Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Thursday, March 31, 2011

Lawatan ke Tabung Darah

Kelmarin dulu balik semalam punya semalam..

Bos Kecil : BungaOren, u ni asyik cuti je..
BungaOren : Dah company bagi cuti, kena la cuti kan. Jangan membazir.

Bos Kecil : I pun banyak cuti. Tapi banyak juga cuti i yang kena burn. (pot pet pot pet dia membebel)
BungaOren : Ala bos, approvekan je la cuti tu.

Bos Kecil : I lagi banyak keje.. nak cuti pun tak boleh.. u kena g tender briefing (pot pet pot pet bebel)
BungaOren : Ala, bos kan hensem memang la kena banyak keje.. hahahaha..

Satu pejabat dengar lak tu.. lalalalala..

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Bos besar : Saya ada hantar email, ada dapat?
BungaOren : Tender briefing tu ke? Tapi saya cuti hari tu. Cuti tu cuti carry forward. Kena habiskan.

Bos besar : NO! I need you to go!
BungaOren : Erk.. Boleh tapi cuti saya tu saya cuti next month yer.

Bos besar : Ok no problem..

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Bukan susah pun pegi tender briefing, sebagai orang teknikal, kami just dengar dan balik ke pejabat dan bagi input kat orang sales. Pandai la depa buat keje. Sebab kami ada keja lain yang kena buat.

Yang bestnyer briefing kali ini kami dapat tengok pack2 darah semasa lawatan tapak. Banyak gile.

(-_-)y


Nota:
1. Rajin-rajin derma darah.
2. Banyak pahala kita dapat di akhirat nanti
3. Di dunia pun ada banyak kelebihan kita dapat.

Wednesday, March 30, 2011

Peti Ais bocor pulak

Semalam terlalu rajin tak bertempat. Nak buang ais dalam peti ais. Tetapi terlalu pandai sehingga menggunakan pisau untuk mempercepatkan pencairan ais.

Tiba2 pisau tertusuk pada ruangan gas penyejuk peti ais. Errkk..

Sedey.. menyesal.. takut.. semua ada.

Sekarang ada 2 penyelesaian.
1. Tampal sendiri dan guna semula.
    Nak terus tampal dan guna takut pula ada kesan sampingan yang tidak diketahui.

2. Hantar repair
    Kebarangkalian harga alat ganti lebih malah daripada harga peti ais itu sendiri.

3. Beli baru.
    Niat dihati memang nak dibeli baru saja peti ais itu. Namun tiada kekuatan dalam poket duit.








Nota:
1. Selagi bernama kita bernama manuasia kita akan diuji
2. Tidak dikatakan beriman kita selagi kita tidak diuji
3. Kita diuji berdasarkan kemampuan kita juga
4. Lagi berat ujian kita lagi kuat iman kita
5. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
6. Merangkaklah jika hanya boleh merangkak
7. Kerana pasti kita akan bangun dengan kegembiraan.
8. Hikmahnya sekarang masih kita tidak ketahui
9. Maka hadapi dengan senyuman
10. Kerana apabila kita diuji itu tandanya DIA sayangkan kita.

Saturday, March 26, 2011

Resepi : Sambal Ikan Bilis Terung Belanda

Bahan Blender
1. Cili kering
2. Bawang Besar

Bahan Lain
1. Ikan bilis (digoreng garing)
2. Terung belanda (direbus)
3. Air asam jawa
4. Gula
5. Garam

Cara2nya
1. Tumis bahan yang diblender sehingga pecah minyak / naik bau
2. Masukkan sesudu gula
3. Masukkan garam secukup rasa. Kacau.
4. Masukkan air asam jawa. Tunggu sampai menggelegak.
5. Masukkan terung belanda yang telah direbus
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng
7. Kacau dan kacau.
8. Siap.

Enak dimakan dengan ikan goreng panas2.
Selamat mencuba!



Nota:
1. Nak siap2 g kelas English
2. Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahat.

