oleh anak2 nyamuk. Ngeg.. ngeng.. ngeng.. Inilah kehidupan yang menceriakan.

Anyway, sedar tak sedar ramadhan berkunjung lagi. Alhamdullillah kita masih diberi rahmat umur untuk menikmati ramadhan ini, insyaAllah. Semoga kita dapat memanfaatkan bulan mulia ini dengan amalan-amalan yang mulia.





Nota:
1. Semasa n3 ini ditulis, bungaOren masih diganggu.
2. BungaOren diganggu oleh anak2 nyamuk #1 dan #2.
3. Mujur anak nyamuk #3 tidur.
4. Mujur anak nyamuk #4 tidur.
5. Sakit kaki ku dipijak si anak2 nyamuk.
6. Selamat berpuasa
7. Jangan ponteng2 puasa bagi yang sihat.
8. Kawan2 perempuan yang uzur jangan pula makan dikhalayak ramai. MALU ler wei!
9. Jangan makan dikhalayak ramai. Sila hormati mereka2 yang berpuasa.
10. Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...