Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Wednesday, June 29, 2011

Lembu Tiga


Nota:
1. Semalam bungaOren teman rakan pejabat bungaOren gi bayar yuran
2. Kerana rasa bersalah dia bawa bungaOren lawat sekolah lama dia
3. Belakang sekolah dia ada kandang lembu
4. Sebelah kandang lembu ada kandang kuda
5. Depan kandang kuda ada kandang rusa
6. Dekat pintu masuk (pagar) kandang ada tanda amaran
7. Amaran! Penceroboh akan didakwa!
8. Kerana itu kami lambat masuk semula ke pejabat
9. Kami lambat kerana kami melawat semua kandang2 itu
10. Jangan ingat kami telah didakwa
11. Kami adalah antara kes2 pengecualian

Monday, June 27, 2011

Aku hanya serangga


bungaOren tahu.. mesti ada yang nak ketawa baca title entry kali ini. Tak perlu nak ketawa lebih2 dengan title entry kali ini. Kita semua hanya insan biasa. Namun kita adalah kejadian Allah yang luar biasa. Kita dikurniakan akal fikiran. Gunakan dengan sebaiknya. Tak perlu nak ketawakan kebijaksanaan atau kebodohan orang lain. Kita semua sama sebenarnya. Hanya amalan kita yang membezakan antara kita.

Nota:
1. Jumpa gambar serangga ini semalam.
2. Hari ini publish sebagai entry
3. Semoga kita mendapat manfaat.

Sunday, June 26, 2011

Tinggal cadangan

Hari ini, bungaOren bangun pagi dengan semangat baru. Setiap hari kena set semangat baru kan.. Pagi2 dah niat nak ke pasar mencari bahan untuk sesi penggambaran sayur-sayuran.

Tiba dipasar, si bungaOren pilih cili-cili padi yang cantik struktrur rupabentuknya. Taugeh pun dipilih dengan teliti (tidaklah sampai pilih taugeh satu-satu - bunga masa namanya). Pilih juga kunyit, cili kering dan serai. Kedai2 yang jarang dikunjungi pun si bungaOren tinjau. Mengharapkan terbitnya idea baru.

Kemudian, si bungaOren singgah sebentar ke rumah makcik bungaOren yang tinggal dikawasan perumahan berdekatan. Lantas dia diajak oleh si makcik dan menantu si makcik ke Pasar Tani Shah Alam Seksyen 13. Hampir 3 petang baru si bungaOren kembali ke rumah setelah turut membuat lawatan ke Giant berdekatan. Penat!

Mujur tidak ke sungai Buloh mencari pokok orkid. Harus pukul 6 baru tiba di rumah.



Nota.
1. Tiba dirumah, cili2 yang cantik itu hanya ku pandang sepi.
2. Serai ku pandang sepi
3. Kunyit ku pandang sepi
4. Pokok cili api ku pandang sepi.
5. Pagi2 esok harus bangun awal untuk menanam pokok cili itu
6. 3 pokok cili harus ditanam dalam plastik hitam
7. Semoga ia akan tumbuh subur dan memberikan pulangan yang menguntungkan
8. Tak payah beli cili untuk buat sambal belacan

Thursday, June 23, 2011

Panas Hati

Kadang2 perkataan yang kita keluarkan dari mulut kita akan menyebabkan orang lain panas hati. Mungkin itu jawapan terbaik yang kita boleh berikan. Tetapi orang yang menerima jawapan kita mungkin tidak merasakan itu jawapan yang sepatutnya.

Hari ini si bungaOren menerima jawapan yang tidak menjanjikan kegembiraan dihujung bulan. Namun bungaOren harus tabah.





Nota:
1. Masih mengharapkan berita gembira
2. Kawan-kawan doakan saya yer
3. Apa-apa pun i still have plan B
4. Or may be plan C
5. Sapa kata saya tiada plan?
6. Cuma saya tak reti nak gemburkan plan2 saya
7. Or malas nak citer kat orang plan2 saya
8. Doakan saya yer.

Wednesday, June 22, 2011

Badak Berendam



Nota:
1. Order sudah
2. Makan sudah
3. Tapi semasa entry ini ditaip, invoice belum kasi ke HR
4. Saya lupa invoice belum kasi ke HR
5. Harap anak tuan Restoran Rose 911 tak marah saya lama2
6. Saya order makanan daripada Restoran Rose 911 - Kampung Desa Pandan
7. Sedap2 makanan dikedai itu. (ayat sungguh bodek - harap anak tuan restoran baca blog ini)
8. Saya sungguh kurang rajin update blog skrang
9. Dah hari rabu rupernya hari ini

Wednesday, June 15, 2011

Makan Laksa



Nota:
1. Kelmarin, kelmarin, kelmarin, kelmarin.. mak kami buat laksa
2. Kelmarin, semalam dan hari ini saya ada training
3. Esok kena start baca buku
4. Lepas khatam banyak buku yang kena dibaca kena ambil periksa
5. Kalau ambil periksa kena lulus
6. Semoga saya dapat khatam buku2 itu dan lulus periksa itu.
7. Amin

Monday, June 13, 2011

Belajar untuk belajar


Hari ini saya ada kelas belajar lagi. Semoga saya tabah menghadapi dugaan.

