Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Thursday, January 27, 2011

Mood nak marah

Hari ini mood macam tak berapa nak baik. Rasa nak marah orang sahaja.



Nota:
1. Kalau anda suka minum air milo, maka order air milo.
2. Kalau anda suka minum air jagung, maka order air jagung.
3. Tak kisah apa pilihan anda, anda kena habiskan air anda.
4. Malainkan anda seorang yang suka membazir.
5. Membazir amalan syaitan!
6. Dengan kata lain,  'Please work smart'
7. Jangan nak menyusahkan orang lain.
8. Setiap orang ada masalah, kerja dan tanggungjwab masing-masing.
9. Maka buat kerja anda
10. Kerana saya ada kerja saya yang saya kena buat.
11. Dalam sehari, seseorang itu perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.
12. Sekian, terima kasih.

Wednesday, January 26, 2011

Menu : Homemade Coklat


Homemade coklat ini juga adalah hasil tangan cik Rafidah Rahmad. Homemade coklat ini pun sedap macam Cupcake Coklat kukus buatan air tangan beliau.

Cik bungaOren bukan nak puji cik Rafidah ini sebab dia kawan cik bungaOren tetapi sebab memang sedap pun Homemade coklat nih. Lagi pun cik Rafidah ni jarang tunjuk skill dia pada kawan-kawan. Pernah makan masakan lain beliau, tapi so-so saja rasanya, bukan tak sedap tau cuma takder terlintas nak puji kalau makan masakan cik Rafidah ni. Hahaha.. marah plak cik Rafidah kalau baca statement panas menikam dari cik bungaOren.

Cik bungaOren memang suka makan coklat bar seperti Van Houten. Tetapi cik bungaOren tak suka rasa coklat bar Cadburry. Both of this choclate brand ada rasa yang berbeza kan. Ok itu saja cik bungaOren nak cerita pagi ini. (-_-)y

Nota:
1. Saya tak suka puji orang
2. Kadang-kadang kalau saya puji orang rasa macam tak ikhlas je.
3. Tetapi kadang-kadang, bila saya memang nak puji, memang saya sangat ikhlas.
4. Itu hanya apabila orang itu berhak dipuji.
5. Sebab dengan pujian kita itu boleh menyebabkan orang itu riak.
6. Kalau orang itu riak, orang itu berdosa.
7. Kalau kita yang memuji dan menyebabkan orang itu riak, maka kita pun tumpang berdosakan?
8. Maafkan saya jika ada dikalangan anda riak disebabkan saya. (-_-)y
9. Sebelum beransur, jika anda berminat nak tempah bunga ros bercoklat seperti diatas.
10. Anda boleh email kepada sahabat9@gmail.com
11. Sekian, terima kasih.

Tuesday, January 25, 2011

Lapar nasi

Semalam terlupa nak letak entry. Hari ini cik bungaOren tiada idea apa nak letak dalam entry hari ini. Maka cik bungaOren godek-godek folder gambar dalam notebook cik bungaOren. Terjumpa beberapa gambar yang sesuai dengan situasi perut cik bungaOren sekarang ini. Situasi cik bungaOren sekarang ialah LAPAR.

Korang layan ler gambar dibawah sementara cik bungaOren cari idea lain untuk dikongsi bersama anda semua.







Nota:
1. Makan apabila lapar
2. Berhenti makan sebelum kenyang
3. Ada orang tanya macam mana kita nak tau kita dah kenyang?
4. Korang agak siapakah yang tanya soalan tu?
5. Orang tu duduk sebelah cik bungaaOren hari ini.
6. Dia dah merungut kat cik bungaOren pagi2 lagi
7. Bos dia marah dia semalam
8. Ala.. baru semalam bos tu marah dia.
9. Sebab selalu bos tu marah orang lain.
10. Saya bagi tips kat dia kalu kena marah lagi dengan dia tu.
11. Anda rasa siapa yang selalu kena marah dengan bos dia tu?
12. Saya tujukan entry hari ini kepada orang disebelah saya hari ini.
13. Sekian terima kasih.

Sunday, January 23, 2011

Menu : Cupcake coklat kukus

Dua (2) minggu lepas cik bungaOren hantar satu email berantai kepada sahabat-sahabat sepengajian cik bungaOren. Email dihantar kerana hendak menjemput mereka datang mentongkang pecahkan rumah cik bungaOren yang cantik berseri itu pada hari ini, 23 Januari 2011.

Cik bungaOren sangat gembira kerana semua sahabat cik bungaOren yang dijemput datang, dan mereka tak reti nak menyelerakkan rumah cik bungaOren. Ini kerana rumah cik bungaOren tak banyak barang untuk mereka selerakkan. (-_-)y

Walaubagaimana pun itu bukan sebab utama entry ini ditulis. Tajuk entry ini adalah Cupcake coklat kukus. Maka harus dipaparkan gambar Cupcake coklat kukus, betul? Lihat betul2 dan nikmati gambar cupcake dibawah.