Friday, March 25, 2011

Hot Air Balloon 2011 : Doraemon

Belon panas yang paling cute dan paling comel adalah Belon Panas Doremon. Ramai rasanya orang tunggu belon doremon nih. Doremon adalah salah satu watak kartun daripada jepun. Doremon mempunyai satu poket @ sepoket yang menyimpan pelbagai alat-alatan canggih yang kerap kali disalah guna oleh tuannya si Nobita dan juga oleh kawan2 Nobita seperti Giant.


Agak2 apala yang ada kat dalam poket doremon tu? Korang tengok ler apa yang berjaya si bungaOren siasat hari tu.

(-_-)y







Nota:
1. Salam takziah kepada Jepun
2. Semoga negara jepun yang terkena bencana alam cepat pulih mental dan fizikal.
3. Amin

Thursday, March 24, 2011

Hot Air Balloon 2011 : Darth Vader

Masa Event Hot Air Balloon di Putrajaya tahun lepas, kawan si bungaOren, Eyan berjaya snap gambar Darth Vader bermula dari Darth Vader bangun tidur (darth vader kelihatan seolah2 sedang tidur ketika angin dimasukkan ke dalam belon itu - ada la anglenya) sehingga ia terbang tinggi di angkasa.

Oleh yang demikian, tahun ini, si bungaOren ni dah pasang hajat nak cuba try snap benda yang sama. Namun disebabkan lokasi si bungaOren tu diluar pagar, maka si bungaOren hanya berjaya snap gambar belon-belon panas lain seolah-olah melarikan diri daripada Darth Vader. Jadilah daripada tak ada langsung kan. Paling penting ada cerita yang boleh disampaikan melalui gambar itu. Ada cerita ke pun ? Tengok lah sendiri.






Nota:
1. Kerja makin banyak
2. Hati kena tenang.
3. Buat kerja yang senang2 dulu
4. Baru boleh fokus pada kerja yang susah.
5. My work my way.
6. Wrong way ?
7. Make a U turn
8. Apa2 pun enjoi.

Tuesday, March 22, 2011

Design : Gobok baju

Pagi2 cik bungaOren dah bangun. Lukis design gobok baju cik bungaOren. Cik bungaOren nak ubah suai gobok yang sekarang ni. Gobok sekarang ni masih tragis keadaannya. Masih banyak layer yang belum selesai dibuat. Ini kerana keadaan kewangan cik bungaOren yang tiba-tiba jadik tidak stabil. Claim berkurangan actually. Duit gaji hanya cukup2 untuk kegunaan sebulan dan membayar hutang pinjaman.

Last week dapat beli sedikit bahan untuk sambung pembikinan semula gobok baju cik bungaOren yang bercitarasa tinggi ini. Lagi pun Enginnyiornye baru tiba dari kampung. Deme kater deme baru selesai ambil lesen kerete kisahnye.

Pukul 5.07 minit petang, si Enginnyior tu call. Spanar ngan playar tersalah bawak, kisahnye. Dari pagi teman dah suh dia buat gobok tu! Siap masakkan mee goreng kasik rasuah tu.



Nota:
1. Currently tido atas lantai.
2. Baju penuh atas katil
3. Gobok baju masih senget2
4. Dulu masa sekolah teman amik lukisan kejuruteraan.
5. Cantik tak lukisan teman?
6. Masuk bakul angkat sendiri (orang kata)
7. Sapa tanya soalan ni last entry? (soalan pasal bakul)
8. Tak payah angkat tangan!
9. Apa-apa pun sabar itu separuh daripada iman.

Monday, March 21, 2011

Hot Air Balloon 2011 : Panas burner

Cik bungaOren berjaya datang dekat dengan belon panas. Cik bungaOren dapat ambil gambar dekat2 dengan bakul dan dekat2 dengan burner dia. Panas oooi. Peluang ni memang tak dilepaskan. Cik bungaOren memang shoot sebaiknya. (perasaan yang perasan namanya..)