Nota:
1. Tuntutlah ilmu sepanjang hayat
2. Kata Ulama: ilmu ialah satu percambahan pemikiran dan bertambahnya idea
3. Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad
4. Adakah dengan bertambahnya ilmu kita, maka bertambah juga Taqwa kita?

Thursday, June 09, 2011

Terkejut Tupai


Semasa sedang memerhatikan sang kerengga memberikan pose menarik, tiba-tiba kedengaran bunyi daripada atas kepala. Lantas si bungaOren mendongakkan kepala ke arah bunyi itu. Tindakkan reflek takut ada benda jatuh dari atas pokok. Kelihatan seekor tupai berekor merah sedang memerhatikan si bungaOren. Sepantas kilat si bungaOren menghalakan kameranya ke arah tupai itu. Alhamdullilah sempat mengambil gambar sang tupai. Kebetulan setting yang digunakan untuk menangkap gambar sang kerengga boleh digunakan. Kebetulan juga.

Sampai bila kita hendak mengharapkan kebetulan memberikan rezeki yang baik kepada kita tanpa kita sendiri berusaha untuk mendapat rezeki yang lebih baik dan halal. Kita kena sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Jika kita tidak bersedia kita akan kelihatan tidak pandai dikalangan orang-orang yang pandai. Kita kena bijak tonjolkan diri kita. Kita tidak semestinya bijak dalam akademik untuk kelihatan pandai. Kita perlu bijak menggunakan peluang yang diberikan dengan kelebihan yang kita ada dan sentiasa bersedia.

.

Nota:
1. Kita akan kelihatan tidak pandai walaupun kita tahu kita pandai jika kita tidak bersedia dengan sebarang kemungkinan.
2. Saya sangat belajar akan perkara ini semalam semasa pembentangan latihan berkumpulan
3. Saya kena bangun daripada lena yang panjang
4. Saya kena ubah matlamat kerjaya saya.
5. Saya kena perbaiki kelemahan-kelemahan saya
6. Saya kena sentiasa bersedia
7. Semoga saya berjaya di dunia dan di akhirat.
8. Amin

Wednesday, June 08, 2011

Cili Bungkus


Nota:
1. Saya ada training hari ini.
2. Sekian, terima kasih.

Tuesday, June 07, 2011

Digigit pacat


Sejak akhir-akhir ini hujan jarang turun.Musim kemarau mungkin? Or musim hujan jarang turun. Sebab dah lama sungguh hujan tak turun dan tanah kering. Kalaupun turun, sekejap. Pokok ditanam pun sering kering, kena rajin siram. Dalam keadaan yang sering panas dan kering, kita sering diingatkan untuk kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air.

Baru-baru ini balik kampung dan singgah ke kebun. Cadangnya untuk snap sekeping dua gambar lalang dan rumput dan semak. Tak lama dapat berada dikebun kerana gangguan anak-anak nyamuk yang sering menyanyi2kan lagu mahu pulang ke rumah telah mengganggu deria pendengaran si bungaOren ini.

Tiba dikereta, si bungaOren merasa ada sesuatu di pelipat belakang lutut. Gatal. Ada objek lembut dijari bungaOren dek mengaru ditempat gatal itu dan dikenalpasti sebagai pacat. Euuuwwww.... geli sungguh. Terus dicampak pacat itu dengan susah payah jauh daripada tempat kami berdiri.

Si bungaOren terlupa nak snap gambar pacat itu.  Pacat memang ketakutan si bungaOren.

Nota:
1. Jika kita melihat diri kita tinggi dari orang lain. Itu 'tingggi hati'..
2. 'Tinggi diri' seerti dengan 'bongkak'. Tidak disukai Allah
3. Jika kita sering melihat diri lebih rendah dari orang lain. Itu dipanggil 'rendah diri'.
4. Terlalu 'Rendah diri' dinamakan 'kufur nikmat'. Juga tidak disukai Allah.
5. 'Bersederhanalah' kerana itu yang paling baik.
6. Ada 2 kesan gigitan pacat di belakang pelipat si bungaOren
7. Bergarulah si bungaOren dua tiga menjak ini.
8. Kesan gigitan pacat memang gatal.
9. Pengajarannya, jangan disangka tanah yang kering tiada pacat.

Wednesday, June 01, 2011

Buaian



Nota:
1. Saya bizi
2. Saya perlu bercuti
3. Cepatlah saya jadi tak bizi
4. Bolehlah saya bercuti
5. Indah zaman kanak-kanak tak perlu fikir banyak masalah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...