Cupcake yang sangat sedap. Yummiez.
Itu je nak bagi tau.

Nota:
1. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi datang.
2. Cupcake kukus ini adalah hasil air tangan cik Rafidah Rahmad.
3. Jika ada yang berminat nak order boleh email kepada sahabat9@gmail.com
4. Sekali lagi cik bungaOren nak bagi tau, cupcake coklat kukus ini sangat sedap.
5. Sekali rasa pasni nak lagi.

Saturday, January 22, 2011

Indoor Bouldering Climb

Firstly nak bagi tau, cik bungaOren tiru title post Cik Iera.

Rasa macam ada banyak lemak disekitar badan. Sesuatu perlu dilakukan. Currently Cik Iera tengah fanatik dengan aktiviti Climbing. Haruskah ku mencuba?

Jawapanya: Harus dong!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Maka pada suatu hari bekerja yang apabila EnBos #1 deparment tiada di pejabatnya.

bungaOren: En. Bos #2! (Sambil senyum2 sampai telinga)
EnBos #2: Yer ada apa bungaOren?

bungaOren: Saya dan Iera dan Zaida nak keluar awal. Pukul 4. Nanti kami datang semula ke pejabat ambil barang <-- (ini cakap macam dengar tak dengar je)
EnBos #2: Hang nak p mana pulak bungaOren?

bungaOren: Kami nak pegi bersukan untuk menyihatkan badan. Nak p try buat wall climbing la EnBos #2. boleh ke EnBos #2? (Sungguh berterus-terang kan hahahaha)
EnBos #2: hmmm... Report yang u kena buat tu dah siap ke?

bungaOren: Dah 80% siap. Tak banyak dah.
EnBos #2: Ok pegi lah. (EnBos #2 ini sungguh baik hati - walaupun masa itu dia tengah susah hati - kesian juga kat EnBos #2 nih. Tapi takper life must go on hahahaha)


Maka Iera & Zaida senyum sampai ke telinga.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Kami ke MadMonkeys Climbing Gym, terletak di area Wangsamaju.

Ada sorang instructur telah mengajar kami beberapa tips and trick. Maklumlah kitaorang masih lagi dalam kategori pendatang baru dunia Climbing nih. (tu adalah salah satu kebaikan datang pada waktu tiada orang @ waktu bekerja - akan ada instructur mengajar orang2 tak reti macam kitaorang nih).

Aktiviti climbing ni tidak memerlukan kita menggunakan banyak kekuatan tangan atau kaki actually jika kita tahu trick-trick nya. Kalau kita tak ada asasnya, itu yang menyebabkan kita cepat penat dan mungkin akan cepat rasa sakit pada kaki dan jari dan tangan. Mana2 perkara pun macam tu, kita kena tau asasnya baru senang nak buat kerja kan3x.

Tip dan trick asas yang sempat cik bungaOren belajar dan ingat pada hari tu adalah.
1. Bagaimana nak releasekan stress pada tangan dan jari selepas aktiviti mencengkam batu-baru pada wall
2. Teknik berjalan diantara batu iaitu Frog Walk dan Cat Walk (ingat model je ke boleh jalan cat walk?)
3. Teknik berehat diantara batu jika penat. (Ini untuk orang yang serius buat climbing kat bukit2 sana, kalau kat MadMonkeyz tu, just terjun kat lantai dan berehat ler kan.. )
4. Kasut yang diperlukan juga berbeza dengan kasut jogging. Dan mahal (-_-)y
5. Paling asas ialah 'Jangan Malu Bertanya'. (Kerana saya seorang yang pemalu / pemalas / penyegan untuk bertanya actually)





 Makcik ni bagi tau dia pakai jam tangan barbie doll anak dia.. cayalah makcik.. hahahaha..


Suprise tak kalu cik bungaOren kata cik bungaOren berjaya buat aksi melompat dari satu wall ke wall sebelah (dengan susah payah actually) seperti brother ni buat di hari pertama cik bungaOren try wall climbing nih? Jika anda tak percaya, maka tolong lah percaya, kerana tiada dusta antara kita.


Overall cik bungaOren sangat gembira dengan aktiviti hari itu. Walaupun, cik bungaOren mengalami sintom2 sakit otot lengan, otot kaki dan otot perut. Harap dapat teruskan aktiviti ini seminggu sekali. Sebelum terlupa, kos untuk aktiviti ini sehingga hari itu adalah RM10 untuk setiap kali masuk dan RM5 untuk pinjam kasut.