Macam mana boleh masuk dekat-dekat tu? Mungkin sebab ada 'lesen kamera'. Kalau ada kamera boleh masuk. Tak pasti sama ada kena ada DSLR atau kamera compact pun boleh masuk. Kawan cik bungaOren hanya memegang sebiji kamera compact. Dan dia tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan pagar dengan alasan hanya seorang sahaja dalam satu kumpulan boleh masuk. Tapi ada juga orang yang takder kamera berada dalam kawasan pagar. (muskhil juga. tepi kerana sesat dan rasa tak payah bertanya.. maka abaikan kemuskilan itu)

Berbalik kepada kawan cik bungaOren tu, memang kasihan pada kawan cik bungaOren. Tetapi kalau kawan cik bungaOren masuk pun dia tak boleh buat apa2. Bateri kameranya sudah 'kong'. Saja jer ajak dia masuk join cik bungaOren dengan alasan yang cik bungaOren sangat pemalu orangnya.

Masuklah cik bungaOren ke dalam kawasan pagar seorang diri. Dan kawan cik bungaOren merajuk balik ke rumah dia kerana dia belum sarapan pagi.




Nota:
1. Cik bungaOren tinggalkan kawan cik bungaOren diluar pagar.
2. Kawan cik bungaOren tinggalkan cik bungaOren didalam pagar.
3. Rombongan cik kiah pun tinggalkan cik bungaOren dari kawasan fiesta hot air balloon.
4. Kesian kan?
5. Sungguh kasihan!

Hot Air Balloon 2011 : Warna-warna

Hari sabtu, 19 March 2011, cik bungaOren bawak rombongan cik kiah ke Putrajaya melihat Belon Panas atau panggilan mat salehnya Hot Air Balloon.

Ada banyak juga gambar yang cik bungaOren ambil. Entry kali ini kita tengok warna-warna saja yer. Omputeh kata sneak peek.







Nota:
1. Ada warna prima
2. Ada warna sekunder
3. Ada warna contra
4. Ada warna senada
5. Ada warna warni
6. Warna-warna kehidupan kita pun pelbagai
7. Maka hadapilah dengan senyuman dan kesabaran.

Friday, March 18, 2011

Bunga Lawang


Bunga lawang (bahasa Inggeris: star anise) ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari Indochina dan Jepun. Bunga lawang juga boleh ditemui dalam masakan masyarakat Timur Tengah dan India.

Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.

Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan di Eropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu.

Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil. Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari

Kegunaan

Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih.

Bagi masyarakat Melayu, bunga lawang digunakan untuk menumis, menambah aroma masakan seperti nasi minyak, sup berempah, beriani, masakan lauk-pauk berempah seperti daging, makanan laut dan ayam. Ia juga menambah aroma seperti dalam masakan acar.


Di Asia, bunga lawang digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi).

Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh. Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk.

Minyak bunga lawang boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.

Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.




Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_lawang

Nota:
1. Minggu lepas tolong MakLily buat assignment seni
2. Assignment ada kaitan dengan songket dan batik
3. Motif2 batik dan songket di Malaysia sangat berkait rapat dengan alam sekitar
4. Nanti cik bungaOren cuba explore dan publish dalam blog ini.
5. InsyaAllah

Thursday, March 17, 2011

Resepi : Cucur Udang

Salah satu makanan kesukaan cik bungaOren adalah Cucur Udang. Cucur udang selalu menjadi santapan kami diwaktu pagi ataupun ketika berbuka puasa. Berikut dilampirkan resepi cucur udang versi air tangan mak cik bungaOren

Bahan blander
- Bawang besar (sebiji besar)
- Cili kering
- Telur ayam

Bahan lain
- Kucai
- Taugeh
- Udang
- Kunyit serbuk (sedikit sahaja)
- Garam (secukup rasa)
- Air (secukupnya)

Cara-cara
1. Masukkan bahan blander dan bahan-bahan lain ke dalam satu bekas kecuali air
2. Gaulkan bahan-bahan sehingga rata
3. Masukkan air sedikit-sedikit dan gaul. Jangan terlebih tuang air nanti cair sangat.
4. Panaskan minyak di dalam kuali
5. Goreng campuran bahan cucur udang tadi sehingga garing.
6. Angkat cucur udang dan toskan
7. Tuang sos cili dan makan.