Nota:
1. Ada orang kata cik bungaOren ni seorang yang workoholic dan selalu sibuk
2. Cik bungaOren rasa cik bungaOren adalah seorang yang B+ dan smart ketika berkerja. Terutama jika ada orang B+ yang sorang lagi tu dalam team.
3. Anda rasa bagaimana? Workoholic ke cik bungaOren nih?
4. Psst.. ! Anda officemate cik bungaOren ke?
5. Jika Ya, baca article ini seperti Papabear kata petang semalam : 'I baca blog u sebagai seorang blogger. fullstop!'
6. Kenapa papabear kata macam tu?
7. Sebab ada orang bocorkan rahsia 'Kisah air jagong di tabung Haji' Ceh!
8. Siapa orang itu? Klik sini.
9. Penat je cik bungaOren fikir @ gabra. Sapa la yang bocorkan rahsia.
10. Banyak pulak nota untuk entry kali ini.
11. Nokia dieja sebagai Nokie pada gambar diatas. Salah eja la pulokk...

Friday, January 21, 2011

Mendaki Bukit Broga

Jika ada orang bertanya, senang ke nak panjat Bukit Broga. Boleh bawa baby tak naik Bukit Broga? Baby kecil yer bukan Baby dah besaq gajah tu.

Bagi cik bungaOren, itu terpulang kepada kemampuan emak dan ayah baby comel itu. Jika mereka mampu, sepatutnya tiada masalah. Tetapi bagi mereka yang masih ragu-ragu, cik bungaOren sertakan beberapa cabaran yang perlu dilalui oleh pendaki-pendaki Bukit Broga. Yang muda belia memang tiada masalah, kecuali jika musim hujan. Mungkin akan sedikit licin perjalanan pendakian anda.







Makanya bagaimana? Bersediakah anda menghadapi cabaran Bukit Broga? Tak susah kan. Cuma ada la beberapa Baby besaq gajah sapa tah yang gayat nak turun Bukit Broga. Wink* Wink*

Cik bungaOren bukan ingin menakutkan pembaca sekalian, cuma ingin memberikan sedikit gambaran suasana di sana nanti. Ini adalah untuk kemudahan anda sekalian juga, supaya anda bersedia dengan segala kemungkinan. (-_-)y

Buat masa ini, tiada kemudahan air dan termasuklah bilik membuang air di atas puncak Bukit Broga sana. Harap maklum.


Nota:
1. Tetiba teringat kenangan ketika mendaki Gunung Kinabalu.
2. Nantikan entry cik bungaOren mendaki Gunung Kinabalu zaman dolu2.
3. Sungguh tragis.
4. Sungguh seronok

Thursday, January 20, 2011

Pemandangan di Bukit Broga

15 Januari 2011, cik bungaOren telah dipaksa oleh bebudak pejabat panjat Bukit Broga seawal 5 pagi. Jika panjat bukit Broga seawal 5 pagi, maknanya kena bangun seawal 330pagi. Dah la hari sebelum tu cik bungaOren tidur lewat sebab menyelesaikan masalah copy mengkopi gambar-gambar backup daripada harddisk cik bungaOren tu.

Kemudian pada malam pendakian Bukit Broga itu, cik bungaOren telah menelan sebiji ubat tahan gatal yang kesannya adalah mengantuk tahap gaban. Cik bungaOren kena telan ubat itu sebab masalah alergic cik bungaOren muncul kembali. Apa ek yang cik bungaOren makan hari tu.. hmm... hmm.. hmm..

Oleh yang demikian, cik bungaOren terasa sangat susah nak bangun pagi pada hari itu. Cik bungaOren bukan seorang yang susah bangun tidur yer.. Harap maklum! Mujurlah driver pada hari itu bukan cik bungaOren. Dapatlah cik bungaOren menyambungkan kembali tidurnya yang tergendala itu. yawnnnnn...

Oklah cik bungaOren dah cakap banyak nih. Anda semua layan dulu gambar-gambar dibawah ye.

 Gelap lagi dah sampai ke Bukit Broga. Subhanallah... cantikkan pemandangan.
 MasyaAllah.. cantik lagi.






Inilah tali buaian tempat derang shooting photo pre-wedding Dr Sheik Muzaffar. Cuba carik kasut2 bergantungan disitu!






Overall kawasan Bukit Broga adalah cantik dan bersih. Harap tak ada yang buang sampah merata-rata. Walaupun ada sebenarnya yang jahat tangan yang buang sesuka hati sampah-sampah tu. Tapi tak banyak la yang jahat tangan tu.. Segelintir sahaja.