Amaran: Jangan masukkan ibu apom atau yis atau seangkatannya. Dah jadi rasa lain cucur udang itu.




Okey, selamat mencuba.

Nota:
1. Tak suka makan cucur udang yang dicampur ibu apum
2. Rela masak sendiri kalau teringin nak makan cucur udang
3. Kalau cucur udang yang dijual di kedai depa suka letak ibu apum
4. Memang sangat jarang beli cucur udang di gerai2 atau dikedai2
5. Kenapa depa suka letak ibu apum?

Wednesday, March 16, 2011

Menu : Pulut Hitam With Ice Cream

Selak-selak gambar dalam laptop terjumpa satu gambar ni. Kisahnya, gambar ini diambil pada hari tu samaada  minggu lepas ke bulan lepas ke tahun lepas. Kami (budak2 pejabat) pergi makan kat Restoran Ibunda.

Pulut hitam with Ice Cream memang combinasi yang hebat. Lemak dan lemak. Kalori dan kalori. Mujur dihidangkan dalam kuantiti yang sedikit. Walaupun hakikatnya masih tidak puas makan. Cik bungaOren memang penggemar bubur pulut hitam.

Susun atur pulut hitam ini menarik perhatian cik bungaOren. Boleh dijadikan idea untuk ambil gambar food photography. Cik bungaOren memang suka tengok kaji stail2 food photography ni. Dalam removal hardisk cik bungaOren memang ada belambak banyak koleksi gambar food photography orang-orang lain-lain yang cik bungaOren jumpa dalam internet nih.



Nota:
1. Impian dalam hati nak jadi fulltime photograper
2. Impian dunia nyata nak jadi photograper
3. Hakikatnya, masih seorang juruterengkas berkomputer
4. Sampai bila harus kerja dengan orang kan
5. Boleh ke bekerja dengan orang-orang?
6. Penat berfikir or penat berpeluh?
7. Mana lebih penat?

Monday, March 14, 2011

Lirik - Bahtera Karam

Bahtera Karam

Kenang dikenang hasrat terpendam
Masa kau dan aku seimbang
Sayang disayang aduh sayang
Subur mesra diilham

Renung ku renung makin terbayang
Peristiwa dirundung malang
Sayang disayang aduh sayang
Jauh dimata hilang

Ku merana
Jiwa ditimpa pilu hiba
Akibatnya janjimu hanya dusta


Kenang dikenang hasrat terpendam
Kau melayarkan tak seimbang
Sayang disayang aduh sayang
Yang basah ku seorang


Ku merana
Jiwa ditimpa pilu hiba
Akibatnya janjimu hanya dusta

Kenang dikenang hasrat terpendam
Kau melayarkan tak seimbang
Sayang disayang aduh sayang
Yang basah ku seorang

S. Latifah
Koir - SMRPB



Hari ini cik bungaOren cuti bermakna cik bungaOren  tidak bekerja pada hari ini. Cik bungaOren balik kampung. Mak cik bungaOren menjalankan operasi membuang barang-barang yang tidak perlu dirumah. Sedang belek-belek buku sekolah dulu2, cik bungaOren jumpa satu buku yang ada satu lirik lagu zaman sekolah cik bungaOren.
 
Zaman dolu2 @ zaman sekolah menengah, cik bungaOren memang ada terlibat dengan koir sekolah, setiap kali hari penyampaian hadiah mesti kena buat persembahan. Suara cik bungaOren pun bukan sedap sangat pun, hanya cukup2 makan untuk join kumpulan koir sekolah. Kitaorang pernah buat persembahan di depan Raja Nazrin Shah. Masa tu baginda bujang lagi. Memang seronok time tu dapat jumpa Raja Nazrin.
   
 




Nota:
1. Gambar tidak mempunyai hubungkait dengan lirik lagu n3 kali ini
2. Ada beberapa lagu zaman koir yang cik bungaOren cuba cari
3. Zaman sekolah memang seronok
4. Mana la cik bungaOren sorok buku lirik zaman dulu.
5. Remaja zaman itu rajin salin lirik lagu dalam buku sekolah
6. Selain daripada menyanyi kami juga bermain angklung
7. Lagu apa ek kitaorang main angklung dulu. hmmm..