Nota:
1. Amaran! Solat dulu sebelum panjat Bukit Broga ni.
2. Ada beberapa hentian stesyen minyak dan surau yang boleh dikunjungi.
3. Tak perlu gopoh gapah. Bukit Broga tak lari kemana-mana.
4. Tetapi kat puncak Bukit Broga itu sudah ramai orang seawal-awal subuh.
5. Dan jika lambat panjat Bukit Broga dikhuatiri suasana akan panas jika menjelang 8-9 pagi.
6. Terima kasih kepada cik Driver
7. Rakan blogger merangkap bebudak pejabat yang turut serta adalah Iera dan Qila

Wednesday, January 19, 2011

Drive carefull

Pukul 10 dapat call daripada 2nd bos, dia suruh cik bungaOren ikut dia attend satu mesyuarat di Putrajaya. Tiba disana hampir pukul 11 pagi. Mesyuarat telah pun bermula. Selang 30minit menyuarat ditamatkan. Cik bungaOren kena siapkan beberapa laporan kepada pihak berwajib.

Jam 12 tengahari cik bungaOren kembali ke pejabat. Semasa dalam perjalanan, cik bungaOren berselisih dengan dua biji lori hantu yang sedang berlumba-lumba. Kalau setakat guna 2 line highway boleh terima dek akal juga. Tetapi depa dah pakai sampai line laju sekali, amboi ko.. Nasib cik bungaOren sempat potong lori tu time naik bukit. Takut juga kalu lori2 tu terbabas. Tak pasal2 cik bungaOren terhimpit in between the lori. Awal2 lagi dah mengucap. (-_-)y

Cik bungaOren tak mau cakap banyak. Cuma nak jerit kat driver-driver yang race tadi. 'Apa la monyet punya driver'. Kalau cakap panjang2 pun bukan derang baca blog bungaOren ni.


Nota:
1. Arwah ayah cik bungaOren dulu pernah pesan.
2. Jangan drive kereta depan lori.
3. Kalau ada lori di belakang kereta kita, cari jalan supaya lori itu berada jauh daripada kenderaan kita.
4. Sama ada benarkan dia potong kita.
5. Atau kita bawa lebih laju dan jauh dari lori itu
6. Apa-apa pun drive carefull
7. Pandu cermat jiwa selamat. InsyaAllah.

Tuesday, January 18, 2011

Resepi : Asam pedas



Teringin nak makan asam pedas. Sejak dua menjak dok tengok orang makan asam pedas. Cik bungaOren bukanlah fanatik asam pedas. Mana-mana tempat cik bungaOren pegi, asam pedas mesti rasa dia berbeza diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Mostly rasanya tidak memenuhi tekak cik bungaOren.

Baru-baru ni cik bungaOren cuba masak sendiri resepi asam pedas versi emak cik bungaOren. Pun begitu masakan kali ini adalah versi bujang kerana tiada bendi dan daun kantan dan rempah jintan. Berikut adalah  resepi yang cik bungaOren guna versi dapur tercampak. (-_-)y

Resepi asam pedas

Bahan-bahan untuk dikisar
- Cili kering
- Cili padi (ikut piawai kepedasan)
- Bawang merah / bawang besar
- Kunyit hidup
- Serai

Bahan-bahan lain
- Ikan (kembung / pari / perling / atau ikan kegemaran anda )
- Daun kesum
- Bunga kantan (jika ada)
- Kacang bendi
- Air asam jawa

Cara-cara
1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau / pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa.
3. Masukkan ikan
4. Masukkan daun kesum
5. Masukkan bendi
6. Tutup api

Senang kan.
Selamat mencuba.

Nota:
1. Burps
2. Alhamdullillah
3. Nak letak entry pasal Broga. Cuma tiada masa lagi

Monday, January 17, 2011

Roti bakar

Susah sungguh nak dapatkan mood untuk kembali memblog. Hari ini terjaga pukul 3 pagi. Bancuh milo dan buat roti bakar dan dimakan bersama jam strawberry disaluti dengan mentega. Yummiez! Sebelum makan roti, makan nasi dulu. Mengarutkan pagi-pagi buta dah makan nasi.  Lain le kalu time bulan puasa. (-_-)y



Apa-apa pun yang cik bungaOren makan, mission cik bungaOren bangun pagi2 hari ini adalah untuk copy some of the gambar-gambar yang berjaya diselamatkan. Copy gambar masuk dalam thumbdrive sebab nak tumpang burn gambar2 itu kat pc sapa-sapa yang ada dvd-writer.

Adalah sangat penting, bagi pengumpul-pengumpul gambar @ penangkap-penangkap gambar untuk membuat salinan backup gambar-gambar yang kita telah ambil.

1. Sebagai rujukan dimasa akan datang.
2. Sebagai kayu pengukur untuk melihat prestasi skill penangkapan gambar kita.
3. Sebagai kenang-kenangan. (Saya bukan penulis diari, gambar adalah diari berwarna bagi saya)

Mungkin ada sebab lain yang cik bungaOren tak dapat nak fikirkan sekarang ini. Sebab cik bungaOren tu sedang menahan lapar.