Friday, March 11, 2011

Kongsi : Join Flickr Groups

Cik bungaOren memang peminat @ pengamal teknik-teknik fotografi secara silent tapi tegar. Sebab cik bungaOren hanya ambil gambar untuk kegunaan sendiri dan perasan sendiri gambar itu cantik. (-_-)y

Cik bungaOren ada post gambar dalam Flickr tanpa sebab musabab yang kukuh. Mungkin hanya kerana ramai photographer suka hantar gambar ke sana. Or sebab selalu carik gambar cantik di Flickr. Cik bungaOren bukan pengguna tegar Flickr pun. Saja nak mengada.

Ada beberapa orang kawan-kawan cik bungaOren yang guna Flickr juga. Dan depa ada dapat komen daripada ramai orang. So cik bungaOren hairan kenapa boleh gitu?

Semalam ada seorang hamba Allah yang selalu dok sebelah meja cik bungaOren. Ashiena namanya. Dia ajar cik bungaOren kenapa dan bagaimana ia berlaku. Just join the 'Flickr Group' la. Adoiya.. itu je ke sebabnya. Itu la kalau dah silent sangat kan. Silent ke aku? hehehehe..

Cara-cara join
1. Search nama 'Group'
2. Pilih group yang ramai ahli dan aktif (Tips)
3. Klik pada 'Join this Group'

Cara-cara tag gambar ke dalam 'Group' list
1. Pilih gambar daripada senarai Flickr kita
2. Klik pada 'Action'
3. Pilih 'Add to a group'
4. Pilih 'Group' yang telah kita join
5. Gambar anda sedia dipaparkan dalam senarai group.

Sekian.






Nota:
1. Malu bertanya sesat jalan
2. Banyak bertanya orang menyampah
3. Banyak bercakap kosong tak elok

Thursday, March 10, 2011

Anak nyamuk

Hari rabu kelmarin ada game badminton kul 8 selepas masa pejabat. Walaupun kalah dan boleh balik awal, cik bungaOren tunggu juga, nak bagi sokongan pada kawan2 yang ada peluang untuk menang. Sambil2 keluarkan peluh di gelanggang sebelah. (Jeles kat Cheqna sebenaqnya.. dia dah jalan sampai ke terengganu sana).

Sampai rumah jam 1030mlm. Buka pintu, terjumpa 2 anak nyamuk yang belum tidur. So cik bungaOren pun ajak anak nyamuk ronda-ronda pusing bulatan-bulatan yang banyak  area Shah Alam ni. Dapat la anak nyamuk tu tengok Balai Bomba dan Balai Polis kat seksyen 15.

Kembali ke rumah, cik bungaOren pesan kat anak nyamuk supaya jangan kacau cik bungaOren nak buat keje. Cik bungaOren nak punggah kotak-kotak kat stor cari business card cik bungaOren. Esok pagi cik bungaOren kena pi ganti bos kecil dengar Tender Briefing.

Tiba-tiba selepas 5 minit cik bungaOren menjalankan misi mencari...

Kakak nyamuk: Ngeng.. ngeng.. ngeng... Buat apa tu?
BungaOren: Cari barang.

Kakak nyamuk: Ngeng.. ngeng.. ngeng.. Ni apa bungaOren? (sambil belek2 botol2 kaca koleksi cik bungaOren)
BungaOren: Kan dah pesan jangan kacau. bungaOren nak cari barang ni.

Soalan berganti soalan berjawab soalan. Hati cik bungaOren sudah panas. Dah la dalam stor tu gelap dan tiada lampu dan panas. Penat peluh badminton pun tak habis lagi.