Anyway, terdapat beberapa kaedah untuk membuat salinan simpanan bagi mem'backup' gambar-gambar yang kita ambil itu. Antaranya ialah :
1. Simpan dalam harddisk  @ removal hardisk (risiko - harddisk boleh crash)
2. Simpan dalam DVD (risiko hilang - kena ada sistem filing yang bagus)
3. Simpan dalam free server seperti Picasa, Gmail, Flickr (risiko terlupa password plus each server ada limitation upload size)

Apa-apa pun semua perkara dalam kehidupan harian kita pasti ada risiko yang perlu kita hadapi. Maka hadapilah risiko dan halangan itu dengan senyuman. (-_-)y


Nota:
1. Saya sedang sakit perut menahan lapar. (mention sampai 2 kali sebab sangat lapar hehehe)
2. Sehingga hari jumaat malam hari tu. Sebanyak 70000 +- (dibaca tujuh puluh ribu plusminus) gambar daripada harddisk yang crash telah berjaya diselamatkan. InsyaAllah.
3. Jumlah itu adalah himpunan gambar daripada kamera Nikon D80, Nokia 6210 Classic, Nokia E5, Sony Ericsson dan terbaru daripada Lumix LX5.
4. Macam banyak jer kamera. Ceh..!
5. Tapi hanya ada 1 DSLR, 1 Compact Camera dan selebihnya daripada kamera telefon bimbit.
6. Rasanya masih terdapat beberapa folder gambar yang belum berjaya dibackup.
7. Kena kosongkan harddisk sebelum memulakan semula proses recovery photo file yang panjang itu.
8. Apa-apa pun Alhamdullillah.. harap selamat semuanya.

Thursday, January 13, 2011

Carrefour Seksyen 23 Shah Alam



Pada suatu hari (baca dengan nada kanak2 bercerita kisah sang kancil yer), ketika dalam perjalanan pulang balik ke kampung halaman melalui sebuah pasaraya besar yang baru dibuka di Shah Alam.

Damia: Maklong! Carrefour tu baru buka ke?
Maklong: Yerps..

Damia: Ada barang tak tak dalam tu? (2nd tak means kat - budak ni pelat apa tah!)
Maklong: Mesti la ada, kan itu tempat jual barang2 macam Giant Tesco Jusco.

Damia: Kakak tak nampak pun ada barang tak situ.
Maklong: Memang la, kita kat luar. Barang tu kat dalam.

Damia: Nanti kita pegi Carrefour yer maklong.
Maklong: Yer la.. nanti kita datang Carrefour yer. (Dah agak dah.. mesti ada udang sebalik mee nih)

Selepas beberapa hari.. selepas pulang semula ke perantauan dan ketika melalui Carrefour itu semula.

Damia: Carrefour tu ada jual barang kan?
Maklong: Ada.. kan dah bagi tau hari tu. (Jangan ler dia ingat janji hari tu..)

Damia: Nanti kita pegi tengok yer..
Maklong: Yer la. (Dia ingat lagi rupanya..)

Kami ke  Carrefour seperti yang dijanjikan.

Damia: Kakak nak coklat nih yer. Kakak nak kete nih. Biskut ni adik punya.
Maklong: Oit? kata hari tu nak datang tengok je. Kakak ada duit tak?

Damia: Ada (Sambil menunjukkan dompet syilingnya)

At the cashier

Damia: Maklong! (Sambil mengunjukkan duit syiling 20sen)
Maklong: 20sen mana cukup kakak. Kan banyak barang kakak ambil tadi.

Damia: (Sambil kira-kira duit dalam dompet, the she passed to me another 80sen. )
Maklong: Jadik ler daripada takder. (Kejam sungguh maklong budak tu)

Sekian terima kasih.

Nota:
1. Carrefour Seksyen 23, Shah Alam baru dibuka pada 24 December 2010.
2. Cepat sungguh contractor tu dirikan bangunan Carrefour itu.
3. Mana-mana pasaraya besar adalah sama.
4. Ada barang yang murah dipasaraya ini dan ada barang yang mahal dari pasaraya itu.
5. Damia is only 4 years old.
6. She doesn't know how to count yet!

Wednesday, January 12, 2011

Contest : Cinta bagi saya adalah

First of all, this is my first time join contest. So here we go.


Cinta bagi saya adalah satu perkataan atau perasaan yang sangat subjektif. Perasaan yang indah yang akan menyebabkan kita menyayangi dan disayangi , mengingati dan diingati , mempercayai dan dipercayai, mengingatkan dan diperingatkan, mengikuti dan diikuti , menggembirakan dan digembirakan. Kadang-kadang cinta juga boleh menyebabkan kita membenci dan dibenci, ditakuti dan ditakutkan, memarahi dan dimarahkan, meleteri dan dileterkan. Dan banyak lagi.

Apa2pun bersyukurlah kita apabila kita memperolehi cinta yang dihajati. Cinta adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Namun janganlah kita bangga diri dengan cinta yang diperolehi, kerana ia boleh hilang sekelip mata walaupun sekejap mana kita menggenggamnya. Kerana dicintai adalah ujian. Mencintai juga ujian. Putus cinta juga tersangatlah ujian. Jika kita tersalah langkah kita akan merana. Tetapi jika kita perbaiki langkah kita, insyaAllah bahagia kita dunia akhirat. Kepada mereka yang masih belum mendapat cinta anda, janganlah bersedih. Bersabarlah kerana anda akan mendapat cinta anda. InsyaAllah.

Cinta sangat luas ruang lingkupnya.

Cintai pasangan anda selayaknya
Cintai ibubapa anda sebaik-baiknya
Cintai rasul merentasi zaman
Cinta Ilahi cinta yang hakiki.


Roses are red,  Violets are blue,
Sugar is sweet;  And so are you.

Roses are red,  Violets are blue,
You love me, And i love you.


Tahukah anda?

Love adalah 4 huruf yang mempunyai maksud lain selain daripada CINTA

Example:

1. Today i had receive calls from a person who love to keep calling me this evening.

2. I dont think i would win this contest. But i would love to receive a 1kg choclate cake for my birthday from the person who love to called me today.



Love is not cinta in some sentence. So what is love actually??

Maka marilah kita beramai-ramai join contest yang dianjurkan oleh cik Peah ini yer. Luahkan apa yang anda rasakan tentang CINTA. Masing2 ada pendapat masing2 tentang CINTA / LOVE. Sila rajinkan diri anda untuk join contest ini dengan melengkapkan frasa 'Cinta bagi saya adalah .. ' ataupun 'Love to me is ..' Klik link ini untuk mendapatkan syarat-syarat pertandingan cik Peah. Selamat bertanding yer kawan-kawan blogger.

Nota:
1. Cinta duniawi senang diperolehi
2. Cinta akhirat cinta yang patut dicari
3. Cinta hardisk yang corrupt sangat menyedihkan.
4. Ai tengah sedey2 ni pun kena paksa join contest
5. Demi persahabatan yang telah lama terjalin. Ai join juga contest ini.
6. Weih korang yang baca blog ini.. rajin2 kan diri anda untuk join contest cik Peah ni yer.
7. Kalu saya menang. Saya boleh dapat hadiah coklat kek tak?

Monday, January 10, 2011

Semangat

Last week beriya-iya cik bungaOren menanam semangat dalam diri sendiri untuk membuat satu post setiap hari. Dari isnin sampai jumaat misi yang ditanam berjaya dilaksanakan sebaik mungkin. Petang jumaat masih sempat bersoal siasat dengan papabear berkenaan earning daripada http://www.nuffnang.com.my/ . Banyak info yang diperolehi melalui perbincangan kami.

Tak sampai sejam daripada sesi temubual, cik bungaOren mendapat satu malapetaka, removal hardisk cik bungaOren corrupt. Corrupt ok! Cik bungaOren masih tabahkan hati, berharap masih ada sinar disebalik kegelapan. Sejam selepas malapetaka itu, cik bungaOren sekali lagi ditimpa tangga, kereta cik bungaOren dilanggar oleh sebijik kereta 4wheel drive. Sedihkan. Malang bertimpa-timpa sungguh.

Sampai dirumah, hanya terfikirkan akan removal harddisk sahaja. Cuba gunakan skill yang ada untuk cuba  baik pulih removal harddisk tersebut disertakan khidmat nasihat seorang rakan dan seorang pakcik google. Sinar yang dicari masih suram. Skill cik bungaOren masih kurang.

Sabtu dan ahad, cik bungaOren masih berduka cita. Nak bersukan berjogging seperti yang dibincangkan sebelum kejadian tidak mampu dilakukan. Nak berblog seperti yang selalu pun terasa berat. Sangat berat. Entry kali ini pun terasa hiba saja nak taip. Maaf rakan2 blogger yang datang berkunjung. Saya masih tak dapat nak membalas lawat anda.

Kenapa cik bungaOren sedey sangat harddisk cik bungaOren corrupt?
SEBAB dalam harddisk tu ada collection gambar-gambar yang cik bungaOren ambil sejak 4 tahun atau mungkin lebih tau.. huhuhuhuhu...

Nota:
1. Tolong doakan agar harddisk cik bungaOren dapat dipulihkan.
2. Tolong doakan agar semua gambar-gambar colletion cik bungaOren dalam hardisk itu dapat diselamatkan dengan jayanya secepat mungkin.
3. Tiada gambar untuk entry kali ini sebab Cik bungaOren masih bersedih
4. Sedih lagi.
5. Doakan yang terbaik yer sahabat-sahabat sekalian.

Friday, January 07, 2011

Kerana ubat

Kelmarin masa jumpa doktor ada dapat ubat alergic. Jika makan ubat itu, si pemakan akan mengantuk dan tidur. Semalam cik bungaOren telah termakan ubat itu. Maka pukul 11malam sudah tertidur. Tiada kerja2 blogwalking dapat dilakukan. Harap maklum.