Adik nyamuk: Ngengg.. ngengg.. ngengg.. Ni apa bungaOren?
BungaOren: Kipas kenduri.. (La adik nyamuk pulak.. Banyak lagi kotak khazanah cik bungaOren nak kena punggah nih)

Jam 1145malam.. Sudah di tolak keluar dari stor si anak-anak nyamuk itu, namun anak-anak nyamuk datang masuk semula ke dalam stor. Barang yang cik bungaOren cari pun masih belum ditemui.

Tiba-tiba, zas.. sorang sorang kena cubit. Hehehehe...

Adik beradik nyamuk: Ahhh.. merajuk la dengan bungaOren.
BungaOren: Ok.. (hehehe selamat.. boleh sambung carik barang)

5 minit selepas itu..

Adik beradik nyamuk: Ngeng.. ngeng.. ngeng.. Nyamuk2 tolong kipas bungaOren yer..
BungaOren: Ya Allah.. Apalah dosaku? (Mana la depa dapat kipas kayu nih?)

End up, cik bungaOren tak jumpa pun business card tu. Masa tender briefing tu, depa tak minta pun business card tu. Huh!!!.. Tak pasal2 anak nyamuk kena cubit.


Nota:
1. Rumah saya kosong
2. Setiap kali cuti sekolah anak-anak nyamuk suka datang rumah saya.
3. Mereka datang untuk buat semak kat rumah saya
4. Bila saya balik kerja, saya akan dapati rumah saya semak
5. Jangan sedih kalau anda datang rumah saya.
6. Kerana saya rasa gembira
7. Bolehlah saya jadi rajin untuk kemas rumah dan mop lantai
8. Bolehlah saya keluarkan peluh

Wednesday, March 09, 2011

Menu : Roti cicah bubur durian

Durian dah habis gugur. Namun memori masih dalam ingatan. Kesedapan roti cicah bubur durian seolah-olah terasa ditekak. Yummm..

Tiba-tiba teringin nak makan bubur durian.

bubur durian


Nota:
1. Durian sedap
2. Bubur durian sedap
3. Biasanya bubur durian sedap dimakan dengan pulut tanak.
4. Tiada pulut, roti pun sodap
5. Burps!!!!
6. Eh..? Bukan ke cik bungaOren sedang diet?
7. Sedang?
8. Yang sedang-sedang saja

Tuesday, March 08, 2011

Menu : Mee Bandung Tangkak

Semua orang tahu tentang Tangkak. Tangkak terkenal dengan kedai-kedai menjual kain. Memang banyak kedai-kedai kain di sana. Cik bungaOren pernah beberapa kali ke sana. Bukan memborong cuma membeli semeter dua kain. Sungguh tidak berbaloi datang dari jauh untuk membeli semeter kain. Tapi tak mengapa, jauh perjalanan luas pemandangan.

Sambil-sambil melihat pemandangan yang luas, kita singgah makan. Tidak jauh dari kawasan kedai-kedai kain itu (menghala ke Lebuhraya Tangkak) ada deretan gerai kecil. Di situ kami singgah makan Mee Bandung. Mee Bandung yang sedap.





Nota:
1. Kena diet
2. Tak boleh makan makanan berminyak
3. Tak boleh makan makanan berlemak
4. Nak makan apa nih?
5. Burps.. !!!
6. Eh... tiba2 plak..
7. (-_-)y

Monday, March 07, 2011

Jangan Kurafat

Semalam cik bungaOren menonton cerita Kurafat arahan Shamsul Yusuff. Pada pemulaan cerita kelihatan agak hambar. Bukan apa, cik bungaOren telah digembar-gemburkan akan keseraman yang ada pada filem ini. Tunggu punya tunggu, slot-slot yang dimaksudkan akhirnya terpapar didepan mata.

Sejujurnya, cik bungaOren bersetuju dengan pendapat orang-orang yang mengatakan cerita ini seram. Tanpa ragu-ragu cik bungaOren merasakan adanya mesej yang cuba disampaikan.