Nota:
1. Earning nuffnang naik lagi hari ni.
2. Ada orang naik banyak.
3. Ada orang naik sedikit
4. Kita semua kena bersyukur dengan kenaikan yang diperolehi
5. Nanti kena usaha lebih lagi.
6. Rezeki ada dimana-mana

Thursday, January 06, 2011

Terapi : Gapi

Saya bukan orang yang memerlukan terapi yer. Jangan salah anggap. InsyaAllah.. harap2 tidak juga dimasa akan datang.

Membela ikan sesuatu yang rumit bagi cik bungaOren. Tetapi bila melihat ikan didalam balang sambil berenang2 adalah sesuatu yang mengasyikkan. Tak percaya? Cuba la try beli sekor dua. Letak dalam balang kecil dan atas meja makan or meja study or tepi kabinet dapur. Your eyes will always try to look at those fish. hehehehe..

Anyway jangan la pulak letak ikan kaler gelap2. Comfirm la taknak jeling kan. Letak ler ikan yang warna warni macam ikan gapi. Ikan laga pun ok jugak.




Mula2 dulu mak sama adik bongsu perempuan cik bungaOren yang rajin usha dan bela ikan ni. One day, kitaorang terpegi pasar tani besar shah alam (seksyen 13) dan terbeli sepeket ikan gapi yang ada seekor ibu gapi yang sedang sarat mengandung. Tiba dirumah kitaorang tengok anak dia dah keluar 3 ekor. Semua excited. Mak ikan tu beranak dari tengah hari sampai petang jugak la. Total anak dia around 30-40 ekor jugak la. So cik bungaOren terdapat la 20 ekor anak ikan.

Hayat anak ikan tu tak lama. Sebab cik bungaOren tak berapa nak pandai jaga lagi kot. 2-3 weeks ikan2 tu mati. Sedey dan terkejut. But nevermind la, nanti kita carik ikan baru. Okey?



Mesti ada orang tanya.. kenapa letak anak ikan dalam balang kecil. Memang la dia mati.
1. Letak dalam balang berasingan daripada ikan2 besar lain bagi mengelakkan anak-anak ikan ini dimakan oleh ikan-ikan besar.
2. Letak dalam balang prego sebab cik bungaOren nak ambil gambar senang. Kalau letak dalam balang besar bersepah skit ikan ni.. tak nampak ikan tu banyak. plus kalau ambil keseluruhan balang tak nampak itu ikan. nampak macam dusk / debu.
3. Letak dalam botol kicap. Idea cik bungaOren kunun2 style decor la.. tak bleh blah kan.  hahaha (but i like it)


Nota:
1. Actually hari terjaga pukul 5 pagi.
2. Dan kedengaran bunyi hujan diluar rumah.
3. Selak2 hdisk carik gambar hujan. Tiada yang menarik.
4. Terjumpa pula gambar si gapi.
5. Bila ler gamaknya dapat nak beli balang aquarium dan ikan gapi nih.
6. Bagi sesetengah orang RM100 is nothing to worries for their hobbies
7. For me it is something. Buy the other important main thing first.
8. Bukan apa nak beli balang yang cantik skit. Alang2 nak bela.
9. Dah beli balang kena beli kabinet nak letak balang kan.. hahahahaha

Wednesday, January 05, 2011

Demam


Bulan baru tahun baru, cik bungaOren masih belum mula bekerja. Semalam datang ofis sekejap dan terus ke klinik. Doktor yang baik hati telah menganugerahkan cik bungaOren sekeping kertas kecil yang dipanggil MC. Maka cik bungaOren pulang kerumah dengan senang hati. Tapi dirumah cik bungaOren jadi tak senang hati. Ada 2-3 call masuk dan perlu dijawab. (-_*)y

Sejak bekerja (telah puluhan tahun bekerja, beberapa tahun bekerja), cik bungaOren ni, boleh kira dengan jari jer bilangan MC yang diambil. Actually jarang sakit dan malas jumpa doktor. Tetapi demi kebaikan bersama cik bungaOren pergi jumpa doktor semalam.

Hari ini kena datang kerja. Sebab ada kerja belum selesai. Terpaksa jugak melibatkan seorang yang dalam pantang untuk datang berkerja. Maafkan saya yer (-_^)y

Nota:
1. Kalau ada yang terkena jangkitan, harap maaf.
2. Kerja sampai bila pun takkan habis.
3. Kalau kita kerja kita akan diberi gaji.
4. Kalau ada gaji kita boleh sara diri dan keluarga.
5. Kalau kerja habis, kita akan diberi kerja baru.
6. Kalau gaji habis, sendiri mau ingat la.
7. Kalau sakit, hilang nikmat sementara yang diberi olehNya
8. Nikmat deria rasa cik bungaOren telah ditarik sementara.
9. Hari ini mak masak nasi goreng sebagai sarapan. hmm.. telan saja tanpa perasaan..

Tuesday, January 04, 2011

One Fullepton, Singapore

Last day di Singapure, kami ke One Fullepton. Si Merlion yang tepi air dan ada air pancuran keluar daripada mulut si Merlion tu ada disini la. Masing2 posing sakan kat area One Fullepton.

Yang paling tak sangka, ada satu bas pelancong daripada China (mungkin), minta nak bergambar dengan kami. Masa sedang bergambar tu, tiba-tiba teringat kenangan masa belajar dulu. Masa melawat muzium Johor, kalau tak silap. Ada sekumpulan pelancong Jepun minta nak bergambar dengan kami. Masa tu kami semua pakai baju kurung, sopan santun dan berbudi bahasa gitu.

Kemudian kami berjalan kaki melawat kawasan2 disekitar. Sebelum balik ke Malaysia kami lunch di Jalan Arab.





Nota:
1. Malas betul nak buat entry Singapore yang last nih
2. Namun setiap yang dimulakan kena diakhirkan.
3. Terimalah entry yang tak seberapa ini.
4. Tahun ni macam takder trip g jalan2 kan.
5. Tak mengapa, kalau ada rezeki lebih ada la.

Monday, January 03, 2011

Senyumlah


Senyumlah.
Kerana senyuman adalah sedekah.
Sedekah adalah perniagaan yang tidak memerlukan modal tetapi sangat menguntungkan.
Yang penting ikhlas dan kerana Allah.




Nota:
1. Hadapi hari ini dengan senyuman.
2. Saya mau kemas rumah. Senyum
3. Saya mau mop lantai rumah. Senyum
4. Lepas mop lantai mau pegi IKEA. Senyum.
5. Lepas mop lantai mau pegi jalan TAR. Senyum
6. Penat? Bila masa mau berehat nih? Senyum
7. Rumah masih macam tongkang pecah. Senyum
8. Repeat nota #1 - Hadapi dengan senyuman.
9. Hari ini hari isnin dan saya sedang bercuti. Sangat senyum

Saturday, January 01, 2011

Azam duniawi - Selamat datang 2011

Selamat tinggal 2010. Selamat datang 2011.

Setiap kali tahun baru pasti akan ada azam duniawi yang akan kita lafazkan. Saya nak kahwin, nak sambung belajar, nak travel sini sana, nak kurus, nak itu.. nak ini.. semuanya kita nak. Apa-apa pun, azam kita selayaknya berdasarkan kemampuan kita. Jika tidak berkemampuan, azam akan hanya jadi angan-angan. Namun tidak semua angan-angan tidak menjadi kenyataan. Jika doa anda dimakbulkan, insyaAllah. Allah itu Maha Kuasa, yang penting kita kena YAKIN dan berusaha.

Masih ingatkah kita akan azam kita tahun2 yang telah berlalu? Sudahkah azam kita itu digapai dan dicapai? Capaian dengan kejayaan penuh kecemerlangan ke? Jika ada azam-azam kita yang telah dicapai tu.. maka patutlah kita bersyukur, kerana bukan semua orang dapat yang diimpikan walaupun mereka telah berusaha semampu dan sedaya mereka.

Bagaimanakah kita mencapainya?
Dengan cara yang mudahkah? Ataupun dengan susah payah? Atau macam hujan turun dari langit? Atau dengan secara terpijak? Kalau ada yang dapat dengan mudah, bersyukurlah. Kepada yang banyak susah daripada mudah, bersyukur juga, kerana anda sedang diuji oleh-Nya.

Saya pernah berangan-angan untuk membeli sebuah rumah.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hehehe.. mahal tak? Banglow tu..




Azam duniawi tahun baru
1. Nak beli aquarium, nak bela ikan gapi. (ingat senang ke nak carik duit nak beli aquarium time skrang ni)
2. Nak beli lego tiruan rega rm69.00 kat Jusco tu. (suke susun2 lego, tapi kena kumpul duit juga nak beli ni)
3. Nak turunkan berat badan kepada 48kg dalam masa 6 bulan (kena ada milestone, cara yang betul, kena beli penimbang yer)
4. Nak beli kamera Lumix LX5 (ini lagi le kena usaha lebey, mahal ooo...)
5. Nak lulus first entry untuk join ShutterStock (dah dua kali anto, hanya 2 gambar je diterima daripada 20 gambar... susah oooooo)
6. Nak start belajar menyimpan. kena dapatkan nasihat pakar iaitu Cik Peah
7. Uish.. banyak rupenyer azam duniawi  tuan punya blog ni.
7. Biar list tu dekat wall private tuan blog dulu le. Menyampah kang korang baca. pasai banyak sangat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...