'Jangan mensyirikkan Allah'

Mensyirikkan Allah adalah dosa yang sangat besar. Lagipun kita tidak menjangkakan bilakah kita akan mati. Emak cik bungaOren selalu sebut ; 'Kita hidup ini bukannya nak menongkat dunia'. Tak perlulah nak mensyirikkan Allah untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Contohnya untuk mendapatkan cinta, kekayaan, pangkat, kecantikan, kekuasaan dan macam-macam lagi. Kerana pada hari kita patut mati, kita akan dimatikan. (Masih seram: bila teringatkan slot dimasukkan kedalam liang kubur itu.)

Maka sentiasalah kita berdoa, agar sentiasa diberikan keimanan keislaman dan dikekalkan keimanan itu. Kerana hati kita ini Allah yang pegang. Bila-bila sahaja nikmat islam dan iman itu boleh ditarik balik oleh Allah. Janganlah kita lalai.




Gambar kali ini adalah gambar suasana mendung di Taiping + Bukit larut.

Nota:
1. Saya bukan ustazah
2. Apa yang baik kita perlu sampaikan
3. Kita ini umat akhir zaman
4. Masyarakat di zaman sains dan teknologi
5. Gunakan teknologi yang kita ada untuk kebaikkan
6. Kerana kita akan ditanya nanti
7. Tentang apa yang telah kita buat dibumi ini.
8. Seram tengok filem kurafat dimalam hari
9. Mujur tengok ramai-ramai

Friday, March 04, 2011

Kais pagi makan pagi

Pagi-pagi hari ini baru baca surat khabar semalam. Terjumpa sesuatu untuk dijadikan bahan untuk entry pada hari ini. Dah beberapa hari tak hantar entry (kenapa malas sangat sejak dua menjak nih.. ishkkkk..!)

Peribahasa melayu : Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Ertinya:
1. Orang miskin yang harus bekerja setiap masa.
2. Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang.


Sumber
1. http://peribahasamelayu.com/kais-pagi-makan-pagi-kais-petang-makan-petang/
2. http://peribahasamelayu.com/seperti-ayam-kais-pagi-makan-pagi-kais-petang-makan-petang/

Realiti hari ini, walaupun dibayar gaji yang besar secara bulanan dan jika kita tidak pandai menguruskan duit dan kehidupan kita maka kita juga boleh hidup melarat. Realitinya juga jika kita bergaji sedikit dan kita bijak menguruskan kewangan kita, insyaAllah berkat segalanya. Adalah paling penting rezeki itu halal dan kita redha.

Bak kata seorang bos kecil kat tempat cik bungaOren bekerja : 'Ini hanya duniawi'
Bak kata cik bungaOren: 'Hang boleh la kata gitu, duit banyak.' (peace bos!)
Bak kata hati: 'Betul ini hanya duniawi, rezeki masing-masing, insyaAllah ada rezeki aku, amin.'

Rezeki: Ada yang diberi dalam bentuk kewangan, kekeluargaan, kecantikan, kepandaian, keimanan dan macam-macam lagi. Renung-renungkan apa rezeki yang dianugerahkan kepada kita. Renung-renungkan juga apa yang kita dah buat dengan rezeki kita itu.


Sebenarnya sebelum entry ini ditulis, cik bungaOren Terjumpa satu soalan UPSR : Bahasa Malaysia dalam surat khabar Utusan Malaysia semalam. (Melarat jadik ceritera lain pula.)

39. Beberapa ekor ayam sedang   _ _ _ _ _ _ _ _ _  tanah di bawah pohon mangga untuk mencari makanan.

a. mengais-ngais
b. mengikis-ngikis
c. menguit-nguit
d. mengait-ngait




Dapat jawapannya? Soalan UPSR tuuu.. Mesti dapat jawab kan. Tahniah kepada yang tahu. Kepada yang tidak tahu jawapanya itu, adalah dengan ini saya mengumumkan yang saya merasa sangatlah simpati.


Nota:
1. Sekali sekala perah otak
2. Soalan tak susah sangat pun untuk diperah otaknya
3. Nanti kalau ada soalan lain kita kongsi-kongsi
4. Selamat hari jumaat
5. Sekian terima kasih
6. Eh sebelum beransur, jawapan soalan no39 adalah a. mengais-ngais
7. Sapa salah angkat tangan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...